Mar 23, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 60

Jonathan's macbook @2022

 Selasa, 22 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

INDIA VS INDONESIA MENU

Atas kapal BUR ini, cara hidangan makanan berlainan sedikit.
Antara kelainan ialah pekerja ambil dan senduk makanan sendiri.
Dan tingkap khas untuk makanan Indon dan India.
Walaupun masakan Indon tapi kureng berbanding makanan Melayu kann.
Sambal dia walaupun pedas tapi tawar.

Dan petang tadi wak perasan roommate wak itu.
TAN ada ambil makanan disebelah bilik makan disana.
Wak pun tanya.
Rupanya memang ada makanan western atau Continental untuk matsalleh. 

UNIVERSITAS DI MALAYSIA

Petang tadi pak DDI ada tanya pasal anak2 wak.
Kemudian dia tanya pasal anak2 yg berada di universiti.
Kemudian dia tanya macam2 tentang pembiayaan dan yuran universiti.
Kemudian dia tanya mbah google sendiri tentang kos pembiayaan belajar di universiti di Malaysia. 
Pak DDI ada 2 orang anak belasan tahun.

MIE LENDIR

Petang tadi borak2 dgn rakan2 Indon dan Vietnam.
NUS (mamat Indon non muslim) sudah sarankan untuk mencuba mie lendir Batam.
Mie lendir seperti mee rojak kuah kacang gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Mar 21, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 59

The way of communication @2022

 Isnin, 21 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

A NEW PINAY ROOMMATE
Namanya JON, brader Filipin Commissioning.
Semalam wak sudah ajar bagaimana mahu hantar pakaian kotor untuk cucian. 
Dan ambil pakaian yg  sudah dicuci dibilik pingpong dibawah kantin.

OMG
Pagi tadi mamat Vietnam UNG PTW yg duduk sebelah wak ini sudah bertanya.
Masa borak2 dgn rakan sekerja Indon.
Cara orang Indon sebut "oh my god, " gitu.
Wak pun sampuk, "Allahuakbar."

NOISY BARGE
Keadaan suasana kerja disini sama sahaja seperti di pelantar C.
Kelam kabut dan hiruk pikuk seperti di pasar awam.
Ditambah dengan gegaran bunyi enjin kapal.

HE IS LEAVING
Matsalleh yg luluskan sijil pengangkatan pun akan pulang ke London hari ini.
Dan akan diganti belakang sama belakang (back to back) dengan matsalleh yg sebelum ini, ARL.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 20, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 58

I can see Charlie from here @2022

 Ahad, 20 Mac 2022.
Doha, Qatar (offshore).

SHOWER LIKE A LADY

Pagi tadi wak terbangun agak lambat.
Sempat solat Subuh didalam bilik kabin sahaja.
Uncle India roommate yg shift malam belum balik ke kamar.
Usai solat, barulah nampak uncle VIN sampai.
Kemudian dia mahu guna kamar mandi,
Sempat dia offer kalau2 wak nak mandi dahulu.
Wak pun suruh dia guna dahulu.
"Tapi saya agak lama didalam, 10 15 minit," katanya.
Wak tidak kisah lah terus lepak atas katil layan tiktok.
Rupanye memang lebih 23 minit dia kat dalam bilik air.

A NEW ROOMMATE?
Tengahari tadi wak perasan bila masuk ke bilik kabin.
Ada sebuah beg agak besar di balik pintu.
Mungkin roommate baharu.
Sebab sebelum itu wak nampak barang2 roommate pagi tadi sudah tiada.
Tapi uncle VIN tak beritahu pun yg dia akan keluar dari bilik.
Walaupun kelmarin dia pernah cakap dia pun sudah 56 hari di luar pantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Mar 19, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 57

Tea break fruits @2022

Sabtu, 19 Mac 2022.
Doha, Qatar (offshore).

Sepatutnya hari ini wak sudah terbang pulang  ke gagang.
Sudah 56 hari di luar pantai.
Huhuhu.

LOST & FOUND
Semalam wak sudah terjumpa setokin terpakai dalam bilik laundry itu.
Agar kaki wak tidak melecet lagi bila pakai kasut keselamatan yg keras itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 56

Having lunch today before Friday prayer @2022

 Jumaat,  18 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

KING OF FRUIT
Di kabin pejabat ini ada makanan ringan dihidangkan.
Biasa jam 8.30am dan 2.30pm.
Mula2 dihidangkan kuih muih (biskut atau roti).
Dan ada buah2an, ie epal, pir dan anggur tanpa biji.

