Jan 8, 2016

DRINKING ON HELI LOUNGE BAR

Cranberry chilled juice (RM25).  Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

PETANG kelmarin selepas bertugas memotong rumput, penulis telah berlarian ke Menara KH (bukan KH Tower) untuk menyaksikan matahari terbenam. Untuk keatas tempat pendaratan helikopter haruslah memesan minuman yang berharga dua poh lima hinggit sahaja. Pemandangan matahari terbenam yang cantik dan menarik, ditambah dengan penglihatan 360 darjah panorama Kuala Lumpur diwaktu senja termasuk menara Kuala Lumpur dan menara berkembar Petronas.

Penulis akui dan merasa kepuasan mengambil gambar disini lebih baik berbanding dengan keadaan di menara Kuala Lumpur (tiket RM35) yang terhalang oleh objek-objek tiang dan cermin sisinya. Mungkin nanti kalau ada rezeki penulis hendak mencuba pergi ke dek terbuka (baca: Open Deck, RM75 aduhai sakitnya tuh disini) di Menara KL pula.

Nota. Helipad Lounge Bar terletak di Menara KH, bukan KH Tower, walaupun kedua-dua bangunan terletak di Jalan Sultan Ismail. Pak guard India pun sudah lama tahu.

Updated 2023 - now the entrance fee of RM100 is enforced. Aiyah!

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Petronas Twin Towers view. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

KL Tower sunset view. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.



Oh hi.

Petronas Twin Towers & KL Tower views. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

Menara Maybak sunset view. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

KLCC night view. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

KL Tower & KLCC twilight. Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

On top of Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

KL view from Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

KL night view from Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

KL night view from Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

Until this point on Heli Lounge Bar, Kuala Lumpur.

Menara KH (not KH Tower) at Jalan Sultan Ismail near to Raja Chulan monorail station, Kuala Lumpur.

Jan 7, 2016

IP MAN 3 : WING CHUN LEGEND AND BRUCE LEE FORMER TEACHER



MINGGU lepas isteri penulis (yang itu) telah berguling-guling mengajak penulis menonton wayang Dilwale yang dibintangi oleh Sharukh Khan dan Kajol. Walaupun penulis bukanlah peminat tegar filem Hindustan, tapi siapalah tidak sayang bini, tapi ada mak kann, kanns? Tapi belum sempat penulis kata setuju, beliau sudah membuat tempahan untuk pergi dengan rakan sekerja beliau yang masih anak dara belaka. Jadi penulis mengalah sahaja.

Dan kelmarin malam, penulis bersama anak lanang yang baru habis SPM itu pun bergadang menonton wayang Ip Man 3 ditengah malam. Cerita klasik yang biasa, hero lawan gengster ramai-ramai, sorang lawan sebelas orang, nasib baik ada pembantu hero juga. Dan pertarungan Ip Man dengan Mike Tyson selama 3 minit juga tidak kurang hebatnya.

Dan bila penulis membuat sedikit rujukan, penulis baru tahu bahawa Ip Man adalah orang sebenar dan pernah menjadi guru kepada lejen Bruce Lee. Dan penulis pun baru teringat ada aktor yang berlakon sebagai Bruce Lee juga. Secara peribadinya, penulis bagi 4 bintang saja lah dan amatlah berbaloi untuk peminat aksi kungfu yang mantap lagi menghiburkan.

Dan baru semalam, isteri penulis (yang itu) sudah merancang untuk menonton Dilwale sekali lagi katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 6, 2016

WORDLESS WEDNESDAY: WAK PUN LEH BACA SURATKABAR CINA



Semoga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Kata 'wordless wednesday' tapi kalau tiada tulisan macamana pembaca hendak faham yang mengakibatkan salah faham pula? Penulis minta maaf naa sebab ramai sangka penulis boleh baca tulisan cina. Sebenarnya penulis pun buta huruf cina juga walaupun kesemua anak2 penulis bersekolah cina. Tetapi kalau tengok gambar pun sudah tahu kan Perdana Menteri dan isteri tersayang didepan makam nabi sedang mengerjakan umrah lettewww.

Pada pembaca yang masih tidak faham, sila baca berita Utusan kelmarin di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 4, 2016

HARD TO READ GIGANTIC NOTICE BOARD



PENULIS pun tidak faham dizaman yang moden serba canggih dengan pelbagai laman sosial, kenapa notis sebegini penting harus didirikan kain rentang atau papan tanda yang besar di tepi jalan yang sibuk? Dengan tulisan yang kecil nampak berserabut dan didirikan disudut yang payah untuk dibaca dan difahami apa yang tertulis. Sehingga penulis terpaksa berhenti di tepian longkang, keluar dari cikbibah pepel dan berjalan kaki sedikit kehadapan, semata-mata untuk membacanya.

Disini penulis salin semula apa yang tertulis untuk rujukan akan datang.

