Nov 9, 2022

RESIDENT EVIL RE:VERSE

Greens on the pathway @2022

 Rabu, 9 November 2022.

Siang tadi rakan2 bertiga baru tiba dari KLIA.
Dari bandara CGK terus ke kantor kami.
Wak dengan mgr AYU pun ikut sekali.
Langsung terus ke kost baharu lah sangat.

Pasal kost baharu, mgr AYU mati2 tidak mahu tinggal disitu.
Tinggallah kami berempat sahaja menginap.
Kalau tidak mahu kehilangan uang deposit jutaan rupiah.

"Kalo korg berani sangat duduklah sini," perli mgr AYU.
"Bukan sebab berani ke tak berani," kata wak dengan geram juga.
"Ni sebab akan hangus satu juta, banyak tu," kata wak lagi.
Bro NAZ pun setuju, diikuti dgn ASY dan RAZ.

Semoga tiada gangguan mistik.
Aminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Roti gardenia ikan bilis from KLIA @2022
Indonesian kentang goreng @2022
Gandaria City Mall @2022
Jalan Panglima Polim @2022
NAZiri, RAZman & me at Gandaria City mall @2022
Gandaria City Mall @2022

Nov 8, 2022

BLOSSOM RESIDENT EVIL 2022

 Selasa, 8 November 2022.

Malam selepas solat Isyak.
Wak pun berlarian ke kost yg baharu di Jalan Panglima Polim.
Bawa kesemua barang2.
Konon mahu terus pindah dari kost yg wak pernah inap 3 bulan.
Atas perintah urusan seri baginda.

Siapa Panglima Polim?
Panglima Polim merupakan pejuang asal Aceh. Panglima Polem bernama komplit Teuku Panglima Polem Sri Muda Perkasa Muhammad Daud
Ia berjuang melawan penjajahan Belanda di Aceh bersama dengan Teuku Umar.

Di kost yg baharu.
Semuanya lengkap - ada kulkas (peti sejuk), dan bathtub (tempat mandi).

Tapi ... [+ add your own horror music]
Entah macamana terpaksa balik kembali ke kost yg lama.

Sekarang masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan syarikat.

Updated.
Oleh kerana sudah lama, lebih 6 bulan.
Wak cuma nak cerita sikit apa yg berlaku pada malam tersebut.
Kan wak dengan mgr AYU kena pindah ke kost yg baharu (Blossom) itu.
Kenapa tiba2 kena kembali ke kost yg lama (Purnawarman) pula?
Ini adalah kerana gara2 mgr AYU yg jiwa tak keruan.
"Dh mcm hospital lama," katanya.
Harap dia tak baca entri ini. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 7, 2022

THE LAST LAUNDRY

My laundry in a blue trash plastic bag @2022

Senin, 7 November 2022.

Sebenarnya esok sudah hari terakhir menginap di kost ini.
Esok wak akan berpindah ke kost di Blok M.

Kelmarin, kak Milla ada bertanya.
"Kenapa kok kamu harus pindah?"
"Deket dengan kantor ya buk."

Padahal kalau diikutkan sama sahaja jaraknya ke kantor.
Tapi antara sebab musabab utama ialah masalah pencucian pakaian (laundry).
Walaupun nampak remeh tapi kak Milla tidak boleh uruskan dgn baik.

Cerita lalat lain.
Tengahari wak sudah berlarian ke kantin PLN.
Makan nasi ayam penyet di gerai 3.
Tauhu goreng tiada, dan tempe goreng dia adalah mendoan.
Dan ibuk gerai 3 masih ingat tentang duit baki kelmarin.
Ibuk gerai 3 pulangkan 2rb sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PENGALAMAN PERGI PERON SKYCAFE UNTUK MENGEJAR SUNSET

Peron Skycafe at Yello Hotel @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi sudah merayau ke monumen Pancasila Sakti itu.
Ini adalah entri kedua hari ini.

Petang tadi dari kost wak jalan kaki ke halte Kementerian PUPR berdekatan.
Wak naik bis nomor 1N dan turun di halte Dukuh Atas.
Tapi jambatan rentas ke seberang jalan sudah tiada.
Kena ke halte Dukuh Atas yg satu lagi berdekatan terminal BNI City.
Tanya dengan bapak cleaner baju oren.
Bapak suruh tunggu di tepi jalan.
Atau jalan kaki ke halte seterusnya, Tosari.

