Mar 20, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 58

I can see Charlie from here @2022

 Ahad, 20 Mac 2022.
Doha, Qatar (offshore).

SHOWER LIKE A LADY

Pagi tadi wak terbangun agak lambat.
Sempat solat Subuh didalam bilik kabin sahaja.
Uncle India roommate yg shift malam belum balik ke kamar.
Usai solat, barulah nampak uncle VIN sampai.
Kemudian dia mahu guna kamar mandi,
Sempat dia offer kalau2 wak nak mandi dahulu.
Wak pun suruh dia guna dahulu.
"Tapi saya agak lama didalam, 10 15 minit," katanya.
Wak tidak kisah lah terus lepak atas katil layan tiktok.
Rupanye memang lebih 23 minit dia kat dalam bilik air.

A NEW ROOMMATE?
Tengahari tadi wak perasan bila masuk ke bilik kabin.
Ada sebuah beg agak besar di balik pintu.
Mungkin roommate baharu.
Sebab sebelum itu wak nampak barang2 roommate pagi tadi sudah tiada.
Tapi uncle VIN tak beritahu pun yg dia akan keluar dari bilik.
Walaupun kelmarin dia pernah cakap dia pun sudah 56 hari di luar pantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...