Pulau Sembilang view from Pulau Seri Buat @2024 |
Sabtu, 3 Ogos 2024.
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN
Jam 7 sudah berlarian ke medan selera sebelah pasar basah.
Antri (beratur) di lorong belakang medan selera untuk beli nasi dagang.
Makcik nasi dagang jual rm2 sebungkus.
Wak beli 2 bungkus sebab bungkusan yg kecil.
Kemudian duduk lepak di medan selera yg lebih selesa.
Pesan air teh o kurang manis.
Makan nasi dagang dua hinggit.
Kemudian pesan lagi roti canai.
Jam 9am sudah berlarian ke dataran jeti.
Parkir kereta di Dewan Jubli Intan.
Bayaran lima belas hinggit untuk sehari.
Singgah di kedai untuk beli seluar basahan mandi laut. rm25
Dan sarung kepala. rm8
Dan sarung plastik untuk henfon pintar. rm10
Janji 9am, tapi 9.30am baru gerak naik bot dari jeti.
Ejen pelancongan, Alpha, hanya satu bot.
Wak lihat ejen pelancongan lain sampai 10 bot - punya lah ramai.
10.12am, 40 minit kemudian tiba di hutan bakau Pulau Seri Buat.
Gambiran 10 minit.
10.23am, sampai di pantai Pulau Seri Buat.
Gambiran 10 minit.
10.38am, mula mendaki bukit.
10.59am, 20 minit kemudian tiba di puncak.
Gambiran 10 minit.
11.10am, mula turun dari puncak bukit Pulau Seri Buat.
11.28am, tiba di bawah.
Gambiran 10 minit.
11.50am, naik bot menuju ke Pulau Raja.
Tapi tidak turun kerana air pasang.
Makan nasi lemak atas bot.
12.35pm, tiba di gua di Pulau Harimau untuk aktiviti terjun curam.
Berenang ke dalam gua.
Pertama kali wak terjun dari atas jurang.
Aktiviti yg agak mencabar minda dan fizikal.
Nota. Mungkin terjunan ini yg membuatkan kepala wak jadi vertigo keesokannya.
1.00pm, berangkat dari Pulau Harimau.
Singgah di perairan Pulau Rawa - tidak mampir.
1.50pm, tiba di Pulau Hujung.
Aktiviti snorkeling pula.
Masalah kamera android tidak boleh rakam dalam air.
Tidak tahu kalau henfon android boleh nyahkan sentuhan skrin?
Solusi dibawah.
Pasca nota lalat.
Selepas mencari maklumat dalam sesawang internet.
Akhirnya wak ketemu solusi bagaimana mahu hentikan sentuhan skrin pada henfon.
Supaya senang kalau ambil gambiran dalam air.
Huawei P40 Pro: Camera > More > Underwater.
Huawei P30 Lite: Not able.
2.33pm, tiba di Pulau Tengah?
Turun ke pantai.
Tidak makan lunch.
Lepak atas bukit kecil ada hammock.
Tidak boleh terlelap pula.
3.10pm, gerak naik bot.
3.30pm, snorkeling kali ke dua di Pulau Besar.
4.18pm, tiba di jeti Mersing dengan selamat.
Nota lalat.
Di tempat parkir cikputih, yakni di Dewan.
Memang ada bilik air untuk mandi tapi bermasalah.
Tidak setaraf dengan bayaran yg dikenakan.
Sebenarnya tempat mandi ada disediakan dibangunan berkubah itu.
Oleh kerana tidak tahu, wak pun berlarian ke mesjid atas bukit itu juga.
Tidaklah jauh mana.
Tapi tandas agak jauh di bawah mesjid.
Bilik air mandi pun tidak disediakan.
Nota lalat.
Kali ini terlupa bawa tuala mandi pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Nasi Goreng Kampung Pedas at Halim Haris Kluang @2024 |
Cantiknya warna air laut di Pulau Sembilang tu Wak.
ReplyDeletemurahnya nasi dagang RM2 tu! dan nampak sgt sedap laaa
ReplyDeletesedapnya nasi goreng kampung
ReplyDeletesungguh indah pemandangannya...
ReplyDeleteOkey...kena masuk Wishlist ni...banyak juga pulau area Mersing ni ye...
ReplyDeleteBestnya ke Pulau Wak. Suka tengok laut di Pulau² ni. Cantik lain macam. Cliff jump tu tengah hype sekarang ni. Banyak kali juga nampak aktiviti ni FYP di TT. Teringin nak pergi Mersing juga. Nama je bangsa Johor tapi tak explore Johor sangat. huhu...
ReplyDelete