Oct 28, 2021

MINUMAN BEER YANG HALAL

Ironing clothes is not a hard task @2021

Assalamualaikum kawan2 wak semua2 lah.
Hari ini Khamis malam Jumaat.

Semalam kan wak sudah berlarian dalam al Hazm mall.
Hari ini wak macam malas mahu berlarian  ke mana2.
Lagi pun kena iron pakaian sendiri.
Cuma wak kena pergi Carrefour untuk membeli groceries.
Beli roti pita arab seriyal, madu, jem aprikot, butter, buah pisang, limau, dan epal.
Juga sabun cuci pakaian, air mountain dew.
Semua dekat 70 riyal. Aduhai.

Walaupun master Lim ada bincang dia mahu jalan2 masa sunset.
Ke Katara Cultural Village dengan AWI dan ILA.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Arab bread costs only 1 riyal each pack at Carrefour @2021
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021
Non alcoholic beer halal? Carrefour @2021

Nota lalat. “Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." Pandangan wak yg jahil dan banyak dosa ni - kalo was-was tak payahlah beli dan minum. Khanns.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...