Oct 27, 2021

AL-HAZM MALL DOHA & MELAWAN KEBAKARAN

Before the fire fighting class started @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Kol 11 pagi tadi wak pergi training untuk hari ke tiga.
Dipendekkan cerita, wak lulus training dan dapat kad keselamatan yg ditunggu2.
Kad latihan H2S dan T-Bosiet (4 tahun).
Untuk lesen potong rumput di tengah lautan.
InsyaAllah.

Petang kol 4 sudah selesai firefighting course.
Penulis cakap kat mat sopir untuk hantar ke Al-Hazm mall.
Sebab tuari kan wak dah nampak mall yg bumbung kubah dia cantik dan jeliter dari tepi jalan.

Lah, boleh mat sopir itu salah faham pula.
Nak jugak dihantarnya wak terus balik ke apartment.
Apa barang? Wak marahlah juga.
Wak dah cakap kalo sibuk sangat tolong hantar ke mall saja.
Tak payah tunggu wak.

Dipendek cerita.
Wak pun ditinggalkan di mall itu sendirian.
Mall untuk orang have-have saja.
Uniknya mall ini sebab kubahnya yg ada tulisan laser.
Okaylah wak dah tampal satu video kubah itu.

Sempat juga bersolat jemaah maghrib di surau dalam mall.
Jamban dan bilik wuduk pun siap mozek batu marmar jubin sepenuhnya.
Nak jalan pun takut terpeleset.

Balik dari mall, mula2 wak ingat nak jalan kaki saja.
Dalam 4 kilometer dan sejam perjalanan kaki.
Tapi, kemudian wak pesan Uber.
Naik Toyota Camry.
Harga tambang 14 riyal saja.

Nota lalat. Dalam kelas latihan, ada sorg mamat gendut chubby dari India. Bila kami sembang2, dia bgtau asal dari Goa. "Ooh, Portugis!" wak tahulah sejarah sikit2. Nama dia pun kacukan India dan Portugis. Wak pun ada sebut psl Melaka ada perkampungan Portugis. Dia kata ramai penduduk Goa ada passport Portugis dan boleh pergi Europe bila2 masa tanpa visa. Tapi dia sendiri tak boleh sbb mak bapak dia keje gomen. Dia juga ada sebut pasal Dr Zakir Naik. Kenapa sembunyi di Malaysia? Wak ckp, bukan bersembunyi tapi migrated. Dia tanya lagi, why? Dia patut balik India dan tell the truth. Wak bgtau, sbb takut kena torture dgn India gomen yg jahat dan bad reputation. Kami pun gelak sama2. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2024

  Masjid Jamek Bandar Seri Alam @2024 Rabu, 10 April 2024. Selamat hariraya aidilfitri 2024. Maaf lahir batin dari wak yg jauh dimata. Pagi2...