Showing posts with label FOOD. Show all posts
Showing posts with label FOOD. Show all posts

Jul 8, 2017

KANDA TOLONG BELI BUAH MANGGIS DAN RAMBUTAN KAT PASAR LAMBAK TU

Sila goyangkan inul untuk lihat imej manggis dan rambutan yang lebih tajam.

Sekarang bukan musim buah-buahan. Sekilo manggis (Garcinia mangostana) berharga rm10. Sekilo rambutan (Nephelium Lappaceum) pula berharga rm12.

Manakala harga sekilo buah durian (Durio zibethinus) jangan cakaplah. Sakitnya tuh dipoket spender nih.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 24, 2017

CLASSIC CAESAR SALAD

The Classic Caesar Salad | Yew's Cafe | Bandar Seri Alam | Johor 2017

Petang semalam penulis sudah berlarian ke Senai Airport kerana menghantar anak lanang beraya kerumah isteri beliau di Kuching. Selepas itu, dilema mencari kedai makan untuk beriftar pun bermula. Dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah di Aeon (Jusco) Permas Jaya. Tetapi bila penulis lihat sudah ramai orangramai memenuhi food court dan kesemua restoran besar spt KFC, Secret Recipe, dan Pizza Hut, kecuali Baskin Robbins, penulis pun membatalkan hasrat untuk berbuka puasa disitu. Seterusnya, untuk memesan KFC Seri Alam di pandu lalu pun tidak kesampaian kerana banyaknya kereta-kereta pun sudah beratur sehingga ke luar jalan utama. Restoran terbuka Der Cabin bersebelahan KFC pun sudah berpindah. Akhirnya, isteri penulis (yang itu) pun mencadangkan singgah di restoran kurang popular, Yew's Cafe, bersebelahan Kluang Cafe, sudah.

Malam pula, penulis pun melayan kaum kerabat untuk menonton wayang cerita "The Transformers: The Last Knight" di pawagam Today's yang berdekatan. Tetapi ada kekalutan diawal cerita bila ada masalah teknikal. Sehinggakan ada abam2 macho lagi poyo tidak sabar dan kecoh kerana babak awal cerita yang mengisahkan peperangan zaman Viking ditayangkan seperti tiada kena mengena dengan cerita Transformer kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 22, 2017

FAREWELL IFTAR DINNER TO RAMADHAN

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

27 Ramadhan 1438 Hijrah. Tinggal 3 hari lagi berpuasa sebelum menyambut Syawal dan hariraya Aidilfitri.

Petang tadi, pengurus projek telah mengajak berbuka puasa di Anjung Senibong. Nak belanja, katanya sempena beberapa rakan tugasan akan menamatkan kontrak masing-masing. Dan mulai esok, ramai sudah memulakan percutian raya yang panjang. Ada  juga yang sudah kembali ke ibukota. Hati-hati dijalanraya, majulah sukan untuk negara.



Untuk baca entri sebelum ini BAZAR ALA KAMPUNG RAMADAN BUFFET DI M-SUITES HOTEL JB 2017, sila jamah di SINI.
Untuk baca entri sebelum ini IFTAR PROJEK KAPAL 2017, sila ratah di SINI.
Untuk baca entri sebelum ini SALAM PERANTAUAN, sila selak di SINI.
Untuk baca entri sebelum ini BARBECUE AT D'AMBIENCE PERMAS, sila panggang di SINI.
Untuk baca entri sebelum ini ALL THE WEEKEND HUSBANDS OUTING di Selera Senibong Seafood (SSS), sila gigit di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ketam, siakap, kepah? | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Sotong goreng tepung | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Kerang | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Kailan ikan masin, udang goreng tepung, siakap tiga rasa | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Tomyam campur | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Lobster goreng | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Add caption

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

All the seafood | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

The leftover | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Welcome to Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

My kopi-o | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

The seafood price including the cook | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

The Team | Anjung Senibong Seafood restaurant | Kampung Senibong | Permas Jaya | Johor 2017

Jun 11, 2017

IFTAR AT EARLE SWENSEN'S JBCC 2017

Before major meal, the self service salad on the table | Earle Swensen's | Johor Bahru City Center | Johor 2017

Semalam Sabtu petang isteri penulis yang itu sudah ajak ke JBCC (baca, Johor Bahru City Center aka Komtar lama). Tujuan utama sebab hendak membeli kuih raya yang nampak sedap itu. Penulis layan sahaja - weh saperlar tak sayang bini, tapi ada kan makcik, kanns?

