Jun 3, 2017

PARAM TAMAN RINTING

Pasar Ramadhan Taman Rinting | Masai | Johor 2017

Petang hari puasa yang ke 7, penulis dengan anak wedok membeli juadah berbuka di param (baca, pasar ramadhan) Taman Rinting sudah. Punyalah mencabar mencari tempat parkir kereta. Penulis suruh anak wedok turun dahulu. Setelah gerak perlahan-lahan dengan ramai orangramai dan motor dan kereta bersimpangsiur, akhirnya dapat juga tempat parkir nun didepan kedai dobi layan diri.

Isteri penulis (yang itu) pesan belikan kuih lopis yang penulis dan anak wedok kurang kenal. Aiyah. Mana sempatlah nak gugel bagai. Nasib baiklah juga alasan "tak jumpa lah dinda" kuih itu boleh diguna pakai.

Nota konco lalat. Berjumpa dengan rakan sekerja lama, ISML, yang sekarang bekerja di Key Ell. "Wak, tolong carikkan aku keje kat sini lah, jauh sangatlah sekarang," katanya sambil gelak-gelak. "Ek eleh," penulis berseloroh, "haku dah 16 tahun ulang alik key ell..." Kami pun gelak sama-sama dan memberi salam dan berpisah sambil memimpin anak dara masing-masing. Haahaahaa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Are you looking at me, boy? | Pasar Ramadhan Taman Rinting | Masai | Johor 2017



No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MENCUBA LONTONG KERING SELEPAS TURUN DARI TASIK BIRU KANGKAR PULAI 2024

  Khamis malam Jumaat, 31 Oktober 2024. Cuti umum sempena perayaan Deepavali . Pagi2 jam 4.30am sudah bangun. Untuk hantar anak lanang ke Se...