Aug 19, 2024

BEATING THE BLUE FROM YOUR MONDAY

 


Isnin, 19 Ogos 2024.

Pagi2 sudah tiba di kantor potong rumput.
Pakcik dan makcik nasi lemak bawah pokok baru buka payung gerai.

Wak orang kedua berantri (beratur).
Sepoh minit jugalah tunggu.
Wak pesan mee hoon sardin dan telur mata sapi.
Bila usai, wak tenok berduyun2 orang lain berantri dibelakang.

Hari ini rakan sekantor ramai yg cuti.
Uncle BAL hantar anak wedok beliau (doktor) bertugas di Alor Setar.
Kereta bro AMR pula tiba2 rosak.
Bro YUS pula tidak berapa sihat.
Bro ZAC senyap tanpa berita.

Ooh.
Kontrak kerja potong rumput wak tidak disambung lagi.
Jadi sekarang mengira hari2 terakhir bertugas di sini.
Doa yg baik2 sahaja untuk wak ya kawan2.
Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

2 comments:

  1. Semoga nanti terbuka pintu rezeki yg lain ya Wak 😊.. lancar2 untuk urusan dan rezeki Wak

    ReplyDelete
  2. Semoga Wak dikurniakan rezeki yang lebih gempak gempita ye. Sedapnya meehoon sardin

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.