Oct 26, 2021

DOA NABI YUNUS DALAM PERUT HELIKOPTER YG TERHEMPAS KE DALAM LAUT

Sunset view from rooftop at the training center @2021
Pagi tadi ada salah faham.
Menyebabkan wak sampai lambat di training center.
Dan makanan lunch tidak disediakan.

Walaubagaimanapun, latihan dalam kelas dapat diikuti separuh.
Dan terus ke kolam renang untuk latihan praktikal.

Yg pertama, latihan keselamatan atas air laut dan cara selamatkan rakan2.

Yg kedua baru latihan asasi dalam badan helikopter.
HUET - helicopter underwater escape training.
Selama ini wak dengar saja rakan2 sekerja yg menjalani latihan helikopter ini.
Sekarang wak rasakan sendiri untuk pertama kalinya.
Real punya.
Tadi ada sorang rakan sekelas yg agak chubby terpaksa direject sebab tinggi kadar blood pressurenya.

1 - Selamatkan diri atas air laut.
2 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli terbuka.
3 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli terbuka. Heli terbalik.
4 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli tertutup.
5 - Selamatkan diri dalam air laut, tingkap heli tertutup. Heli terbalik.

Alhamdulillah. Wak berjaya mengharungi kesemua latihan dengan sangat mencabar.
Tercungap2 minum air laut.
Nervous itu adalah musuh utama.

Contoh video ada wak lampirkan dibawah.
Maaf, tiada gambar wak dalam video.
Tapi instructor adalah orang yg sama.

Nota lalat. Doa nabi yunus dalam perut ikan yu ialah: 

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Bacaan latin: lā ilāha illā anta sub-ḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn
Artinya: "Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...