Jan 21, 2024

WORKING ON SUNDAY AND HAVING LATE LUNCH AT CITRA UTAMA 88

Batam Center Seaview from One Residence this morning @2024

 

Ahad, 21 Januari 2024.

Pagi hari minggu sudah naik van ke galangan (shipyard).
Singgah di gerai makan Tanjung Uncang.
Beli sarapan untuk dibungkus.

Jan 20, 2024

TRAVELLING TO BATAM WITH MULTIPLE ENTRY VISA

Batik Air from Subang Airport to Hang Nadim Airport @2024


Sabtu, 20 Januari 2024.

Kelmarin mgr AYU sudah kerah wak datang ke Batam lagi. 
Datang hari Sabtu.
Dan pulang hari Senin.

Sebenarnya wak cadang datang ke Batam pada hari cuti Thaipusam.
Sebab ada banyak hari boleh berada di Batam.
Tapi mgr AYU kata dia mahu ke Jakarta pula.

Jan 19, 2024

ANOTHER FREE BREAKFAST BY SECRET ADMIRER

KLCC View from Suke Highway after Ampang Toll Plaza @2024

 

Jumaat, 19 Januari 2024.

Pagi2 tadi wak parkir motorsikal di luar bangunan sahaja.
Dan singgah di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee.

Pagi ini, pertama kali disini wak pesan nasi lemak dan lauk rendang daging.
Biasanya wak pesan mee hoon dan lauk sambal sardin.

"Minggu depan cuti nak jalan kemana?"
"Hatyai lagi ke?"
"Dah selalu Hatyai," kata makcik.

Jan 18, 2024

AIR WUDHU MASIH TIADA DI LANTAI BAWAH

 

KLCC view from Jalan Ampang this morning @2024

Khamis malam Jumaat, 18 Januari 2024.

Air untuk berwudhu di lantai bawah masih tiada.
Begitu juga kadang2 jaringan wifi didalam kantor juga tidak dapat dicapai.

Ooh.
Malam tadi wak teringin nak makan ayam goreng kunyit.
Tapi runner kata food truck Mat Rock di Bukit Indah sudah tiada.
Mungkin sudah pulang awal.
Bila dia ke Taman Kosas pun tidak ada juga.
Aiyah.

Movie lalat.
Divorce Italian Style 1961.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 17, 2024

INGATKAN SUDAH BAYAR, RUPANYA SURABAYA

Jalan Ampang this morning @2024


Rabu, 17 Januari 2024.

Pagi tadi sudah antri di gerai makcik nasi lemak depan kubur P. Ramlee. 

Bila mahu bayar, wak tanyalah kemana cuti lama2 sangat.
Pakcik itu kata Surabaya tapi tidak berapa jelas.

"Haa, sudah bayar?"
Terkejut juga wak.
Sebab kelmarin pernah ada orang tolong bayarkan sarapan disini tanpa pengetahuan wak.
Link: Someone Paid For My Breakfast This Morning.

Jan 16, 2024

ALTERNATIF MENGAMBIL WUDHU KETIKA BILIK MUSHOLLA TIADA AIR DI LANTAI BAWAH

Pakistan High Commission, Jalan Ampang KL @2024

 

Selasa, 16 Januari 2024.

Hari ini tiada air di surau di tingkat bawah.
Jadi kami ambil air wudhu di lantai 9.
Atau di lantai 1.

Jan 15, 2024

JANGAN SAMPAI MENYESAL BELI MOTOR SECOND HAND

KLCC Sunrise this morning @2024

 

Isnin, 15 Januari 2024.

Petang tadi singgah di kedai motor Waterfront. Ampang
Ebidmotor yg viral di laman FB.

Hujan turunlah lebat anjing dan kucing.
Tapi tidak lama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Random photos today @2024

Jan 14, 2024

KALAU NAK LONTONG YG SEDAP DAN KENA IKUT TEKAK SENDIRI

Lontong Masai, Zarahman @2024

 

Ahad, 14 Januari 2024.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Tujuan mahu makan lontong Masai itu.

Tengahari pula berlarian ke pasaraya besar Lotus's.

Petang jam 4.30 pula isteri wak sudah hantar ke terminal bas.
Boleh pula jem teruk gara2 ada acara tarian naga di tokong. 

Jan 13, 2024

KEDAI REPAIR LAPTOP KERANA BATERI KEMBUNG BERDEKATAN KIPMART MASAI

 

Honda Wave Dash 110 @2024
Taman Rinting Masai

Sabtu, 13 Januari 2024.

Semalam kan sudah pulang dari KL dengan anak wedok naik bas.

Pagi2 tadi bersama2 anak wedok.
Mahu baiki laptop yg rosak papan kekunci (keyboard).
Dan bateri laptop yg sudah kembung (bloated, swelling, bulging).

Jan 12, 2024

LESSON LEARNED FROM PREVIOUS BUS TRAVEL TRIP

KLCC this morning @2024


Jumaat, 12 Januari 2024.

Ini blog Antara Doha dan Jakarta. 

Sudah bertahun2 wak naik bas City Express.
Antara KL dan Masai.
Jadi hari ini wak cuba pesan tiket bas dari syarikat SC Southern pula.

Sebenarnya wak perasan juga.
Ada 3 syarikat bas dalam perjalanan KL - Masai.
City Express, SC Southern dan LA Holiday.

Jan 11, 2024

TERINGIN MAHU MAKAN UBI REBUS TAPI TIDAK KENA WAKTU YG SESUAI

 

KLCC this evening @2024

Khamis malam Jumaat, 11 Januari 2024.

Petang tadi teringin mahu makan ubi rebus di Seksyen 4. Tepian Bangi
Tapi bila sampai, abam pelayan berkata.

"Ubi rebus pagi je wak,"
Yo wes lah.

Jadi wak pesan nasi goreng kampung dengan telur dadar.
Air suam.

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.