Aug 10, 2024

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: BUKIT BATU SAWA 2024

 

Spider web at Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan @2024



Sabtu, 10 Ogos 2024.

Pagi2 subuh sepi-e wak sudah berlarian ke Kuala Kalawang. Negeri Sembilan
Singgah dan solat subuh di masjid jamek.
Bila mahu beransur ada makcik sedekah sarapan, yakni nasi goreng dan ubi getuk.

Tiba di parkir makcik gendong anak berbayar rm3.
Tapi wak teruskan cikputih hingga ke pintu masuk bukit.
Ikhsan baca blog cikpuan simerahjambu dan suriaamanda.
Wah, agak jauh juga kalau jalan kaki tadi, yakni 1 km.
Bayaran parkir ikut hati yg penting ikhlas.

Bayar permit masuk hutan rm5 (7.34am).
Berjalan kaki ke pencawang dalamasa 20 minit dari luar.

Tiba di pondok kedua 12 minit dari pencawang.
Kemudian mencanak mendaki naik bukit.

20 minit kemudian sampai ke puncak batu (8.21am).
Ramai orangramai sudah tiba duluan.
Makan bekalan dari masjid tadi.

Dapat tengok awan karpet ke wak?
Hmm, yg pasti kabus memanjang saujana mata memandang sahaja.

Mahu bergambar di batu pun kena antri (beratur).
Dekat 45 minit jugalah menunggu.

20 minit kemudian baru turun (9.41am).
Sampai di pintu luar selepas 40 minit dari puncak (10.24am).

Di pekan Kuala Kelawang, singgah di kedai makan.
Restoran Jelebu - Harun dan Asiah Sekeluarga.
Jalan Dato Moyang Saleh.
Wak makan mee kari.

Petang tadi wak main badminton sekejap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kuala Kelawang Negeri Sembilan and arriving at the free parking @2024

Hiking Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan @2024




Oh hye wak @2024

At the hilltop 333.33m of Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan @2024

Going down at Bukit Batu Sawa @2024

Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan and mee kari at Kuala Kelawang @2024




18 comments:

  1. Eh, tahu-tahu wak dah sampai atas dah. Hebat wak kejap je dah sampai puncak nun. Tercicir saya. Ohh dah siap ye pondok tu. Haritu pergi baru pacak tiang besi biru tu. Ada kabus pun okay je wak. Fuhh..hari sabtu jem lain macam atas tu wak. Kena beratur tu dah jadi perkara biasa. Sabar je lah. Itu belum lagi yang bergambar berkali kali sampai puas hati. huhu...
    Tahniah wak. Keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknye dorg tgh buat satu lagi pondok kat atas tu., huhu
      ehh nk ckp TQ gak sbb bgtau psl free parking (derma seikhlas hati tu) sbb parking berbayar makcik tu agak jauh lagi sblm ke pintu masuk kann., hehe

      Delete
    2. Oh ye? Makin meriah lah Bukit Batu Sawa lepas ni. Bertambah sesak nanti. Trail laluan Angsi dengan Datuk pun dah makin terang laluannya. tiap tiap minggu ramai. Sama-sama wak. Saya pun baca review orang. Mujur lajak sampai situ, lagi dekat parkir dengan pondok tu kan berbanding parkir di rumah makcik tu. Tu jauh boleh tahan.

      Delete
  2. Wak ni sungguh mengelirukan, sekejap di darat, sekejap di awan, sekejap lagi di atas bukit pulak.

    ReplyDelete
  3. Waaa.. alhamdulillah terbaikkk wak sampai ke hujung destinasi... Semoga sihat sentiasa wak.. lain kali ajak sekali wak.. rumah kita dekat saja hihii

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, cantik gambar spider web ni. Macam dalam citer Spiderman pulak Wak hehe.

    ReplyDelete
  5. Cantik gambar spider web tu, gambar-gambar laluan naik dan turun pun cantik2 semuanya..

    ReplyDelete
  6. Makk aihh..lamanya Q 45 minit nak bergambar situ ya.
    Saya takde kesabaran agaknya 😄

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..tahniah wak sbb sampai ke puncak. Kalau saya sekadar di kaki bukit sahaja...silap2 gaya kat depan pintu rumah jer..hehehehehe.

    ReplyDelete
  8. Selamat beriadah wak lat
    Wes tuek2 ijek kelar menek bukit cilik

    ReplyDelete
  9. baru baca entri fiza gi hiking kat sini haritu.
    mee kari tu banyak betul isi ayamnya. rasa camna wak? ngam ke tak?

    ReplyDelete
  10. hebat tu naik bukit..bkn smua org bole nk naik bukit smp puncak...tahniah

    ReplyDelete
  11. Hebat wak...
    Den dah tak dayo nak menjek2 dah

    ReplyDelete
  12. Wah cantik pemandangan dari atas bukit..
    Gambar-gambar pun semua cantik.. Spider web masih berembun memang betul awal pagi..
    Well done wak!

    ReplyDelete
  13. Tahniah Wak berjaya hiking sampai ke puncak. Saya suka tengok gambar dan dengar pengalaman orang hiking. Sebab saya ni spesies couch potato. Jadinya tumpang happy dengar cerita orang yang outdoor ni.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...