Mar 12, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 50

Muruku from India @2022

Sabtu, 12 Mac 2022.
Doha, Qatar (Offshore).

KATA PERIUK BELANGA  HITAM
Pagi tadi di pelantar dengan Supp KAR.
Ada kerja disana dengan 2 orang mamat Nigeria (Safety + Scaffolding).
Biasalah orang Afrika Nigeria ini bila cakap.
Mereka akan berbahasa Inggeris (penjajah).
Tapi kadang2 mereka selitkan bahasa daerah mereka.
Sehingga si Supp KAR (India mari) tegur dengan perasaan ingin tahu.
Boleh dia tanya apakah bahasa kebangsaan Nigeria.
Mamat Nigeria ini pun cakaplah mereka guna bahasa Inggeris sahaja.
Hatta dalam rumah dengan laki bini.
Wak ada baca mereka berbahasa Pidgin English. 
Dan campur2 bahasa daerah.
Wak pun menyampuk juga.
Wak tanya balik Supp KAR pasal bahasa kebangsaan India.
Sebab ramai sahaja rakan2 sekerja dari India, terutama dari Tamil Nadu (selatan India) yg tidak boleh berbahasa Hindi.
Maksudnya Hindi bukanlah bahasa rasmi.
Wak gelak sahaja tengok mereka.

Di Nigeria juga mereka sebut buah pisang itu "plantains".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MY WHATSAPP IS BANNED OVER AND OVER AGAIN

  Khamis malam Jumaat, 25 Julai 2024. Pagi2 sudah beli mee hoon berlaukan ikan sardin dan telur goreng. Tanda amaran "Cuti Esok" s...