Mar 9, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 46

My window view @2022

 

Selasa.
Doha, Qatar.

WHEN DEMOBILIZATION IS NOT APPROVED
Semalam wak sudah hantar emel pada Pengurus Projek, Mgr AJU.
Disebabkan perlukan sokongan, dia akan sambung kontrak wak sebulan lagi.
“Ejen akan hubungi wak,” katanya dalam emel.

Wak berasa tidak puas hati.
Wak pun call dia tadi malam.
Wak kata wak perlukan rehat selepas 6 bulan di Doha.

Dia akan fikir masalah peribadi wak dalam masa terdekat.

MOVED OUT
Pagi tadi Sup KAR sudah suruh wak pindah ke bilik pejabat kabin sebelah.
Sama bilik dengan dia dan lain2.
Wak pun pindah.
Kedudukan meja di sudut yg sama.

Wak beritahu Sup KAR tentang perbualan wak dengan Mgr AJU semalam.
Sup KAR akan cadangkan kontrak wak disambung hingga bulan Jun nanti.
Sama macam tarikh luput visa wak.

PAYCHECK DAY
Sepatutnya semalam gaji sudah memasukki akaun.
Tapi dari pagi hingga ke tengah malam masih nadai.

Pagi2 tadi bila wak check, barulah ada.

MALAYSIAN INDIAN
Semalam wak terdengar Snr LAN (Kristian India) yg banyak mulut itu tanya si ASI (India Malaysia).
Pasal asal usul dia dan jadi rakyat Malaysia.
"I was  born in Malaysia," jawab si ASI.
Dia ingat si ASI asal selatan India.
Memanglah datuk nenek asal sana.
"In Malaysia, Malay 75 percent, Chinese 17%, Indian 10%", kata si ASI, yg  mana tidak tepat.
Wak diamkan sahaja.

CAMP BOSS

Masalah beg roda si DAU masih belum selesai.
Dan masalah kontrak wak yg akan disambung lagi tidak karuan.
Ubat gigi dan listerin pun sudah hampir kehabisan.
Tadi wak sudah tanya si SAU (mamat Logistik India) itu.
Untuk buat pesanan barang keperluan harian (ubat gigi etc) dari Doha.
Tapi dia beritahu boleh dapatkan barang2 keperluan di bilik Camp Boss.
Wak pun cepat2 panggil si DAU terus ke bilik Camp Boss.
Bila ditanya, si DAU jawab, "gosok gigi pakai tangan je wak."
Tapi ketika itu bilik ditutup pula.

Bila wak pergi semula sejam kemudian.
Wak masuk bilik, tidaklah banyak barang2 sangat.
Tapi ubat gigi dan berus gigi ada.
Coklat Bounty perisi kelapa (sepuluh riyal) pun ada.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...