Dan tadi mamat Vietname UNG  itu cerita pengalaman dia kerja selama 3 tahun di Pengerang, Johor.
Dia suka makan macam2 buah2an Malaysia.
Dia kata durian Malaysia, durian Vietnam dan durian Thailand berbeza rasanya.
Beza rasa samalah seperti jenis2 durian Musang King, Tembaga, IOI, D24 dll.

Ooh, semalam wak ada ajar UNG cara sebutan Sungai Rengit  dan Ringgit yg betul.
Sebab dia sebut "Sungi Ringit" dan "Ringit".

FRIDAY PRAYER
Tengahari tadi wak solat jemuah di surau kapal ini.
Berbeza dengan kapal di Lokasi C, surau sini agak besar.
Jemaah yg datang pun ramai juga, ie lebih 40 orang berhimpit2 juga.
Khatib hari ini ialah mamat Afrika dan berbahasa Inggeris.
Inti utama khutbah - ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

MALAM NISFU SYAABAN
Malam tadi 14hb Syaaban.
Bulan sudah mengambang penuh.
Esok malam sudah malam nisfu syaaban.
Lagi dua pekan (ie minggu) kita akan berpuasa.
Aminn ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Malam Nisfu Syaaban @2022

Mar 17, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 55

Sunset of Arabia sea yesterday @2022

Khamis malam Jumaat, 17 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Tiada yg menarik ini hari.
Kerja potong rumput seperti biasa.

3 MONTHS EXTENSION
Cuma semalam Pm AJU beritahu kontrak wak disambung 3 bulan.
Tapi wak kata cuma dapat surat sebulan sahaja.
Wak pun terus hantar surat cinta pada ejen.

Esok sudah hari ke 56.
Sepatutnya wak harus balik ke Masai.
Tapi Pak IDI sudah mohon untuk wak tinggal dulu sehingga 30hb.
"Wak boleh balik lebaran nanti," katanya lagi.

THE PRICE OF HAVING KIDS
Anak wedok yg baru pulang ke rumah sewa di Kampung  Keramat.
Mengadu minta duit elaun tambahan.

Anak lanang bocah cilik rosak pula henfonnya,  Redmi 3 Pro
Wak suruh beli henfon murahan, Redmi Note 11 (RM899).

Tadi berborak2 dgn pak IDI yg duduk sebelah kanan.
Dia ternampak video tiktok yg buat.
"Apa maksudnya  wak? " tanyanya pasal pantun melayu.
Pisang emas dibawa belayar.
Sila lihat youtube dibawah.

Juga borak2 dgn UNG, mamat PTW Vietnam.
Cerita  pasal movie "Full Metal Jacket" kisah perang Vietnam yg dia tak pernah tonton.
"Our colonised French never done good thing like what British left the infrastucture for Malaysia," katanya.
Mamat UNG ini berbahasa Inggeris tahap tinggi berbanding rakan2 senegara yg wak kenal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 16, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 54

My laundry bag @2022

 Rabu, 16 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Semalam sebelum tidur wak hantar baju spender kotor ke laundry chute.
Ingatkan seperti di kapal FRO, jam 3am akan dihantar di depan bilik.
Tapi bila wak bangun pagi tadi tidak kelihatan pula kantung berisi pakaian cucian.

Pagi tadi wak perasan ramai mamat Indon bawa kantung pakaian.
Dan wak terus ke bilik pingpong.
Memang laundry kami ada diletak disitu.

Juga wak ke bilik lama masa wak mula sampai disini dahulu.
Uncle India itu masih ada, tengah tidur.
Wak tanya pasal pakaian yg wak tinggal.
Masih ada.
Dan juga kain pelikat yg dia hadiahkan dahulu.

Di kantin juga sistem agak berlainan.
Disini makanan kena senduk sendiri.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 53

Quick packing @2022

 Selasa, 15 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Pagi tadi kerja potong rumput seperti biasa.
Snr LAN (Logistic) kata wak kena naik bot pergi pelantar E esok pagi.
Sejam lepas itu, Snr LAN jumpa  wak suruh bersiap tengahari.
Bot SAM akan tiba dari Ras Lafan untuk ke pelantar E.

Wak beritahu bro DAU (PTW).
DAU rasa sedih sebab tiada rakan Melayu disini.
Tapi kan MAW mahu datang esok.

Pukul 11.20am sudah makan di kantin untuk kali terakhir.
Bro DAU pun join wak sama.

