Feb 10, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 20

Before sunrise this morning @2022

Khamis malam Jumaat.
Doha, Qatar.

DELETED ENTRY
Tiba2 terpadam pula entri hari ini.
Malas pula wak mahu menaip semula.

Movie lalat.
Masihkah Ada Ramadan (Episod 4) 2012
Fargo 1996
Lara Croft: Tomb Raider 2001

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

During dawn this morning @2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 19

An arabian seawater @2022

Rabu.
Doha, Qatar.

BREAKFAST WITH CEREAL
Pagi tadi wak turun ke kantin agak lambat, yakni jam 6am.
Walaupun waktu makan tengahari dan malam dihadkan sejam kemudian.
Tapi waktu sarapan pagi masih seperti biasa, yakni jam 5am sehingga 7am.

THE SAME SUNRISE
Usai sarapan, wak pun berlarian ke tefian felantar.
Walaupun pemandangan yg sama sahaja seperti semalam.
Tapi menikmati ciptaan Illahi itu memang mengasyikkan juga.
Alhamdulillah.

SECOND  FIRE DRILL IN A  WEEK
Pagi tadi juga dalam jam 9.15am.
Ada siren bunyi kecemasan.
Tidak seperti fire drill beberapa hari lepas.
Kali ini hanya bawa tong gas pernafasan itu siap topeng muka.
Berat gedabak juga tong gas.
Fire drill kali ini juga agak lama.
Lenguh pinggang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunrise this morning @2022
The same rise of the sun @2022

Feb 9, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 18

Another sunrise @2022

Selasa.
Doha, Qatar.

THE SAME SUNRISE
Pagi2 tadi wak pun berlarian ke tefian felantar seperti semalam.
Masa dan waktu yg sama.

CHIT CHAT WITH MGR ESH
Tadi malam di dalam kabin.
Wak ada borak2 dengan rakan sebilik dari India, mgr ESH itu.
Kebanyakan borak2 pasal rakan sekerja, geng2 wak dari Malaysia.
Ramai yg tidak sambung kontrak.
Dan ramai yg kerja sambil lewa.
Ada yg buat bisnes lah, berhanimun di London lah, dll.
Ada sorang tu bergaduh dengan klien.
Bagus juga, mungkin syarikat akan sambung kontrak wak lagi disini.
Wak ini kan yg menurut perintah sahaja kann.
Dan bolehlah nanti tengok bolasepak Fifa World Cup 2022 secara langsung dalam stadium.
Aminn.

Mgr ESH ini dulu sama2 tiba di negeri pasir berdengung ini.
Tapi bulan Disember itu hari boleh pula dia balik ke kampung India.
Dia kata emak dia sakit, iyalah tuhh.

NO PAYCHECK TO THE UNION
Tadi sudah kecoh dalam group whatsapp pekerja2.
Ramai juga yg belum dapat gaji.
Ingatkan wak seorang diri sahaja.
Tapi semalam wak sudah hantar mesej pada ejen itu.
Dia kata akan uruskan esok (Rabu).
Sebab hari ini ialah hari cuti umum di Qatar.
Sempena hari Sports Day?

SECOND CLASS WORKER
Petang tadi bila wak nak makan malam.
Ternampak ada kertas putih atas papantada depan kantin itu.
Disuruhnya pekerja2 kontraktor makan lambat sejam dari biasa.
Perubahan waktu makan tengahari dan malam.
Yo wes lah.

Movie lalat.
Hang Tuah 1956

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 8, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 17

Sunrise this morning @2022

Isnin.
Doha, Qatar.

BSN HEADQUARTER  OFFICE IS COVID-19 POSITIVE TODAY
Diberitakan kaunter BSN di Jalan Ampang itu tutup.
Ada kes positif Covid.
Tidak mengapa.
Macamlah tiada bank BSN berdekatan Masjid Jamek kann.

BLUE SKY
Pagi2 tadi wak berlarian ke tefian pelantar.
Ambil gambar sunrise dua tiga gambiran sudah.
Selepas itu wak jalan2 ke bawah dek.
Melihat bilik2 senaman gim dan permainan.
Ada bilik wayang gambar (tanpa foto) juga.

YES, YOUR VOTE IS SECRET
Pagi tadi jam 10.33am.
Ada panggilan tidak dikenali dari tanahair.
Lantaklah dia kalau kena caj panggilan jarak jauh yg mahal.
Rupa2nya ada awek tanya pasal pilihanraya Negeri Johor (PRN) tidak lama lagi.
Adalah dua tiga soalan yg wak boleh jawab.
Tapi soalan yg akhir - parti mana yg wak undi?
Aiyah.
Wak cakaplah yg undi adalah rahasia.
Awek pun cakap terimakasih dan letak telefon dia.