Usai membeli kuih raya, dilema hendak berbuka puasa pula bermula. Mula-mula hendak ke Chicken Rice Shop saja di JBCS (baca, Johor Bahru City Square) bersebelahan. Bila pergi, restoran sudah penuh ditempah untuk berbuka puasa. Aiyah. Restoran sebelah pun sama. Kemudian cadang hendak terus pulang dan membeli juadah di tepi longkang param Permas Jaya saja, tapi khuatir terlambat dan tidak sempat pula. Jadi, restoran Manhattan Fishmarket pun ditanya dan penuh untuk berbuka puasa. Akhir sekali ke restoran dihadapannya, Earle Swensen's sudah. Tapi bila membayar bil boleh koyak rabak suar spender penulis okehh. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 9, 2017

IFTAR PIZZA HUT PERMAS 2017



Semalam, syarikat yang membelanja iftar. Petang ini, penulis pula membelanja iftar untuk kaum kerabat. Makan piza di restoran Pizza Hut Permas Jaya sudah. Alhamdulillah.



Blog bukanlah hakmilik kekal.







IFTAR PROJEK KAPAL 2017



Petang tadi, penulis sudah hadiri majlis berbuka puasa iftar di Sangkar Kristal LC Catering, tempat perkahwinan anak lanang penulis yang itu. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Jun 4, 2017

MASAI BLUE LAKE SUNSET

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Petang Sabtu tadi, penulis berlarian ke Tasik Biru dengan anak lanang bocah cilik. Tangkap dua tiga gambiran sudah.

Untuk baca entri Tasik Biru Masai Revisited tiga bulan lepas, sila meniarap di SINI.
Untuk baca entri Laguna Seri Alam Sunset 2013, sila mendaki di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sila goyangkan inul untuk lihat gambar Yaasir 2013 (I ♥ Cambodia) dan Yaasir 2017 (I ♥ Sarawak).
Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017



Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Updated. Hari ini, 3 Jun 2017, harijadi anak wedok remaja yang ke 16 tahun lah. Malam tadi selepas berbuka puasa, penulis bawa kaum kerabat makan eskem di Aeon Permas Jaya sudah. Tapi anak wedok tidak mahu pesan eskem lah pula. "Masih kenyang lah bah," katanya.

Untuk baca entri lama harijadi aBo yang pertama 2002, sila tiup lilin di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang keenam 2007, sila doa bersama arwah atuk di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang ketujuh 2008, sila makan kek di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang kesembilan 2010, sila wish di SINI.
Untuk lihat foto lama harijadi aBo yang keduabelas 2013, sila hitamputih di SINI.

Raspberry Cherry Icecream | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

Happy 16th Birthday my dear aBo | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

The brothers | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

Jun 3, 2017

PARAM TAMAN RINTING

Pasar Ramadhan Taman Rinting | Masai | Johor 2017

Petang hari puasa yang ke 7, penulis dengan anak wedok membeli juadah berbuka di param (baca, pasar ramadhan) Taman Rinting sudah. Punyalah mencabar mencari tempat parkir kereta. Penulis suruh anak wedok turun dahulu. Setelah gerak perlahan-lahan dengan ramai orangramai dan motor dan kereta bersimpangsiur, akhirnya dapat juga tempat parkir nun didepan kedai dobi layan diri.

Isteri penulis (yang itu) pesan belikan kuih lopis yang penulis dan anak wedok kurang kenal. Aiyah. Mana sempatlah nak gugel bagai. Nasib baiklah juga alasan "tak jumpa lah dinda" kuih itu boleh diguna pakai.

Nota konco lalat. Berjumpa dengan rakan sekerja lama, ISML, yang sekarang bekerja di Key Ell. "Wak, tolong carikkan aku keje kat sini lah, jauh sangatlah sekarang," katanya sambil gelak-gelak. "Ek eleh," penulis berseloroh, "haku dah 16 tahun ulang alik key ell..." Kami pun gelak sama-sama dan memberi salam dan berpisah sambil memimpin anak dara masing-masing. Haahaahaa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Are you looking at me, boy? | Pasar Ramadhan Taman Rinting | Masai | Johor 2017



Jun 1, 2017

INGATKAN PANAS HINGGA KE PETANG

4.22pm, before solat asar. The storm is coming again.

Sekarang ini kalau petang mesti sahaja hujan. Kalau hujan mesti sahaja waktu petang. Ingatkan petang tadi balik dari memotong rumput dan setelah mengambil anak wedok dari tempat kerja beliau, penulis hendak singgah ke param (baca, pasar ramadhan) Taman Rinting. Tetapi olehkerana hujan pun mula turun anjing dan kucing, maka penulis singgah dan beli juadah berbuka puasa di pasaraya Mydin saja sudah.

Nota bojo lalat. Hari ini, 31 Mei 2017, setelah 27 tahun bertugas ditempat yang sama, maka isteri penulis (yang itu) pun memberhentikan dirinya dari bekerja di pejabat lagi. Walaupun ada beberapa tahun lagi untuk bersara. "Dah penatlah kanda," katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...