Wak masih berdegil mahu ke halte Dukuh Atas diseberang jalan.
Wak mahu naik bis nomor 4 ke Manggarai.
Wak terus jalan kaki dan menyeberang di jalan yg agak sibuk.

Wak naik bis nomor 4 patah balik ke jalan utama dan memang ada halte Tosari.
Tapi wak duduk sahaja dalam bis nomor 4.
Bis meluncur laju ke Pasar Rumput.
Ingatkan bis akan berhenti di halte Manggarai.
Tapi bis menonong sahaja ke halte Martaman 2.

Selepas bertanya, wak kena naik bis menghala balik ke Pasar Rumput.
Tapi memang bis lalu sahaja di halte Manggarai dipertengahan jalan itu.

Keluar dari halte Pasar Rumput.
Wak pesan Grabbike menuju Peron Skycafe.
Sebab hari semakin senja.
Tidak jauh mana.

Tiba di Hotel Yello.
Matahari pun sudah tidak kelihatan diufuk barat.
Mendung dan berawan sahaja.
Senja dilantai 9 sambil melayan laungan azan maghrib dimerata arah Jakarta.

Mula2 wak sangsi pasal harga makanan dan minuman di cafe ini.
Tapi harganya pun mampu milik juga.
Wak terus pesan iced lemon tea (teh o ais limau) - 24rb (rm7.50).
Dan kemudian wak pesan Peron Fried Noodle (mee goreng) dengan telur - 37rb (rm11).
Total damage dengan cukai - 75rb (rm23).

"Mushollanya ada di lantai satu pak," kata cewek manis yg menghantar minuman manis tadi.

Dari lobi hotel, wak pesan Grabbike lagi.
Berkali2 mamat supir panggil wak.
Bila sampai mamat supir itu sudah membebel lagi dan lagi.
Sebab gps yg wak berikan tersasar jauh.
Tapi nomor plate motor kamu pun beda ya mas.

Mamat supir yg tiada pemegang hape di stering motor.
Masih membebel lagi tentang gps tadi.
Wak cuba turun di halte Dukuh Atas tapi haltenya ga ada.
Wak minta mamat supir hantar ke halte seterusnya.
Halte Bumiputera namanya.

Wak bagi 5 bintang dalam apps dia.
Wak bagi 5rb untuk tips.
Dia pun nampak ceria seperti mahu menyembah2.

Naik bis nomor 1N menghala ke Jalan Palatehan.
Turun dari bis terus pulang ke kost berjalan kaki.

Movie lalat.
All Quiet on the Western Front 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Nov 6, 2022

MUSEUM PENGKHIANATAN KOMUNIS (PKI)

Museum Pengkhiatan KPI (Komunis) @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi wak sudah rencana mahu ke Monumen Pancasila Sakti.
Terletak di Lubang Buaya, Jakarta Timur.

Dari kost wak jalan kaki ke halte bis no 7B Transjakarta Jalan Gunawarman.
Tiba di halte bis itu, ramai pula orang berjogging dan naik sepeda (basikal).
Yg naik motorsikal dan vespa juga ada.

Agak lama wak tunggu hampir setengah jam.
Bayang bis pun tiada.
"Mungkin bis tiada pagi Ahad ini sebab beri laluan orang berjogging dijalanraya," getus hati wak.

Tergesa2 wak pesan Grabbike.
Sepantas kilat pak supir datang.

Tapi apalah malang nasib wak korang ini.
Bila pak supir tiba di halte bis itu.
Tiba2 bis no 7B yg wak tunggu2 dari tadi pun tiba.
HaramJ betullah kann.

Nak batalkan Grabbike pun tidak boleh.
Jadi wak pasrahkan sahaja.
Sudah jadi rejeki pak supir itu.
Maka terbanglah duit 77rb (RM24).
Kalau naik bis Transjakarta tadi baru 3,5rb (RM1.10).

====================================

Malaslah pula mahu bercerita pasal kunjungan ke monumen Pancasila Sakti tadi.
Ada museum Pengkhianatan Komunis (PKI).
Banyak betul diorama2 didalam museum ini.

Gambar pun banyak wak tangkap tadi.
Tapi malas mahu paparkan disini.
Takut ada orang komplen, "jenuh dan letih baca cerita merapu wak."
Huhuhu.

Bila wak keluar dari museum.
Terus wak ke pintu gerbang utama (keluar masuk) tadi.
Agak jauh juga.
Dan diluar pintu gerbang baru wak ternampak. 

