Feb 8, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 17

Sunrise this morning @2022

Isnin.
Doha, Qatar.

BSN HEADQUARTER  OFFICE IS COVID-19 POSITIVE TODAY
Diberitakan kaunter BSN di Jalan Ampang itu tutup.
Ada kes positif Covid.
Tidak mengapa.
Macamlah tiada bank BSN berdekatan Masjid Jamek kann.

BLUE SKY
Pagi2 tadi wak berlarian ke tefian pelantar.
Ambil gambar sunrise dua tiga gambiran sudah.
Selepas itu wak jalan2 ke bawah dek.
Melihat bilik2 senaman gim dan permainan.
Ada bilik wayang gambar (tanpa foto) juga.

YES, YOUR VOTE IS SECRET
Pagi tadi jam 10.33am.
Ada panggilan tidak dikenali dari tanahair.
Lantaklah dia kalau kena caj panggilan jarak jauh yg mahal.
Rupa2nya ada awek tanya pasal pilihanraya Negeri Johor (PRN) tidak lama lagi.
Adalah dua tiga soalan yg wak boleh jawab.
Tapi soalan yg akhir - parti mana yg wak undi?
Aiyah.
Wak cakaplah yg undi adalah rahasia.
Awek pun cakap terimakasih dan letak telefon dia.

HEAD HUNTER IN QATAR
Tadi wak periksa emel.
Ada satu emel dari pencari pekerja (baca, headhunter).
Perlukan kepakaran wak.
Wak berikanlah semua maklumat yg dikehendaki.
Dan semoga wak dapat terus potong rumput di negeri berdengung ini lagi.
Dengan rezeki yg lebih lumayan.
Amin, ya robbal alamein.

NO PAYCHECK DAY
Sejak kerja potong rumput di negeri pasir berdengung ini.
Biasa akan terima gaji sebelum 7 haribulan.
Tapi sehingga malam tadi pun duit belum masuk akaun harimau wak.
Ghisau ghisau dimana mana berdosiaa. Huhuhu

Movie lalat.
Seniman Bujang Lapok 1961

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.