HEAD HUNTER IN QATAR
Tadi wak periksa emel.
Ada satu emel dari pencari pekerja (baca, headhunter).
Perlukan kepakaran wak.
Wak berikanlah semua maklumat yg dikehendaki.
Dan semoga wak dapat terus potong rumput di negeri berdengung ini lagi.
Dengan rezeki yg lebih lumayan.
Amin, ya robbal alamein.

NO PAYCHECK DAY
Sejak kerja potong rumput di negeri pasir berdengung ini.
Biasa akan terima gaji sebelum 7 haribulan.
Tapi sehingga malam tadi pun duit belum masuk akaun harimau wak.
Ghisau ghisau dimana mana berdosiaa. Huhuhu

Movie lalat.
Seniman Bujang Lapok 1961

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 7, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 16

Sunset yesterday evening @2022

Ahad.
Doha, Qatar.

SECOND CLASS WORKER
Malam tadi, si SAU tergesa2 cari wak.
Sebab mahu menukarkan wak ke bilik lain.
Sebab ada Deputy Manager mahu masuk.
Bilik lain penuh, katanya.

Disuruhnya wak ke bilik sebelah.
Dan dia akan pindah ke bilik lain.
Kecoh kann.

Tapi pagi tadi wak sudah riki2 bilik sebelah.
Mulanya wak tak perasan siapa yg tinggal di bilik  ini.
Tapi kadang2 terdengar juga  bunyi dengkuran dari bilik wak.

Pagi tadi juga si SAU kata wak tidak perlu pindah.
Dia sahaja yg akan pindah keluar.
Disuruhnya wak tinggal disitu dengan Deputy Manager yg baharu.
Wak rasa tidak selesa pula.
Tidak  tahu perangai Deputy Manager yg baharu seperti apa kann.

Jadi, wak beritahu si SAU.
Wak yg akan keluar ke bilik sebelah.
Dia pun tidak kisah.

THE FIRST FIRE DRILL
Usai breakfast pagi tadi.
Tiba2 bunyi siren kecemasan.
Ada fire drill pula.

Selepas fire drill.
Bila wak masuk ke bilik yg baharu.
Baru tahu uncle yg tinggal di bilik baharu ini.
Ialah Mgr ESH.

STILL SURVIVING
Hari ini  sudah 2 minggu, yakni hari  ke 16.
Kalau ikutkan kontrak asal, wak kena berada di tengah lautan ini paling lama 56 hari.
Ada lagi 40 hari dan 40 malam sahaja.
Semoga dipermudahkan urusan.
Aminn.

Dan ini masih entri 10 hari terkebelakang ya kawan2.

THE IMPORTANT T-CARD
Selepas  fire drill tadi juga.
Si SAU masuk bilik wak.
Disuruhnya tukar T-Card.
Wak pun pergi lah ke kotak di Lifebuoy 3.
Wak tengok T-Card wak sudah tertukar hijau (dari merah).
Wak pun masuk ke bilik.
Tapi masa wak nyenyak noon nap.
Tiba2 si SAU masuk bilik lagi.
Dia kata radio-man beritahu wak belum tukar T-Card.
Ooh. Rupanya kena ambil T-Card lama dan tukar ke T-Card baharu.
Nasib baiklah juga si SAU cakap sorry.
Sebab  wak kan sudah tukar bilik.
Terkejar2 wak pergi ke Lifebuoy 3 tadi.
Dan ke Gangway untuk ambil T-Card lama.
Dan pergi jumpa dengan radio-man untuk tukar nombor bilik yg baharu.

Kamus lalat.
Riki2 - ushar atau lebih advancenya "a local survey" atau "explorasi mengenal keadaan tempat yg hendak diriki

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Feb 5, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 15

Roti canai for breakfast this morning @2022

Saturday.
Doha, Qatar.

Semalam wak tidur agak awal.
Tengah malam dalam pukul 2am wak  terbangun macam biasa.
Masa itu si SAU baru masuk bilik.

Lepas solat, wak cuba tidur balik.
Tapi bunyi katak (dengkuran) si SAU buat wak tidak boleh lelap.
Jadi, wak mula buat kerja potong rumput.
Hinggalah masuk waktu  Subuh.
Dan wak terus turun ke kantin makan sarapan.

Usai breakfast, naik ke kabin.
Bayangkan dari jam 2am hingga  6am tidak tidur.
Mengantuk sangat wak pun tidur lah.

