Nasi Padang Kampung Baru @2024 |
Selasa, 13 Ogos 2024.
Tengahari berlarian ke Ampang Campuran.
Sebelum berlarian ke Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru.
Sebab Uncle BAL kata dia mahu traktir (belanja makan).
Wak sampai agak lewat.
Mereka semua sudah habis makan.
Keluar dari restoran Nasi Padang tadi.
Nampak kereta myvi putih macam bermasalah.
Sebab bonet (depan) dan booth (belakang) dibuka dan terangkat.
Tiba2 cik kak lady driver Grab ini tanya pula.
Samada wak ada spanar nombor 8.
Pelik juga masakan kereta myvi tiada peralatan.
Wak keluarkanlah bungkusan alat2 dalam mat Fatariss.
Adalah jumpa spanar nombor 8 dan 10.
Dia kata nak buka kabel bateri sebab kong.
Mula2 dicuba tapi seperti susah sangat kabel itu mahu tanggal.
Wak tengok sampai berdarah2 jari2 cik kak lady driver.
Kemudian dia putus asa.
Dia kata mahu panggil Grab.
Sebab dia sewa kereta myvi putih itu sambil buat ehailing.
Kasihan, wak pun tolong tanggalkan juga.
Gampang sahaja buka kabel bateri itu.
"Baru 6 bulan bawak Grab wak,"
"Sebelum ni sy keje Starbucks, wak"
Bila sudah tanggal, diganti dengan bateri yg satu lagi.
Tapi dia kata untuk hidupkan enjin sahaja.
"Kalau Grab tahu sy tukar bateri ni nanti sy kena saman,"
"Dulu pnh kene,"
Selepas dapat hidupkan enjin.
Dia pun tukar semula dengan bateri Grab yg asal.
Dan pulangkan kembali spanar mat Fatariss tadi.
"Lega wak, terimakasih,"
Nota lalat.
Wak tidak minta apa2 nombor hp cik lady driver untuk rujukan masa depan ya.
Harak maklong ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Alhamdulillah rezeki adik manis ada Wak untuk menolongnya
ReplyDelete