Midnight in the middle of Persian Gulf @2022 |
Jumaat, 11 Mac 2022.
Doha, Qatar (offshore).
Pagi tadi solat subuh di surau.
Sekali dengan si DAU.
Lepas itu sama2 ke kantin untuk sarapan.
Kami borak2 pasal kawan2 yg patut datang ganti tempat wak.
Dan wak patut pindah ke pelantar E.
"Wak janganlah pindah sana, saya takde kawan kat sini," kata si DAU.
TEA BREAK WITH AFRICA MEN
Masa rehat jam 9am tadi di pantry.
Adalah juga 2 orang hitam afrika pekerja site.
Sorang ini tengah bancuh teh.
Wak pun sapa macam biasa, "haw far man?"
Dijawab dengan mesra dan dia tanya, "wak pernah keje kat Nigeria ke?"
Wak jawab ramai sahaja rakyat Nigeria kat Malaysia.
"Penuh dengan scammers," dijawab dengan gelak ketawa oleh kawan sorang lagi.
FRIDAY PRAYER
Solat Jumaat jam 11.45am.
Mamat Indon yg sama jadi khatib dan imam.
Alhamdulillah.
3 MONTHS EXTENSION
Sup KAR beritahu kontrak disambung lagi 2bulan.
Jadi 3 bulan kesemuanya.
Alhamdulillah.
Walaupun raya nanti tak pasti wak boleh balik kampung atau tidak.
STINKING SMELL
Sejak 3 hari lepas wak hidu bau setokin busuk dalam bilik kabin.
Tercari2 juga dari mana bau tersebut.
Wak periksa semua pakaian wak tiada yg bau tidak menyenangkan.
Takkanlah ada pakaian Egr ESH yg kotor tidak dicuci.
Wak tengok tiap2 hari dia hantar pakaian ke laundry.
Malam tadi wak sudah tanya.
Dia ada cakap mungkin kasut atau setokin dia yg berbau.
Memang pun.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.