Dalam pukul 7.20am, tiba2 mgr ESH telefon wak.
Masa tengah mamai itu wak turun ke bawah (pejabat).
Tiba2 mgr ESH suruh pakai coverall ajak ke pelantar.
Wak minta masa 10 minit untuk mandi.

Tiba dipelantar, rupa2nya cuma mahu berjumpa dengan mgr OAR.
Mgr OAR tanya pasal repot.
Itu sahaja.

Bila balik ke pejabat.
Mgr ESH kata tadi mgr RAO tanya pasal repot sebelum dia ke pelantar.
Aiyah.

NO FACEMASK STOCK
Wak sudah kehabisan penutup mulut dan hidung, yakni facemask.
Bila tanya pada cleaner mamat India itu dia pun tiada simpanan.
Mamat India suruh pergi jumpa mamat medic Filipin pula.

YOUR SNORING AND ALARM CLOCK ARE ANNOYING
Kalau dengkuran (bunyi katak) rakan sebilik memanglah tidak boleh dibuat apa2 kann.
Tapi ada masalah lain dengan si SAU ini.
Loceng penggera dia sekarang bermula jam 5am.
Aiyah.
Kelmarin masa mula2 datang, loceng penggera start pukul 4am.
Wak sudah sound hari itu juga.
Tapi hari ini loceng penggera berbunyi pukul 5am.
Masalahnya yakni problem sebab dia tidak mahu bangun.
Wak tidak boleh tahan maa.
Wak pun kejutkan dia juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 4, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 14

A  view from a cabin window @2022

Jumaat.
Doha, Qatar.

Hari ini tiada yg menarik.
Terkejar2 dan dikejar pasal kerja potong rumput seperti biasa.

MEETING FOR NOTHING
Semalam pengurus ESH ada suruh hadir meeting dengan klien pagi ini.
Sebab semalam klien mahu berbincang.
Pukul 8.50am sudah ada di depan meeting room.
Tapi bila masuk meeting hanya pasang telinga sahaja.

NASI BERIANI DAN AIS KRIM
Hari Jumaat tengahari, kantin ada menyediakan nasi beriani.
Sebelum itu wak ratah sayuran salad dahulu.
Barulah makan nasi beriani ayam, tambah daging lembu dan papadom.
Dan sebelum balik ke kamar, ambil secawan aiskrim (tiada gambar).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 3, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 13

Sunrise at 6.41am this morning  @2022

Khamis malam Jumaat.
Doha, Qatar.

MIMPI SEPERTI NYATA
Mimpi malam tadi.
Pasal kerja.
Pasal kena paw di kedai makan.
Tapi mimpi hanyalah mainan tidur kann.
Yg penting, tidur yg lena walaupun ada bunyi katak mendengkur.

NAIK PLATFORM
Pagi tadi urusan kerja di pelantar.
Antara  masalah komunikasi disini - kurangnya walkie talkie.
Ha-pi (baca henfon) pun tidak boleh dibawa naik ke pelantar.
Nasib baik juga jumpa si ADI di atas sana.

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 12

Seabirds with blue sky @2022

Rabu.
Doha, Qatar.

WHY I AM SO TIRED
Semalam wak tidur pukul 9pm.
Mungkin disebabkan keletihan.
Si SAU masuk bilik pun tidak sedar.
Tengah malam pun tidak kisah kalau bunyi katak (dengkuran) tengah hujan.

Pagi tadi pasal kerja.
Memang agak kecoh.
Tapi kerja harus dilaksanakan.

HOMEMADE KUDAPAN
Tengahari tadi si SAU masuk bilik sekejap.
Sambil dia sebut2 nama wak.
Sebab dia teringat ada satu movie Salman Khan, yakni Wanted 2009.
Dalam movie itu ada karakter sama seperti nama wak.

Dan si SAU ada keluarkan biskut manisan kacang.
Buatan tangan (homemade) dari kampung dia, yakni Gujarat.
Rupa dan rasa biskut itu sama seperti jajan kacang potong keping.
Alaa, yg seakan2 tempe goreng itu.

RICE-LESS MEALS
Sekarang wak tidak lagi makan nasi.
Walaupun setiap waktu makan dikantin disediakan nasi dan daging.
Makan salad, kentang dan telur sahaja.