Pukul 12noon wak sudah berada dikatil untuk noon nap.
Pukul 1pm, si SAU, mamat Logistic ketuk dan kejut wak kata bot sudah sampai.
Kelam kabut juga tapi wak sudah berkemas tadi.

Dari kapal FRO ke bot SAM.
Tidak tunggu lama terus berangkat ke kapal BUR.

Pukul 1.26pm sudah diatas bot SAM.
Pukul  3.08pm tiba di pelantar E tapi belum boleh naik.

MEETING PADANG GUY
Masa di atas bot SAM.
Ada mamat Indon ini tegur wak.
Cerita pasal kehidupan dia di Batam.
Dan perjalanan career beliau di Doha.
Dan sekarang pertama kali pergi ke offshore.
HEN nama dia.

Tiba diatas kapal disuruh makan dahulu.
Tapi wak pakai coverall, tiada seluar pula.
Leceh mahu tukar coverall, wak terus solat di prayer room.

Terjumpa UNG, mamat Vietnam PTW di tangga ke gym.

Pukul 4pm ada safety induction course sampai 5.45pm.

Masuk bilik sama lantai dengan kantin.
Dalam bilik ada uncle India yg shift malam.

Kamus lalat.
PTW = Permit To Work

Bog bukanlah hakmilik kekal.


Mar 15, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 52

Sunset just now @2022

 Isnin, 14 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

LOST IN TRANSLATION
"Chao buoi sang, " selalu wak tegur geng2 Vietnam itu diwaktu pagi.
Dan selalu sahaja salah faham dalam tugasan harian.
Sebab bahasa Inggeris mereka yg lemah.
Atau pemahaman wak yg rendah?
Aduhai.
Baharu sahaja bergaduh dengan mamat YEN, PTW Coordinator di sini.
Dan pagi2 tadi kena fahamkan pula emel yg dihantar oleh UNG, mamat PTW Vietnam di pelantar E disana pula.
Aduhai berganda2 mumet pusing kepala wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 14, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 51

Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar @2022

 Ahad, 13 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Pasal kerja potong rumput tidaklah perlulah wak bercerita dalam blog ini ya.
Buat mumet pusing kepala sahaja.

8 HOURS ON THE BOAT
Tadi tiba2 mamat Indon (planner) itu muncul di bilik pejabat wak.
SID rakan si ROL yg  baharu pulang ke gagang.
SID sampai dari Doha selepas 3 hari di daratan.
"8 jam atas bot, " rungutnya.
Kalau langsung dari Doha ke pelantar sepatutnya 4 jam sahaja.
Tapi terpaksa singgah di pelabuhan al Khor.
Lepas itu ke pelantar E baru ke sini.
Itupun kena hantar kargo dulu di kapal END.
"Almost nak muntah, " katanya lagi.
Laa, kenapa tak minta ubat mabuk macam wak dulu?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 12, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 50

Muruku from India @2022

Sabtu, 12 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

KATA PERIUK BELANGA  HITAM
Pagi tadi di pelantar dengan Supp KAR.
Ada kerja disana dengan 2 orang mamat Nigeria (Safety + Scaffolding).
Biasalah orang Afrika Nigeria ini bila cakap.
Mereka akan berbahasa Inggeris (penjajah).
Tapi kadang2 mereka selitkan bahasa daerah mereka.
Sehingga si Supp KAR (India mari) tegur dengan perasaan ingin tahu.
Boleh dia tanya apakah bahasa kebangsaan Nigeria.
Mamat Nigeria ini pun cakaplah mereka guna bahasa Inggeris sahaja.
Hatta dalam rumah dengan laki bini.
Wak ada baca mereka berbahasa Pidgin English. 
Dan campur2 bahasa daerah.
Wak pun menyampuk juga.
Wak tanya balik Supp KAR pasal bahasa kebangsaan India.
Sebab ramai sahaja rakan2 sekerja dari India, terutama dari Tamil Nadu (selatan India) yg tidak boleh berbahasa Hindi.
Maksudnya Hindi bukanlah bahasa rasmi.
Wak gelak sahaja tengok mereka.

Di Nigeria juga mereka sebut buah pisang itu "plantains".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MAKAN NASI AYAM PENYET DI BAKSO JAWA DENGKIL YG SELALU PADAT

  Ahad, 12 Mei 2024. Petang sudah berlarian ke pekan Dengkil. Mahu makan nasi ayam penyet. Istimewanya hidangan nasi ayam penyet ada 2 ekor ...