Feb 5, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 15

Roti canai for breakfast this morning @2022

Saturday.
Doha, Qatar.

Semalam wak tidur agak awal.
Tengah malam dalam pukul 2am wak  terbangun macam biasa.
Masa itu si SAU baru masuk bilik.

Lepas solat, wak cuba tidur balik.
Tapi bunyi katak (dengkuran) si SAU buat wak tidak boleh lelap.
Jadi, wak mula buat kerja potong rumput.
Hinggalah masuk waktu  Subuh.
Dan wak terus turun ke kantin makan sarapan.

Usai breakfast, naik ke kabin.
Bayangkan dari jam 2am hingga  6am tidak tidur.
Mengantuk sangat wak pun tidur lah.

Dalam pukul 7.20am, tiba2 mgr ESH telefon wak.
Masa tengah mamai itu wak turun ke bawah (pejabat).
Tiba2 mgr ESH suruh pakai coverall ajak ke pelantar.
Wak minta masa 10 minit untuk mandi.

Tiba dipelantar, rupa2nya cuma mahu berjumpa dengan mgr OAR.
Mgr OAR tanya pasal repot.
Itu sahaja.

Bila balik ke pejabat.
Mgr ESH kata tadi mgr RAO tanya pasal repot sebelum dia ke pelantar.
Aiyah.

NO FACEMASK STOCK
Wak sudah kehabisan penutup mulut dan hidung, yakni facemask.
Bila tanya pada cleaner mamat India itu dia pun tiada simpanan.
Mamat India suruh pergi jumpa mamat medic Filipin pula.

YOUR SNORING AND ALARM CLOCK ARE ANNOYING
Kalau dengkuran (bunyi katak) rakan sebilik memanglah tidak boleh dibuat apa2 kann.
Tapi ada masalah lain dengan si SAU ini.
Loceng penggera dia sekarang bermula jam 5am.
Aiyah.
Kelmarin masa mula2 datang, loceng penggera start pukul 4am.
Wak sudah sound hari itu juga.
Tapi hari ini loceng penggera berbunyi pukul 5am.
Masalahnya yakni problem sebab dia tidak mahu bangun.
Wak tidak boleh tahan maa.
Wak pun kejutkan dia juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...