Oct 12, 2015

VERTIGO

Between Pasar Satok and Jalan Semariang, Kuching, Sarawak.

ALHAMDULILLAH urusan majlis pertunangan anak lanang penulis telah selamat berlangsung kelmarin dalam keadaan aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Walaupun kepala penulis pening-pening lalat (baca: vertigo) disebabkan demam dan selesema yang telah melanda sebelum keberangkatan rombongan cik kiah ke bumi kenyalang lagi, tapi penulis gagahi juga untuk kesempurnaan majlis. Gambiran bokeh lampu jalan antara Pasar Satok dan Jalan Semariang diatas menggambarkan bagaimana keadaan kepala penulis yang tingtong ketika itu. Aduhai.

Hari pertama, Jumaat,
hari ketibaan dan atas desakan isteri kesayangan penulis intan payung (yang itu) penulis ke klinik Sejahtera di Pasar Satok untuk berjumpa doktor dan mengambil ubat. Seterusnya disebelah petang, kami bergambiran di tugu kucing ditengah bandaraya. Selepas itu kami menaiki bot tambang 50 sen ke seberang sungai menjamah mee kolok untuk pertama kalinya bagi kaum kerabat. Juga, singgah membeli kek lapis di kedai kek berhampiran yang PM (Najib lettew) pun pernah sampai.

Hari kedua, Sabtu, majlis bermula pukul 10.44 pagi, ada watikah dari wakil dan disudahi dengan zikir (marhaban) doa kesyukuran. Di sebelah petang, kami ke Muzium Kucing dalam bangunan DBKU dan seterusnya kami ke pantai Santubong untuk mengambil udara petang yang nyamanlah sangat.

Hari ketiga, Ahad, pagi-pagi sudah ke pekan Serikin, sempadan Indon melayan kaum kerabat membeli belah. Petang, kami pun terbang pulang ke Masai. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur.

Nota lalat. Penulis akan muatnaik gambiran2 yang penulis sempat rakam sekiranya kepala penulis menjadi stabil kembali seperti sedia kala. (Updated seadanya.)

Nota SEO lalat. kedai ubat vertigo dikuching sarawak

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KUCHING DAY 1:

On the way to Pasar Satok. DUN building is infront of us.

I am sick at Klinik Sejahtera, Satok, Kuching.

Pasar Satok.

Tugu Kucing.

Flowers.

Tugu Kucing.

Tugu Kucing.

Tugu Kucing.

Bags for sale.

Chicken Wings, Kampung Boyan, Kuching.

Mira Cake House, Kampung Boyan, Kuching.

Dummy flowers.

Kek Lapis Sarawak for tasting.

Mira Cake House, Kampung Boyan, Kuching.

Baby girls, Kampung Boyan.

Mee Kolok, Kampung Boyan.

Yamaha SS motorcycle, Kampung Boyan.

The original Gambir Sarawak Asli, Kampung Boyan.

Bot Penambang, Sarawak River.

Jetty, Sarawak River, Kuching.

KUCHING DAY 2: (will be updated.)

The rombongan arrival.

The future  daughter in law.
Then, we went to the Cat Museum:
















Later, we went to the Santubong Beach:








At night, we had dinner at Topspot Restaurant:




KUCHING DAY 3: (will be updated.)

In the morning, while having breakfast:




On the way to Serikin:






























SEBENING LALAT CAFE:












** END OF POST **

Oct 9, 2015

BAIK-BAIK SAYANG

Bukit Belacan.

HARI ini Jumaat sudah. Hari ini penulis bercuti dari memotong rumput seperti biasa. Mungkin masa ini penulis sudah pun berangkat ke seberang lautanlah sangat. Meowwww ;p

Penulis hendak berfantunlah sikit,

Tuai padi antara masak;
Esok jangan layu-layuan., ammvoiii
Intai Wak antara nampak;kihkih2
Esok jangan rindu-rinduan., mak kanns

Nota lalat. Sila abaikan tajuk lagu Wali Band - Baik-baik Sayang itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 8, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - KAK PAH


Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah kak Pah aka PI (Paridah Ishak) yg punya blog ‘Karyahku - Paridah Ishak‘ lah pula. Kak Pah adalah blogger ketiga yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blogger OKU yang lumpuh separa badan kerana kemalangan jalanraya 25 tahun yang lalu. Kak Pah seorang yang cekal, tabah dan suka menanam pokok-pokok bunga pelbagai jenis sampai meng'updet' blognya hampir setiap hari. Blog kak Pah: http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/ . Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Kak Pah ada membuat kerja sambilan dirumah?
- Tiada.

Q2. Berapa lama kak Pah sudah berblog?
- Mula berblog pada Jun 11

Q3. Kenapa kak Pah mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- Blog kak ni adik kak yg tolong bukakan sbb adik tu tahu kesukaan kakaknya ni menulis. Kak hingga kini masih berblog untuk mengelakan rasa bosan disamping dapat menyimpan karya2 yang telah dihasilkan dan mencatat isu semasa terkini juga menyimpan foto2 keluarga. Berblog juga memberikan keseronokan tersendiri justeru dapat berkenalan dengan ramai blogger yang mesra maya seperti wak.

Q4. Kak Pah pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- Setakat ni belum terfikir lagi untuk berhenti blogging. Tapi macam kata wak blog bukan hak milik kekal...hanya takdir penentunya.

Q5. Kak Pah suka menanam bunga-bunga orkid dll yang cantik dirumah. Dimanakah selalu kak Pah membeli bunga itu?
- Orkid kak tu ada yg dibeli di Temerloh, Kuantan, Cameron Highland, Bentong dan Sg.Buluh.

