On the way to Neo Hotel Blok M @2022 |
Sabtu, 10 September 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Pagi2 sudah berlarian ke Blok M.
Sarapan di kafe hotel.
Keluarkan uang di mesin ATM tarik tunai.
Tidak semua mesin ATM boleh keluarkan uang melebihi 1,000,000 rupiah.
Cuma mesin CIMB di lantai 5 dalam Plaza Blok M sahaja.
Selepas itu naik MRT langsung ke Bendungan Hilir.
Tunggu bas angkutan JAK30A yg tidak kesampaian.
Disebabkan tiada bus stop disitu.
Terpaksa ambil Grabcar langsung ke pasar Tanah Abang.
Boleh pula pak supir paksa2 suruh turun sebelum tiba di pintu Blok A.
Ini adalah kali ketiga wak sampai di pasar Tanah Abang.
Tapi mencari pintu keluar dan toko2 jualan pun masih huru-hara.
Tengahari makan nasi di warung makan depan Blok B.
Solat zohor disitu dalam musholla kecil bercampur pria dan wanita.
Wak pesan tuktuk roda tiga ke stasiun MRT Dukuh Atas BNI.
Dan naik MRT menuju Blok M.
Wak turun di stasiun Senayan.
Pesan GrabBike langsung ke kost.
Blog bukanlah hakmilik kekal.