Aug 2, 2024

MENCUBA MAKAN NASI LEMAK BAWAH KLCC JALAN P. RAMLEE PULA

 


Jumaat, 2 Ogos 2024.

Wak agak makcik nasi lemak bawah pokok depan kubur P. Ramlee tidak jualan pagi ini.
Makcik dan pakcik kan pergi liburan ke Bandung.

Sering juga wak limpas Jalan P. Ramlee di pagi hari yg masih sepi-e.
Dan hari ini mahu mencuba nasi lemak mamat di hentian bas itu.
Padahal baru sahaja dibuka gerai.
Namun berpusu2 orang ramai sudah berkerumun.

Wak pesan nasi lemak lauk kerang dengan telur mata. rm7
Rasa kerangnya yg agak liat.
Mungkin wak tidak datang lagi. Huhu.

Tengahari berlarian ke Ampang Campuran.
Kemudian ke masjid jamek Jalan Damai.
Untuk solat jumaat berjemaah.

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN

Petang sudah berlarian ke bandar Mersing.
Susur keluar ke pekan Ayer Hitam dan limpas bandar Kluang.
4½ jam perjalanan dari ibukota yg selamat.
Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rojak (left) & Mersing Hotel @2024


2 comments:

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...