Aug 29, 2024

THE OLD TREE BRANCHES HAVE BEEN CUT DOWN

 

Tree Pruning at Jalan Ampang @2024

Khamis malam Jumaat, 29 Ogos 2024.

Pagi tadi diberitahu ada bekalan nasi lemak disediakan.
Dari wang tabung pantri.

Mula2 jam 8 lebih.
Wak ambil 2 bungkus sebab sedap dan kelaparan.
Yg kedua nasi lemak tiba jam 10 lebih.
Wak cubalah sebungkus.
Jadi hari ini wak makan 3 bungkus nasi lemak!
Aduhai.

Petang pula berlarian ke Kota Warisan.
Teringin mahu makan mee udang Sepang.
Kali terakhir pada awal tahun.
Rasa mee udang masih tetap sama.
Tapi harga sudah naik 50 sen.

"Dulu harga berapa?"
"Ooh saya pun baru keje kat sini wak,"

Kemudian berhenti ditepi jalan.
Menjamah sebuah durian XO - rm39.
Sekilo rm28.

Ooh.
Masa menyetir dari Ampang ke Bangi sore tadi.
Tiba2 tingkap cikputih tersangkut pula.
Tidak boleh ditutup.

Ooh lagi.
Hari ini hari terakhir bertugas potong rumput di Jalan Ampang ini.
Esok cuti ganti hari merdeka yg jatuh pada hari Sabtu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




5 comments:

  1. Mesti sedap nasi lemak sampai 3 bungkus wak makan. Durian XO tak pernah makan, tapi nanti kot lalu Sepang boleh la try mee udang.

    ReplyDelete
  2. fuhh 3 kali mkn nasi lemak tu heheheh

    ReplyDelete
  3. eok la di tebang pokok yg lama tu..risau skarang kes pokok tumbang time ujan lebat....sedap nmpk mee udang tu

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak 3 bungkus kalau sikit takpe lagi wak. Sempat lagi tu makan durian. Lepas ni potong rumput di tempat lainlah pulak ye wak.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.