Sep 6, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: MEI MEI



SABTU. 5 September 2015.
TENGAHARI penulis telah berlarian ke seberang tambak. Hanya untuk membeli suratkhabar, The Straits Times (SGD1) dan minuman berkarbonat dalam tin, Coca Cola (SGD1.50) sahaja. Tidak seperti yang penulis jangkakan, perjalanan kaki dan menaiki bas kuning melalui pusat imigresen dan kastam yang tidak sesak di Woodlands. Pergi dan balik ke tempat letak kereta di bumbung CIQ JB hanyalah mengambil masa 2 jam setengah. Alone matcham biasa.

Nota lalat. SGD1 = RM3.03

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 5, 2015

5000 SOM

5000 Som. Thanks to Carina.

JUMAAT, 4 September 2015.
Sebelum solat jumaat tadi rakan penulis, Zek, ada bertanya samada hendak memesan air goncangan kelapa (baca: coconut blend). Penulis iyakan sahaja. Sambil itu, rakan seorang lagi, Carina, menunjukkan wang kertas Uzbekistan sebanyak 6000 som, bersamaan sepoh hinggit saja.

Di hentian bas TBS pula, semasa penulis sedang merakamkan gambar, ada seorang cikgu yang akan bertolak ke Kelantan pada jam 9.30 malam tiba-tiba
teruja melihat model kereta cilik yang penulis bawa bersama. "Seperti betul," katanya. Sekarang ini semua destinasi dalam negeri telah dipusatkan di TBS kerana hentian putra sedang dinaiktaraf.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6000 Som equivalent to RM9.80. Thanks to Azem.

Sweet and cold coconut blend. Thanks to Zek.

Terminal Bersepadu Selatan.

Terminal Bersepadu Selatan.

Sep 4, 2015

UTC KERAMAT



KELMARIN selepas bertugas dari memotong rumput seperti biasa, penulis terus merempit dan singgah ke Pusat Transformasi Bandar (baca: Urban Transformation Center) di Kampung Keramat yang terletak hanyalah sepelaung sahaja disitu. UTC Keramat ini kelihatan amat jelas sekiranya kita merempit di atas AKLEH menghala ke Ampang. Sebelum itu penulis berhajat hendak merempit ke UTC Puduraya tetapi dengan keadaan kesesakan lalulintas tahap biasa yang membantutkan rancangan. Sudahnya, penulis terpaksa pusing berpatah balik ke Jalan U-thant, jalan Ampang, masuk jalan Jelatek dan menyusur Jalan Keramat.

Ini adalah pertama kali penulis tiba di UTC ini. Mula-mula agak keliru juga mencari tempat memarkir motor rempit penulis ini. Sudah parkir motor pula
mencari pintu masuk juga agak mencabar bila penulis tercari-cari tangga dan lif yang terpaksa melalui kolong yang sedang diubahsuai sebagai pasar basah. "Mestilah nanti berbau hamis saja kan," bisik hati penulis.

Bila penulis tiba di kaunter imigresen bertanyakan tentang pembaharuan buku merah (baca: passport), tiadalah ramai orangramai. Tetapi penulis diberitahu bahawa kesemua talian telah tertutup. "offline 1 Malaysia", begitulah kata kerani disitu. Sebutan '1 Malaysia' itu ialah 'offline satu malaysia', bukan 'one malaysia', ada perbezaan patriotik disitu. Penulis pun pulang dengan rasa kuchiva (baca: kecewa), tapi akan kembali lagi ke UTC itu kerana jaraknya hanyalah sepelaung sahaja.

Dalam perjalanan pulang, sempat lagi penulis singgah bersantapan nasi berlauk kepak ayam goreng, hati goreng dan kuah ikan tongkol di perkarangan mesjid al-Akram (masjid Keramat) itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 3, 2015

SOLAT GAGAK



KELMARIN dalam perjalanan jauh selama 6 jam di lebuhraya PLUS itu, pemandu bas ekspres telah berhenti di hentian tepi yang menyediakan gazebo. Penulis tahu pemandu bas ini ingin bersolat seperti biasa, tapi disuruhnya kami bersolat digazebo yang satu lagi yang ada sejadah katanya. Ketika itu ada mamat gagak ini dari bas yang lain yang ingin bersolat juga, dan beliau bersetuju menjadi imam. Penulis sudah bertanya samada ingin solat jamak magrib dengan isyak sekali, beliau menjawab, 'only magrib'. Penulis akur saja. Tapi bila habis rakaat kedua beliau terus memberi salam, menyebabkan penulis dan makmum yang lain terus bangun dan menyambung 1 lagi rakaat.

Penulis agak bingung sebenarnya. Ini bukanlah kali pertama penulis menjadi makmum mamat gelap yang solat kurang rakaatnya. Dulu pernah berlaku di surau KLCC, bilamana imam itu bersolat asar dengan 3 rakaat saja. Mungkin beliau dari mazhab lain agaknya. Tapi kalau mazhab lain pun, takkan rakaat solat yang asas pun berlainan? Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 2, 2015

ANGRY BIRD ACTIVITY PARK



KELMARIN isteri penulis (yang itu) telah mengajak penulis berjalan-jalan ke JBCC iaitu bangunan KOMTAR yang lama yang baharu sahaja dinaiktarafkan. Bila tiba didalam pusat membeli-belah itu, tiadalah aktiviti yang menarik selain membeli-belah tingkap (baca: window shopping) sahaja. Jadi, bila anak lanang bocah cilik penulis memohon untuk bermain-main di taman aktiviti burung marah, maka penulis pun melayannya. Tapi hanya penulis, anak lanang bocah cilik dan abang ngahnya sahaja yang berminat masuk.

