Aug 30, 2024

MAKSUD DISEBALIK KARI KAMBING 40 HARI

 

Masjid Jamek Pekan Yong Peng @2024

Jumaat, 30 Ogos 2024.

Pagi tadi sebelum bertolak ke selatan tanahair.
Wak singgah di medan selera Itik Salai Mashtar.
Pekena nasi lemak kerang dan sotong (separuh2) - rm8.

Tiba di susur keluar Yong Peng.
Bila sudah jam 12.40pm.
Singgah di masjek jamek untuk solat jumaat.

Usai solat berjemaah tadi.
Terus ke kedai makan Kari Kambing 40 Hari.
Tidaklah jauh sangat dari masjid tadi - 13 minit.
Ini adalah pertama kali wak sampai disini.
Selalunya tengok sahaja dari tengah lebuhraya PLUS. Tengok sahaja tapi tidaklah sampai mengences. 😜😜

Wak pesan nasi beriyani kambing - rm16.
Limau ais - rm2.

Kamus lalat.
Pernah pergi kedai kambing 40 hari? Ramai yg tertanya2 apa maksud sebenar kari kambing 40 hari ini? Kambing tuh perap 40 hari ke? umur kambing 40 hari baru sembelih? mustahil!! banyak versi yg dorang cuba cerita dari media sosial, buah mulut orang dan sebagainya. Namun pemilik sebenar kedai kambing 40 hari ini mendedahkan bahawa maksud kambing 40 hari ini ialah keluar 40 hari. kiranya orang yg keluar dijalan Allah (tabligh).

Nota lalat.
"kambing tak mandi pun harga mahal jugak,

Movie lalat. 
Wanted 2008. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Jamek pekan Yong Peng @2024


Kari Kambing 40 Hari Ayer Hitam Johor @2024


4 comments:

  1. Tak pernah lagi sampai sini wak. Hanya memandang jauh dari highway je lah. Sentiasa ramai orang je situ. Ohhh itu ke maksudnya. Baru tahu!

    ReplyDelete
  2. Selalu dah lalu masa nak ke JB dari Melaka. Tapi belum pernah singgah. BTW maksud 40 hari sangat speechless. Inilah pentingnya membaca kan dan juga pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Belum sampai kedai 40 hari ni. Lalu tengok dari highway je. Ramai beratur.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...