Ada poster tunjuk kawasan2 asal tragedi tersebut.
Siap dengan kawasan sumur (telaga) buta yg asal.
Mahu masuk kedalam semula terasa malasnya sebab jauh.

Mungkin wak akan repeat lagi.
Mungkin.
Mungkin tidak.

Kemudian wak pesan Grabbike ke Taman Mini Indonesia Indah.
Dulu wak pernah sampai ke taman mini ini. [+ Link: 2013]
Semasa datang ke Bandung.
Tetapi apalah malang juga.
Taman mini masih ditutup.

"Wak datang tanggal 20 nanti baru dibuka," kata mamat yg jaga di pintu masuk taman.

Tidak tahu kemana.
Wak singgah di restoran A&W.
Baru wak tahu, Mozza burger itu tidak halal.

Kamus lalat.
Museum = muzium.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Museum Pengkhiatan KPI (Komunis) @2022
Taman Mini Indonesia Indah is Closed @2022
Monumen Patung Dirgantara Jalan Gatot Subroto @2022

ADDICTED TO NASI GORENG GILA

I am still trying to understand this ad @2022

 Sabtu, 5 November 2022.

Ini adalah entri kedua wak dalam blog wak yg ini untuk hari ini. Harap fyp.  
Pagi tadi sudah ke makam Mbah Priok di Tanjung Priok.

Petang tadi balik dari jalan2 di Tanjung Priok.
Lepak didalam bilik kost dan terlelap seketika.

Ingatkan mahu keluar berlarian ke Peron Skycafe itu.
Tapi wak tengok cuaca makin mendung dan gelap.
Kalau basah atas bawah kan susah nanti takut demam pula.
Walaubagaimanapun, tidak hujan hingga ke malam.

Selepas maghrib tadi.
Wak pun berlarian ke Bundaran Senayan.
Bundaran yg ada patung Pemuda Membangun.

Bulan pun nampak cerah dan ceria malam ini.

Wak memang mahu beli nasi goreng gila.
Tapi wak tidaklah tergila2 mana pun.
Tambah telur dadar. 20rb.

Rencananya tadi mahu ke supermarket di Blok M.
Untuk membeli barang2 sedikit kegunaan dan jajan didalam kost.
Tapi wak ubah fikiran berjalan kaki ke supermarket Grand Lucky Store.
Tidaklah jauh mana.
Hanya 1 kilometer dari stasiun MRT Senayan ini.

Wak beli buah2an, yaitu pisang dan limau.
Mahu beli durian mahallah pula.
Mahu beli mangga harum manis leceh pula mahu memotong nanti.

Bila keluar dari supermarket itu.
Terlupa pula mahu beli masker (penutup hidung dan mulut).

Wak pesan Grabbike (11,5rb) pulang ke kost.
Mahu berjalan kaki jadi malas pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bright moon tonight at Bundaran Senayan @2022
Nasi Goreng Gila I addicted @2022
Mangga Harum Manis Suluhan at 3,450/kg @2022
Durian Mothong at 107,400 rupiah (RM33) @2022
Nasi Goreng Gila for 20k (RM6) @2022

Nov 5, 2022

MAKAM KERAMAT MBAH PRIOK

A trishaw parking on the Transjakarta bus stop @2022

 Sabtu, 5 November 2022.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke Tanjung Priok menaiki bis Transjakarta sahaja.
Ini adalah kali kedua wak sampai ke terminal Tanjung Priok.
Tidak seperti dahulu wak naik bis ke Kota Tua.
Hari ini wak tukar bis di halte Harmoni Sentral.

Dari kost, wak berjalan kaki ke halte bis Kementerian PUPR.
Naik bis nomor 1P.
Turun di halte bis Gelora Bung Karno.
Tukar bis nomor 1 (Blok M - Kota) dengan memanjat jejatas.
Turun di halte Harmoni Central.
Tukar bis menuju Pulo Gadong.
Turun di halte Cempaka Putih - salah.
Naik bis ke stesen berikut Cempaka Tengah - salah lagi.
Naik bis ke stesen Cempaka Timur - baru betul.
Berjalan kaki menyusuri jejatas (masih dalam Transjakarta).
Tiba di halte Cempaka Mas.
Naik bis nomor 10 menuju terminal Tanjung Priok.

Di terminal ini, wak silap tunggu di belakang terminal.
Pak supir (Grabbike) pun jadi keliru mahu ambil dimana.
Pesanan yg ketiga baru mendapat bila wak tunggu di pintu gerbang masuk terminal.

