Feb 1, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 11

Stairway to nowhere @2022

Selasa.
Doha, Qatar.

Seperti semalam.
Wak tidur awal juga.
Dalam pukul 7pm begitu, usai solat Isyak.
Perasan juga si SAU (roommate) itu ada masuk bilik sebentar.
Dan dia keluar buat kerja lagi.

Dalam pukul 11pm dia balik kot.
Perasan juga bila wak selak tirai katil.
Si SAU sedang duduk melutut tempat solat wak.
Mungkin dia juga ada bersembahyang (Hindu).
Tak lama, tak sampai 5 minit.

Dalam pukul 1.50am wak terbangun seperti biasa.
Buat aktiviti ibadah yg mampu.

Bila wak mahu tidur semula.
Tapi kejadian bunyi katak si SAU pun menghantui pendengaran wak.
Akhirnya wak bangun semula.
Dan buat kerja potong rumput diatas meja.
Sehinggalah masuk waktu Subuh, pukul 4.51am.

Wak solat dulu.
Kemudian turun ke kantin untuk sarapan pagi.

THAT'S  NOT MY WORK
Wak sambung tidur dalam pukul 5.30am.
Lama juga wak tertidur.
Sehingga tidak sedar Mgr ESH (CSR) hantar mesej kecemasan pada pukul 6.20am.
Wak terbangun pun sudah jam 6.50am.
Mandi, kemudian solat, barulah mahu berjumpa RIS & Mgr ESH.
Tapi mereka tiada di pejabat (Tingkat 1).
Nasib baik jumpa RIS dalam kamar dia (depan kamar wak ini).
Rupanya masalah pemasangan Flange Blind semalam masih belum selesai.
Kan bosskur mr RED sudah beritahu.
Pemasangan FB di pelantar C ini MAW yg buat dari London.

THE ENGINEER WHO LEFT ME
Petang tadi insinyur Indon, mas ADI sudah janji.
Nak bawa wak naik pelantar pukul 3.30pm.
Jadi wak releks lah dulu.
Tidak perasan dia whatsapp pukul 2.50pm.
Wak cakap nak solat dulu.
Gitu gini sudah pukul 3.30pm.
Mas ADI sudah bepergian ke pelantar dan tinggalkan wak.
Wak terus masuk pelantar seorang diri.
Tidak berjumpa pula disana.
Telefon dan whatsapp tak berbalas.
Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...