"PEMBERITAHUAN
Adalah dimaklumkan sebagaimana diputuskan didalam majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mulai 1 Januari 2016, kawasan Bandar Seri Alam, Taman Rinting dan Masai akan dimasukan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Semua urusan yang berkaitan hendaklah berurusan terus di:
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor

Sekian harap maklum."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 3, 2016

DARTH VADER STORMTROOPER AND A MINI BIKE



BULAN baru di tahun yang baharu penulis pun teruja juga hendak menukar kepala blog (baca: blog header) penulis yang biasa-biasa sahaja ini. Ditambah dengan pembelian mini basikal warna merah yang comel, maka terciptalah header diatas untuk sebulan mendatang. Dengan latarbelakang warna hijau diharapkan pembaca tidaklah jemu datang singgah dan komen-komen disini. Jangan ada yang muntah hijau sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 2, 2016

MAKAN BUBUR DAPAT AXIA

Marrybrown restaurant, Today's Market.

KADANG-kadang penulis tidak tahu hendak makan apa bila tiba di restoran. Tapi kelmarin ketika berada di supermarket Today's penulis teringin lah juga makan bubur nasi ketika sihat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 1, 2016

GENTING HIGHLANDS FAR FAR AWAY



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini sudah 1 haribulan Januari 2016. Cuaca yang cerah pagi ini sehinggakan pusat hiburan Genting boleh kelihatan jelas dari tempat penulis memotong rumput ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 31, 2015

2015 | A YEAR OF GREAT BLOGGING

2015 random photos from my humble camera lenses.

Alhamdulillah. Sudah setahun penulis menulis dalam blog tiga lalat yang ini.

Ada 76,806 pageviews setakat ini. Oranglain punya blog sudah berjuta-juta lemon pengunjungnya kannns. Untuk mencapai pengunjung ke 1,000,000 (baca: sejuta), penulis kena tunggu selama 13 tahun. *Ketawa.

Berikut adalah entri penulis yang paling banyak dikunjungi.
  1. KISAH BENAR CIK SITI AMINAH JOHOR YANG JALANG (6152 26312) - sebab ada cerekarama TV3
  2. PANTUN MALAM JUMAAT (697 5995) - pencarian popular khamis malam jumaat
  3. LET'S STRIKE SOME FUN (533 847) - selepas menjadi fotografer sambilan tempat penulis memotong rumput
  4. PUNCA UTAMA Imam Masjid Negara DITAMPAR Pak Arab Kini TERJAWAB (301 402) - berita sensasi penulis updet selepas sejam kejadian yang berlaku
  5. TIKET MURAH DAN PANDUAN KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (278 510) - cerita terkini
  6. Zyraroxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik (273 317) - kunjungan hebat dari rakan-rakan pelukis kartun
  7. CARINA | JAY (254 352) - kunjungan dari Filipina
  8. SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - KAK YAN (253 373) - segmen pertama yang berkesan
  9. YUI HIRASAWA (244 263) - pencarian dari peminat anime
  10. KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON (244 632) - cerita yang unik lah sangat
  11. SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - JARI MANIS (237 373) - segmen kreatif untuk blogger yang popular dan jelita
Berikut adalah perujuk paling popular.

Google (5493)
Sarfaeiz (716)

Berikut pula adalah kekata pencarian popular.

cik siti jalang pantun malam jumaat tigalalat kisah cik siti jalang cik siti aminah cik siti aminah jalang malam jumaat kisah cik siti aminah sejarah cik siti jalang siti jalang Cerita tentang cik siti yang kahwin 100 suami

Pengunjung ramai datang dari negara berikut.

Malaysia
52757
United States
17025
Russia
792
Ukraine
628
Singapore
623
Germany
530
France
293
Kuwait
293
Canada
289
India
276

Top commentator yang paling aktif berkomen dalam blog ini:

1. Jari Manis (449)
2. iryanty ahamad (276)
3. nhhas (201)
4. paridah (200)
5. SalbiahM (171)
6. Qaseh Abadi (145)
7. Mrs. A (143)
8. Farrah MF (140)
9. Scdha Sein (SS) (135)
10. Shamsiah Abdul Rahman (134)
11. Fidah Shah (113)
12. nasa mulia (109)

Berikut adalah statistik entri bulanan:

December (31)
November (122) - cabaran diri sendiri mengepos 4 entri dalam sehari! Terlebih 2 entri pulak ;p
October (33)
September (30)
August (31)
July (20)
June (28)
May (30)
April (30)
March (30)
February (29)
January (30)

Juga, sekarang ini penulis sedang bersemangat membuat projek poskad penpal seluruh dunia melalui postcrossing. Projek "A Poscard I Want" ada dikemaskini di SINI. Semoga dipermudahkan.

