Aug 18, 2024

MANA ADA DURIAN D24 HARGA KAWAN YG MURAH2

 

Nasi Dagang Atas Tol Padang Hiliran @2024
Kuala Terengganu

Ahad, 18 Ogos 2024.

Pagi2 sudah berlarian ke Kuantan.
Walaupun tiada perancangan awal mahu singgah.

Tapi ada orang kata ada kawan dia baru dapat bekalan durian.
Mula2 kata harga tidak termasuk akal kulit, tapi ...

Sebelum itu singgah di Kuala Terengganu.
Pergi ke restoran Nasi Dagang Atas Tol.
Tapi kedua-dua restoran habis nasi dagangnya.
Sebab sudah pukul 11am.

Kali terakhir ke Kuala Terengganu - Disember 2022.

Kecewa juga, tapi akhirnya ke kedai Nasi Dagang Vantage.
Yg masih buka walaupun sudah tengahari.

Kemudian berlarian ke Kota SAS (Sultan Ahmad Shah), Kuantan.
Lepak rumah kawan atas kawan.
Bukan kawan nak makan kawan ya.
Dijamu dengan laksa Penang.
Dan durian Musang King.

Wak dengar sahaja perbualan dengan tuan rumah.
Tuan rumah yg peramah sangat.

"Aku pakai duit saham syarikat je beli Alphard tu,"
"Rumah satu lagi tu aku buat homestay mula2,"
"Tapi tak larat homestay, sekarang sewakan lagi mudah,"

"Dulu masa covid kan tak boleh kuar mana2,"
"Kitorg ok je jual durian kat rumah,"
"Kitorg kuar mana2 pun mudah,"
"Sebab org2 kementerian semua jiran2 kita,"
"Untung juta2 atas angin je,"

Cuma terkilanlah juga.
Pasal harga durian D24.
Kalau dipasaran tepi longkang pun jual RM20-24.
Kawan tu jual pun RM20 jugak.
Ingatkan boleh dapat diskaun belasan hinggit sekilo.
Takde makna harga kawan2 satu sekolah kann.

Kemudian ke bandar Kuantan.
Beli kek di Kula Cakes. (Maaf, tiada foto kek atau kedai kek).

Kali terakhir ke Kuantan - Sep 2020Sep 2023.

Kemudian barulah pulang ke ibukota.
Macet seperti biasa di Lebuhraya Karak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Nasi Dagang Atas Tol Bandar @2024
Kuala Terengganu
Nasi Dagang Vintage, Jalan Tok Lam @2024
Kuala Terengganu



Menara 188 Jalan Besar Kuantan @2024


Menara 188 Jalan Besar Kuantan @2024

Random photos @2024

On Karak Highway @2024




Lebuhraya Pantai Timur @2024


6 comments:

  1. byk2 kisah, i tertarik dgn kula cakes tu tp mana gmbrnyaaa

    ReplyDelete
  2. Sekarang ini malah kalo kawan, beli dengan harga lebih tinggi Wak 🤣. Konon katanya harus mensupport kawan 😄😄

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah suka tengok Wak sempat membaca Quran di dalam misi mencari durian. Mohon Wak doakan saya juga agar dapat membaca Quran selalu

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.