Tiba di makam Mbah Priok yg ramai orang ramai yg datang berwisata (melancong). Orang ramai datang berbondong2 berziarah makam Keramat ini dengan bis2 Pari wisata dari seluruh pelusuk Pulau Jawa. 
Masa tiba ini baru masuk waktu zohor.
Wak pun solat berjemaah di kawasan solat.

Wak lepak2 sebentar didalam makam yg agak besar.
Masa tiba itu dipenuhi kumpulan2 keluarga yg agak besar di tiga sisi makam yg bertutup.
Wak duduk di sisi (utara makam) yg tiada orang disitu.
Terasa pelik pula tapi tenang tenang.
Sedekah hafazan al-fatihah dan surah yasin.

Kisah mistik makam Mbah Priok.
Di zaman kolonial Belanda cuba memindah makam ke tempat lain.
Sebab penjajah mahu membangunkan pelabuhan disitu.
Tapi beberapa kali tidak berjaya.
Pada tahun 2010 juga kerajaan Indonesia cuba membuat pemindahan yg sama.
Dan terjadilah tragedi berdarah 14 April 2010.

Keluar dari makam terus pesan Grabbike menuju halte Enggona.
Naik bis pun tersasar ke satu halte terpaksa berpatah balik ke halte Cempaka Mas.
Jalan kaki menyusuri jejatas ke halte Cempaka Timur.
Naik bis nomor 2 menuju halte Harmoni.
Tukar bis nomor 1 (Kota - Blok M).

Tiba di halte Masjid Agung.
Wak jalan kaki sahaja pulang ke kost sejauh 1.4km.

Total damage ziarah makam hari ini.
Bis = 3,5rb + 3,5rb + 3,5rb = 10,5rb
Grabbike = 11,5rb + 11,5rb = 23rb
Total = 33,5rb (RM10) sahaja.

Nota lalat.
Sebenarnya pagi tadi wak ada rencana.
Mahu jalan2 taman Mangrove PIK (paya bakau Pantai Indah Kapuk).
Tapi ternampaklah ulasan yg tidak cantik di youtube.
Jadi, wak batalkan sahajalah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Transjakarta Bus Drawing @2022
Transjakarta Bus @2022
On the way to Tanjung Priok @2022
Makam Mbah Priok @2022
Makam Mbah Priok @2022
Makam Mbah Priok @2022
Air barokah yg kotor perasan selepas meminumnya. ;p
Sarinah Shopping Mall @2022
Peta Rute Transjakarta from Blok M to Tanjung Priok @2022

Nov 4, 2022

MASJID CINA BABAH ALUN DESARI CILANDAK BARAT

Asean MRT Station @2022

 Jumaat, 4 November 2022.

Disclaimer. Ini entri minggu lepas ya kawan2. Harakmaklong.

Tengahari wak sudah berlarian ke Cilandak Barat.
Dari kantor wak jalan kaki ke stasiun MRT Asean.
Turun di MRT Fatmawati. 3,5rb (rm1)
Wak pesan Grabbike ke masjid cina Babah Alun Desari. 11,5rb (rm3.50)
Terletak berdekatan Kebun Binatang (Zoo) Ragunan yg wak pernah lawati.

Khutbah yg ringkas dan cepat.

Sementara tunggu Grabbike pulang ke MRT Fatmawati. 11,5rb (rm3.50)
Wak masuk ke kedai Podjok Halal.
Beli roti untuk alas perut.

Petang tadi wak ada rencana.
Mahu berlarian ke Peron cafe untuk menangkap gambiran sunset.
Dan selepas itu mahu perbaiki sistem suara laptop wak yg ini.
Tapi hujan turun dengan lebatnya pula.
Pesan Grabcar terus pulang ke kost. 30rb (rm9)
Dan pesan Nasi Lemak 25 sudah. 46rb (rm13.90)

Lesson learned.
Payung lipat untuk dibeli.

Cerita lalat lain.
Wak sudah pesan 2 pemanas air di bilik mandi 2. rm1200
Kerana pemanas air yg lama sudah tidak berfungsi.

Movie lalat.
Filem pendek "Ke Jogja" 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2022

SAMBALNYA KECIL

Nasi Ayam Penyet Gerai 3 @2022

 Khamis, 3 Oktober 2022.

Tengahari wak berlarian di belakang Jalan Hang Tuah X.
Konon mahu menjamah mee soto Bogor di tepian longkang.
Tapi gerobak mee soto bapak itu sudah lama tidak kelihatan.
Yo wes lah.