RIAU ISLANDS
Masa makan malam tadi di kantin.
Ada pak indon yg duduk sebelah.
Mungkin dia nampak wak terkial2 main henfon tanpa kecapaian internet.
Pak Indon pun berikan kata laluan (password) untuk wifi syarikat satu lagi.
Tapi talian yg perlahan tahap siput khinzir ya amat.
Tidak mengapalah - boleh saja tunggu bila naik ke kamar nanti.
Dia ada tanya wak ini orang Malaysia kah?
Ehh, teringat tengahari tadi ada mamat Indon itu sangka wak orang Filipin pula.
Pak Indon ini aslinya orang Karimun Besar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 1, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 11

Stairway to nowhere @2022

Selasa.
Doha, Qatar.

Seperti semalam.
Wak tidur awal juga.
Dalam pukul 7pm begitu, usai solat Isyak.
Perasan juga si SAU (roommate) itu ada masuk bilik sebentar.
Dan dia keluar buat kerja lagi.

Dalam pukul 11pm dia balik kot.
Perasan juga bila wak selak tirai katil.
Si SAU sedang duduk melutut tempat solat wak.
Mungkin dia juga ada bersembahyang (Hindu).
Tak lama, tak sampai 5 minit.

Dalam pukul 1.50am wak terbangun seperti biasa.
Buat aktiviti ibadah yg mampu.

Bila wak mahu tidur semula.
Tapi kejadian bunyi katak si SAU pun menghantui pendengaran wak.
Akhirnya wak bangun semula.
Dan buat kerja potong rumput diatas meja.
Sehinggalah masuk waktu Subuh, pukul 4.51am.

Wak solat dulu.
Kemudian turun ke kantin untuk sarapan pagi.

THAT'S  NOT MY WORK
Wak sambung tidur dalam pukul 5.30am.
Lama juga wak tertidur.
Sehingga tidak sedar Mgr ESH (CSR) hantar mesej kecemasan pada pukul 6.20am.
Wak terbangun pun sudah jam 6.50am.
Mandi, kemudian solat, barulah mahu berjumpa RIS & Mgr ESH.
Tapi mereka tiada di pejabat (Tingkat 1).
Nasib baik jumpa RIS dalam kamar dia (depan kamar wak ini).
Rupanya masalah pemasangan Flange Blind semalam masih belum selesai.
Kan bosskur mr RED sudah beritahu.
Pemasangan FB di pelantar C ini MAW yg buat dari London.

THE ENGINEER WHO LEFT ME
Petang tadi insinyur Indon, mas ADI sudah janji.
Nak bawa wak naik pelantar pukul 3.30pm.
Jadi wak releks lah dulu.
Tidak perasan dia whatsapp pukul 2.50pm.
Wak cakap nak solat dulu.
Gitu gini sudah pukul 3.30pm.
Mas ADI sudah bepergian ke pelantar dan tinggalkan wak.
Wak terus masuk pelantar seorang diri.
Tidak berjumpa pula disana.
Telefon dan whatsapp tak berbalas.
Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 31, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 10

Please hover your mouse to see naked Rose.

Isnin.
Doha, Qatar.

PLEASE BE CONSIDERATE
Pasal roommate baru ni yg buat wak bengang.
Pasal mendengkur tu memang masalah antarabangsa kann.
Satu lagi pasal si SAU set alarm clock dia jam 4.00am.
Tapi masalahnya problem sebab bukan dia bangun pun.
Wak pula yg jadi terkebil2 takleh tidur.
Nantilah wak sound dia.

FAST ONLINE DELIVERY
Kelmarin, yakni 2 hari lepas.
Wak ada pesan henfon murahan atas talian (shopee).
Bila sudah buat bayaran, ada pemberitahuan henfon akan dihantar bermula 10hb Februari.
Lebih kurang 2 minggu lama juga, tapi mungkin disebabkan raya cina.
Wak tidak kisah pun.
Tapi pagi2 tadi, ada panggilan yg tidak dikenali masuk.
Kebetulan henfon cap aiyam wak ini dalam mod senyap.
Nasib baik juga wak terbangun tadi gara2 bunyi alarm clock si SAU.
Kali kedua panggilan baru wak angkat.
Sekarang ini wak tak angkat kalau panggilan dari Malaysia.
Sebab kasihan dengan sipemanggil yg dikenakan caj mahal.
Bila wak angkat, budak GDEX yg panggil.
Katanya ada penghantaran.
Wak suruh tinggalkan sahaja di pondok pakguard didepan itu.
Tapi budak GDEX bilang dia tak berani sebab sebuah henfon (walaupun murahan.)
Wahh, baik hati dan amanah juga budak GDEX ini ya.

Movie lalat (tak sepenuhnya, sebab dari OSN movies dalam kabin).
Jobs 2013 
Titanic 1997

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...