Nota lalat. Tiket masuk ialah RM60 seorang, tidak termasuk 2 pasang stokin (RM4 sepasang). Jumlah ialah RM188. Bila habis aktiviti, penulis juga di'pau' sebijik bantal angry bird oleh anak lanang bocah cilik itu yang berharga RM64. Aduhai, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak? Kanns.


Blog bukanlah hakmilik kekal.















Updated: Ramai kawan-kawan penulis hendak melihat bantal angry bird yang berharga RM64 itu.

Sep 1, 2015

MOVIE REVIEW | MISSION IMPOSSIBLE: ROGUE NATION



MALAM kelmarin anak lanang penulis sudah mengajak menonton filem Tom Cruise yang terbaru. Bebienornya filem 'Mission Impossible: Rogue Nation' atau dipanggil 'Moroccan Pursuit' yang menjadi kotak pejabat (baca: box-office) tersebut sudah lama ditayangkan. Seni efek dengan skrin Imax 2D yang besar dan stunt yang hebat dan menarik tetapi malangnya ditambah dengan efek suara sumbang tidak enak dari selang beberapa kerusi kosong oleh xxxxxx (baca: censored) sekeluarga yang gelak berdeking-deking 'hihihi' dan bunyi makanan jajan cip kentang 'kerup kerap kerup kerap' tidak kehabisan dari awal sampailah akhir filem. Menyampah sahaja bukan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 31, 2015

SEHATI SEJIWA



SELAMAT hari kebangsaan 2015. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera aman sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 31 dan terakhir untuk bulan ini. Jumpa rakan-rakan semua dibulan hadapan ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 30, 2015

FARAH & AYIE



KELMARIN penulis telah mengunjungi rumah adinda penulis yang jauh di Bahau itu sempena undangan perkahwinan anak wedok (baca: anak dara perempuan) beliau yang sulong.

Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat diucapkan kepada anak keponakan wak ini dan suaminya. Amin ya robbal alamin.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Aug 29, 2015

JAM TAWAF | POLVORON



KELMARIN jam tangan tawaf, yang pusingan jarumnya terbalik mengikut arah lawan jam biasa, telah diterima oleh rakan sekerja penulis juga. Beliau memesan diatas talian dengan harga RM159. Terimakasih penulis ucapkan kepada Zek, model rakan sekerja diatas, tetapi beliau bukanlah pemilik jam yang sebenar.

Tetapi selain kebaikan saintifik dalaman yang ditulis oleh penjual jam tawaf tersebut seperti orang menjual ubat sensei sahaja bunyinya, penulis tidak nampak kebaikan luaran yang ketara. Walaupun cantik rekaannya, unik dan modern, namun tulisan nombornya agak sukar dibaca (warna biru berlatarbelakang warna hitam). "Ini semua bida'ah. Nabi dulu pun tak penah pakai jam," kata rakan penulis, si wak ustaz poyo itu.


Nota lalat terkini. Rakan penulis hendak menjual tawaf itu. "Besar dan berat," katanya.

Cerita lain, penulis berterimakasih kepada rakan sekerja, awek Filipina, yang memberikan satu makanan dari Filipina dipanggil Polvoron, rasanya seperti sagun kelapa sahaja.

Nota lalat lain. Jumaat 28 Ogos 2015. Petang jumaat selepas bertugas seperti biasa penulis ke TBS dan terus ke kaunter City Ekspres untuk membeli tiket. Jam pukul 6.10pm. Biasanya ada tiket bas pukul 7 petang, tapi petang itu ramailah pula orang dan tiket ke Johor Bahru hanya ada jam 12 tengahmalam. Penulis terlupa atau tidak endah agaknya sebab hujung minggu itu bukankah cuti panjang sempena cuti Hari Kebangsaan pada hari Ahad pula. Mula-mula penulis ke kaunter tiket utama, tapi penulis mengubah fikiran, penulis ke kaunter City Ekspres yang tadi dan setuju untuk membeli tiket ke Johor Bahru pada pukul 12 tengahmalam. Tiada bas ke Masai pada malam itu. Tapi awek kaunter itu bilang dia ada satu lagi kerusi kosong bas jam 6 petang kerana ada pelanggan yang memesan masih tidak sampai. Jadi dijualnya tiket itu dengan harga biasa untuk ke Masai dan penulis mendapat tempat duduk bujangan lagi (single seat). Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Aug 28, 2015

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK



"Demikianlah perempuan,
dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil,
dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain
walaupun bagaimana besarnya."
- tenggelamnya kapal Van Der Wijck, Hamka

INI bukan ulasan buku. Dan persembahan bangsawan di Istana Budaya nanti tiadalah siapa yang hendak mengajak penulis menontonnya juga. Sedih kan.

Tenggelamnya Kapal van der Wijck merupakan siri dan novel kemudian Indonesia oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka; 1908-1981) yang diterbitkan pada tahun 1938. Ia berkisarkan kegagalan percintaan antara Zainuddin, seorang lelaki kacukan, dan Hayati, seorang wanita Minang tulen.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Tiket boleh dibeli disini: LINK. Poster tayangan teater:

Aug 27, 2015

SMALL CARS BIG CARS & FOMEMA

"alahh kereta mainan saja"

TIADA yang menarik berlaku hujung minggu lepas. Cuma, penulis telah menghantar pembantu rumah (baca: bibik) yang baharu bekerja ke klinik untuk urusan pemeriksaan kesihatan tahunan Fomema.


Blog bukanlah hakmilik kekal.



IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.