Oct 11, 2021

AL-KALADY BERIANI AYAM

al-Khalady chicken briyani QAR12 @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Hari ini penulis tiada rancang mahu berjalan ke mana2.
Walaupun banyak tempat lagi mahu diterokai.
Sebab sakit kaki melecet berjalan kelmarin sejauh 9km masih terasa sakitnya.

Cuma penulis mahu cerita sedikit.
Pasal pesanan makanan di sini.

Masa tiba di tempat tinggal (apartment) yg baru ini.
Rakan serumah (Prm) ada berikan penulis nombor telefon restoran india.
Boleh pesan makanan guna telefon sahaja.
Penghantaran percuma.

Mula2 penulis cuba juga telefon.
Tapi macam taukeh restoran sukar memahami pertuturan.

Jadi penulis berjalan kaki ke pusat belibelah berdekatan.
Pesan KFC (Q18), McD (20), Jollibee (Q18) dan makanan Siam (Q29) juga.
Tapi semuanya agak mahal.

Jadi penulis cuba lagi telefon restoran al-Kalady itu.
Rupa2nya senang sahaja.

Setakat ini penulis pesan beriani ayam (Q12), beriani kambing (Q16) dan kari daging (Q12).
Nasi putih (Q5) dan telur rebus (Q1).
Memang bahagian (portion) yg agak besar dan puas.
Yg penting lagi murahan dari makanan di pusat belibelah itu.
Dan boleh simpan utk makan kali kedua - jimat kannns.

Ehh. Tadi ada rakan sekerja Vietnam
Tin yg baharu sampai dari tengah lautan.
Dia pun pesan makanan dari restoran al-Kalady ini.
Tapi dia pesan beriani daging sahaja.

Nota lalat. Pasal restoran Jollibee pesaing KFC. | Jollibee ni restoran francais dari filipin. | Wak perhatikan semua pekerja2 kedua2 restoran ni adalah pinoy. | Dan dengar cerita, even pekerja KFC pun sanggup beratur nak makan ayam Jollibee. | Wak dah try dua2 francais ayam goreng kat Doha ni. | Personally wak masih sukakan ayam KFC berbanding Jollibee. | Nantilah wak nk try makan pizza pula. | Ada pizza hut dan ada pizza local jugak. |

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...