Akhir kata, penulis ingin mengucapkan ribuan terimakasih dan semoga berjumpa kawan-kawan lagi di tahun hadapan (2016) ya. InsyaAllah. Dan tidak lupa juga penulis memohon maaf sekiranya komen-komen penulis dalam blog kawan-kawan yang ada mengguris hati dan perasaan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk datangnya dari diri penulis sendiri. Selamat berblog dan beramal. Amin.

Dec 30, 2015

TIKET MURAH DAN PANDUAN KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Oh hi, it's me in Temasek!

Universal Studios Singapore is a theme park located within Resorts World Sentosa on Sentosa Island, Singapore. It was a key component of Genting's bid for the right to build Singapore's second integrated resort. - wikipedia

KELMARIN penulis telah berlarian ke seberang tambak dan pergi melawat pusat taman tema Universal Studios Singapore (USS). Ini adalah entri usikan (baca: teaser) lah sangat. Blog orang lain kena tunggu bertahun-tahun belum tentu updet cerita USS kan. Oleh itu, penulis akan berusaha sedaya upaya untuk updet dalam masa terdekat agar penulis tidak akan lupa. [Total photos: 28 frames]

1. Tiket dibeli atas talian 3 minggu sebelum. SGD66 seorang. Kadar tukaran matawang ialah SGD1 = RM3.05 ;(
2. Perjalanan menunggang cikputih. Tiada kos penginapan hotel, dan pengangkutan awam. Isi minyak petrol ron95 sebanyak rm40.
3. Penulis bertolak awal dan singgah di patung Merlion.
4. Jam 10 pagi tiba dan meletak cikputih di Hotel Hardrock Cafe.
5. Singgah di kaunter pelawat untuk mengambil tiket parkir cikputih. Kalau tidak, harga meletak kereta ialah SGD7 sejam.
6. Masuk panggung Light Camera Action oleh Steven Spielberg.
7. Masuk panggung Transformer dan terpaksa beratur menunggu giliran selama 2 jam. Tetapi pengalaman yang berbaloi.
8. Masuk panggung Shrek dengan ratusan orang pengunjung yang lain.

Tiba di tempat perkumpulan seperti dijanjikan pada jam 4 petang dan seterusnya keluar dari taman tema.

Keluar dari pulau mengikut jejambat Tuas (Second Link) dan berhenti rehat di tempat Rehat dan Rawat Gelang Patah pada jam 5.30 petang.

Nota lalat. InsyaAllah. Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dengan memasukkan lebih banyak gambiran. Jangan serik-serik datang sini uools.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

aTi, aDm, and his fiance.

cikPutih at Merlion statue.

kids going to the Singapore River.

Before entering Universal Studios Singapore.

A must icon to be selfie!



aDm, his fiance and aTi.
Minions.
U.S. Mail.
A cameraman statue.

A classic vintage car.
Sesame Street.
Two Hour Parking meter, Cincinati Ohio, USA.
Random photo.

This guy is nuisance to the backseater.
A street dancers doing the live show.
Enjoy it for a few minutes.
Crowds on my left.
Crowds on my right.

That's bumble bee!
That's Jurassic Park!

Just touch it, no need to purchase.
Far Far Away castle.
Push in a Boot.
Worlds' Greatest Daughter to behold!
Hard Rock Cafe, Universal Studios Singapore.

Now, we are leaving!
Bye bye USS!

Dec 29, 2015

TAMAN NEGARA PONTIAN DITUTUP ATAS FAKTOR CUACA



HARI Natal kelmarin, penulis telah membawa tunang anak lanang kononnya mahu melawat Taman Negara Pulau Kukup dengan menaiki sampan lima hinggit. Tapi anak lanang diberitahu bahawa kemudahan pelancongan di pulau itu ditutup kerana sedang dinaiktaraf. Maka, penulis membawa mereka ke Tanjung Piai yang terletak bersebelahan sahaja. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak dah jadi nangka. Kerana Taman Negara Tanjung Piai juga ditutup bukan sahaja kerana sedang dinaiktaraf dibahagian hujungnya, tetapi tiba-tiba air pasang tinggi yang agak luarbiasa sedang berlaku sehingga menenggelamkan pejalan kaki.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 27, 2015

HELPING MY TEENAGE SON LEARN TO DRIVE



KELMARIN untuk pertama kalinya seperti abang dan kakaknya yang terdahulu, penulis telah mengajar anak lanang penulis yang baru lepasan SPM itu untuk memandu kereta cikbibah pepel. Beliau sekarang ini sedang mengikuti kursus undang-undang untuk mendapatkan lesen memandu kelas B (motorsikal) dan D (kereta) sekaligus. Penulis biarkan beliau memandu dibelakang stereng dari simpang ke UniKL limpas tasik biru sehingga ke hujung jalan Sekolah Seni dan berpatah balik sebanyak 3 kali pusingan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.