Mar 16, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 53

Quick packing @2022

 Selasa, 15 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

Pagi tadi kerja potong rumput seperti biasa.
Snr LAN (Logistic) kata wak kena naik bot pergi pelantar E esok pagi.
Sejam lepas itu, Snr LAN jumpa  wak suruh bersiap tengahari.
Bot SAM akan tiba dari Ras Lafan untuk ke pelantar E.

Wak beritahu bro DAU (PTW).
DAU rasa sedih sebab tiada rakan Melayu disini.
Tapi kan MAW mahu datang esok.

Pukul 11.20am sudah makan di kantin untuk kali terakhir.
Bro DAU pun join wak sama.

Pukul 12noon wak sudah berada dikatil untuk noon nap.
Pukul 1pm, si SAU, mamat Logistic ketuk dan kejut wak kata bot sudah sampai.
Kelam kabut juga tapi wak sudah berkemas tadi.

Dari kapal FRO ke bot SAM.
Tidak tunggu lama terus berangkat ke kapal BUR.

Pukul 1.26pm sudah diatas bot SAM.
Pukul  3.08pm tiba di pelantar E tapi belum boleh naik.

MEETING PADANG GUY
Masa di atas bot SAM.
Ada mamat Indon ini tegur wak.
Cerita pasal kehidupan dia di Batam.
Dan perjalanan career beliau di Doha.
Dan sekarang pertama kali pergi ke offshore.
HEN nama dia.

Tiba diatas kapal disuruh makan dahulu.
Tapi wak pakai coverall, tiada seluar pula.
Leceh mahu tukar coverall, wak terus solat di prayer room.

Terjumpa UNG, mamat Vietnam PTW di tangga ke gym.

Pukul 4pm ada safety induction course sampai 5.45pm.

Masuk bilik sama lantai dengan kantin.
Dalam bilik ada uncle India yg shift malam.

Kamus lalat.
PTW = Permit To Work

Bog bukanlah hakmilik kekal.


No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...