Blue sky today @2022 |
Jumaat.
Doha, Qatar.
TIMESHEET DAY
Ejen sudah maklumkan untuk sediakan timesheet selewat2nya pada 28hb.
Hari ini sudah 25hb.
Ejen LEO juga ada whatsapp wak tengahari tadi.
Tanya berkenaan kerja wak.
Sudah berapa lama berapa berada di offshore.
Wak beritahu, hari ini yg ke 35.
Sudah 5 bulan tinggalkan bumi Malaysia.
Hormon kejantanan pun sudah melepasi paras hidung ni.
Asyik ngilerr siang malam ni.
Huhuhu.
DR ZAKIR NAIK IS ANSWERING YOUR QUESTION
Petang tadi punya cerita.
Si SAU (ex roommate), mamat Hindu dari India itu tanya soalan biasa ini.
Dalam Islam, kenapa lelaki boleh kahwin sampai empat bini.
Sedangkan perempuan tidak boleh kahwin sampai empat laki pula.
Apa perasaan wak kalau perempuan boleh berkahwin lebih ramai?
Wak jawablah, kalau perempuan berkahwin empat, maka tidaklah tahu siapa ayah kepada bakal anak itu nanti. Kanns.
"Yep, logik sungguh jawaban wak itu," kata si SAU sambil geleng2 kepala.
View of Akano's laptop @2022 |
Mr Iqbal brought this Castania peanuts from Doha @2022 |
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.