The Gatemall, Doha, Qatar @2021 |
Sabtu.
Doha, Qatar.
Assalamualaikum semua kawan2 wak lah.
Petang tadi wak rasa bosan tahap sederhana dalam bilik apartment.
AWI kata tak nak pergi ke The Pearl seperti yg dirancangkan semalam.
"Mcm x rajin pulak. Sy plan nk topup barang dapur," kata AWI dalam whatssapnya.
Jadi sebelum senja, wak pun berjalan ke mall berdekatan.
The Gatemall seberang jalan dari City Center mall yg happening itu.
Tiada lah yg menarik didalam mall ini.
Hanya beberapa kedai menjual pakaian branded dan mini Tesco.
Ada klinik pakar specialist dan farmasi di tingkat paling atas.
Selepas itu, dalam perjalanan balik, wak pun singgah ke City Center mall.
Memang padat dengan orang ramai.
Carrefour dia pun selalu penuh.
Bayangkan ada dua kedai Starbucks, KFC, Pizza Hut, McD dll.
Usai solat maghrib di surau, wak pun pulang ke pangkal jalan.
Wak tak beli apa2 pun.
Kamus lalat. Tajuk itu "walk walk washing eyes" bermaksud, jalan-jalan cuci mata ya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The Gatemall, Doha, Qatar @2021 |
The Gatemall, Doha, Qatar @2021 |
City Center mall, Doha, Qatar @2021 |
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.