Wak pun berlarian ke kantin PLN (Lembaga Letrik Negara).
Ada 1 2 3 gerai.
Gerai 1 biasa buka lambat dan hanya jual bintangor (rojak) dan es teller.
Biasa wak pesan nasi ayam penyet di gerai 2.
Ibu gerai 2 biasa ada duit tukaran kecil yg banyak.

Tapi hari ini wak makan siang di gerai 3.
Wak pesan nasi ayam penyet, teh tawar dan satu pisang gorengan.
Sedap rasa ayam penyet gorengnya.
Tapi sambal porsinya yg kecil (sedikit).
Semuanya 26rb.

Seperti yg wak sangka.
Memang ibu gerai 3 ini tiada duit ceceran (uang kecil).
Wak berikan uang 100rb.
Dikembalikan 50rb, dan kekurangan 24rb.
Nampaknya ibu gerai 3 ke gerai 1.
Tapi cewek gerai 1 tiada disitu.
Dia tak mahu pinjam sama ibu gerai 2.
Huhuhu.

"Esok sajalah ibuk bayar saya."
"Nanti kok saya lupa."




Cerita lalat lain.
Ada panggilan yg tidak dikenali.
Wak abaikan sahaja.
Tapi kemudian wak hantar pesanan ringkas.
Rupanya taukeh mesin basuh Toshiba sudah hantar ke rumah di Masai.
Cepat betul - semalam pesan, harini sudah sampai.

"kedai dari kota tinggi bah." 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 2, 2022

IMPERIAL KITCHEN & DIMSUM & PAPUA DEMO

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see far-sight and near-sight.


 Rabu, 2 Oktober 2022.

Tengahari wak sudah berlarian ke Blok M Plaza.
Makan di restoran Imperial Kitchen & Dim Sum.

Wak pesan kue tiaw dan green tea dalam teko.
Rasanya mestilah mantap.
Tapi rasa pedasnya tak boleh dibawa berbincang.
Dibawah ini wak tunjukkan gambar kue tiaw indonn.
Ini bukan kuetiaw tepi longkang Jalan Hang Jebat kelmarin ya kawan2.
Kihkih2

Sebelum itu, ada demo di depan mahkamah agung.
Kumpulan rakyat dari Papua.

Link: Mahasiswa Papua Gelar Demo di Kejaksaan Agung Minta Segera Tetapkan Tersangka Korupsi Pengadaan Pesawat di Mimika

Kelmarin ada juga demo di tempat sama.
Kes penangkapan Alvin Lim angkara korupsi.

Cerita lain.
Wak sudah pesan mesin basuh Toshiba 10kg atas talian. rm1183
Kerana mesin basuh yg lama sudah tidak berfungsi lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MAYBANK ATM MACHINE

 Selasa, 1 November 2022.

Pagi2 tadi dari kost wak jalan kaki ke Maybank berdekatan.
Sejauh 1.2km.
Arah bertentangan ke kantor.

Wak pilih mesin ATM Maybank sebab wak perasan tidak dikenakan caj rm12 disetiap pengeluaran uang tunai.

Tapi bila wak periksa untuk pengeluaran 3juta tadi.
Pertukaran uang ringgit ialah RM957.
Tiada surcaj RM12 seperti pengeluaran mesin ATM lain.
Tapi kalau periksa ikut apps, kadar semasa ialah RM905.
Ada perbedaan ketara sebanyak RM52.
Sekadar nota disini.

Dan dari Maybank tadi wak terus berjalan kaki ke kantor.
Sejauh 1.9km.
Habis berpeluh atas dan bawah.

Malam balik dari kantor. Wak pesan teksi Bluebird guna apps. Teksi berada tidak jauh dari lobi kantor. Tapi mula2 wak ragu2 sebab nombor yg beda dari apps. Rupanya nombor kode teksi itu lain dan ada tertampal di dinding tingkap dashboard. Yg penting teksi pakai meter, dan tidak perlu bergaduh bergolok tawar menawan pasal harga tambang. Dan bila sampai di kost, meter tunjuk harga 17rb. Sebagai pengguna prihatin wak bayar lah dgn uang secukupnya. Tapi boleh pak supir teksi itu komplen kata minima tambang harus 20rb pak. Manala wak tahu kann. Sepatutnya dalam apps Bluebird itu sendiri harus dinyatakan had minima tambang seperti dalam apps Grab kan senang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...