Feb 12, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 21

9hb Rajab 1443H @2022

Jumaat.
Doha, Qatar.

Assalamualaikum kawan2 wak blogger semua2 lah.
Hari ini hari Jumaat ketiga wak di tengah lautan tanfa tefian.

WHY IS MY EYE RED
Sejak pagi kelmarin bila bangun dari tidur.
Wak nampak mata sebelah kiri jadi merah.
Walaupun tidak sakit tapi terasa juga gatal2.
Bila wak tanya dengan pakcik google.

" Mata merah biasanya disebabkan oleh alahan, keletihan mata, kanta lekap (contact lenses) yang terlalu memakai atau jangkitan mata biasa seperti mata merah jambu (konjunktivitis). Walau bagaimanapun, kemerahan mata kadangkala boleh menandakan keadaan atau penyakit mata yang lebih serius, seperti uveitis atau glaukoma. "

Tapi tiadalah disebut kerana kerap menonton video2 terlampau.

ARAB CABLE MOVIES
Masa wak di bandar Doha kelmarin.
Dalam apartment memang ada saluran TV juga.
Tapi wak jarang tonton.
Biasa wak download dari internet  sahaja.

Di tengah lautan ini pula.
Ada 10 saluran TV dalam bilik kabin - OSN (sama seperti Astro yg berbayar itu)
Kesemuanya menayangkan movies dari hollywood tanpa iklan.
Cuma 2 saluran sahaja tayangan dokumentari.
Dan wak perasan ada satu saluran tambahan ini.
Saluran MBC 2 dari kerajaan Arab Saudi (KSA, yakni Kingdom of Saudi Arabia).
Tayangan movies juga, tapi ada iklan.
Cuma satu sahaja masalahnya yakni problem.
Kesemua saluran TV itu menggunakan subtitle arab.

Movie lalat.
Groundhog Day 1993
Hell or High Water 2016
Empire State 2013

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...