Q6. Kak Pah pernah berjumpa dan bergambar selfie dengan artis dan selebriti?
- Kak hanya kenali dan berselfie dgn seorang saja artis/wartawan iaitu Fauziah Samad sebab beliau adik ipar kak.

Q7. Pernah tak kak Pah sehingga sekarang masih tidak berjumpa bunga yang sangat-sangat kak Pah hajati untuk ditanam di rumah?
- Masih banyak lagi pokok/bunga yang ingin kak tanam kalau berjumpa dengan anak benih yang kak ingini.

Q8. Kak Pah pandai mengarang cerpen dan bersyair. Pantun apa yang kak Pah suka dengar?
- Heh..heh...taklah pandai sangatpun hanya suka2 jer...pantun2 yang kak suka adalah pantun2 lama yang klasik.

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?
- Kak rasa harga minyak akan naik juga setinggi itu seiring dengan masa dan buat masa ini janganlah ada kenaikan yang terlalu tinggi sehingga berlaku pula perubahan gaya hidup yang menyusahkan semua. Dengan harga minyak yg amat tinggi menyebabkan inflasi mencanak tinggi.

Q10. Kak Pah pernah cuba masak masakan Jepun di rumah?
- Masakan Jepun yg dimasak selalu mee maggie jer heh..heh..

Q11. Tiap-tiap hari kak Pah rajin updet blog. Blog siapa pula yang kak Pah suka baca setiap hari?
- Kak akan baca blog yg dibloglist blog kak...mana yang diupdate awal dan muncul dibloglist akan kak segera singgah.

Q12. Sky Bridge di KLCC itu terletak di tingkat 41 dan 42 antara dua menara berkembar Petronas. Kak Pah pernah naik ke jambatan KLCC itu?
- Belum lagi.

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah kak Pah ke kampung keluarga belah kak Pah?
- 500 meter jer.

Q14. Selain blog ‘karyaku-paridahishak’ ini, adakah blog lain kepunyaan kak Pah?
- Tiada.

Q15. Kak Pah pernah membuat buku dari novel-novel karya sendiri?
- Kak sudah berusaha menghantar sebuah novel kak ke penerbitan DBP....kalau ada rezeki-Nya insyaAllah..wak tolong doakan ya.

Q16. Kalau kak Pah ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg kak Pah rasa akan lakukan?
- Aduhai banyaknya duit juta2 tu...dunia ni sementara jer dan kak akan pastikan duit juta2 yg dimiliki digunakan ke jalan kebaikan yg diredhai-Nya.

Q17. Selepas eksiden 25 tahun lepas dan dalam berkeadaan seperti sekarang, pernahkah kak Pah ke luar negara?
- Kak eksiden tika usia 29 tahun, ...anak paling kecil baru 50 hari usianya...terhenti sudah keseronokan dunia salah satunya berwisata ke mana-mana ...apa lagi ke luar negara. Setakat pusing2 dalam negara jer dibawa anak2.

Q18. Ketika berada dirumah, apakah bunyi atau suara yang kak Pah tidak suka dengar?
- Bunyi enjin yg bingit.

Q19. Sebutkan lagu allahyarham Sudirman yang kak Pah suka dengar?
- lagu Sudirman banyak yg mengasyikan n kak suka lagu Penyu Menangis...lirik pemuisi JM AZIZ tu...

Q20. Kak Pah pernah naik keretapi KTM dari KL ke JB?
- Belum pernah lagi.

Dalam blog kak Pah tiadalah gambar-gambar beliau dipaparkan atas sebab-sebab yang beliau sendiri tahu. Untuk entri istimewa ini pun sebenarnya penulis telah memujuk gambar beliau yang akhirnya beliau setuju untuk ditempekkan. Pandaikan penulis pujuk, kehkeh.

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada kak Pah yang bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual penulis ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada minggu depan? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Rujukan blog kak Pah: LINK.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 7, 2015

KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON

Selfie.

HARI ini penulis akan menulis karangan budak sekolah tahap SPM Darjah 6+++ sekadar suka-suka. Karangan yang agak panjang. Nota lalat: harga dalam Ringgit Malaysia dan Rupiah Indon penulis paparkan hanya sekadar rujukan semata-mata, bukan berniat takbur, riak atau menunjuk-nunjuk.


Nama aku Blangkon. Tahun aku dilahirkan aku tidak ingat. Aku berwarna merah gelap. Yang aku ingat aku telah dibawa dari pulau Jawa Indonesia oleh pemborong Malaysia ke Pelabuhan Klang dan diagih-agihkan diseluruh semenanjung Malaya. Aku dan beberapa dozen rakan-rakan aku dalam satu bungkusan plastik telah dibawa ke sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Masjid India. Nama kedai itu ialah Kedai Jahit Tampan Tailor yang terletak

di Arked TAR Lorong TAR, Kuala Lumpur. Nombor telefon kedai itu ialah 017-2646097 untuk rujukan sesiapa yang berminat membeli rakan-rakan lama aku.

Aku adalah blangkon, penutup kepala (topi atau songkok) yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebagian daripada pakaian tradisional jawa. Ada beberapa jenis blangkon yang menggunakan bonjolan pada bahagian belakang blangkon. Bonjolan ini menandakan model rambut lelaki pada masa itu yang sering mengikat rambut panjang mereka di bahagian belakang kepala, sehingga bahagian tersebut tersembul dibahagian belakang blangkon.

Baru minggu lepas, ada seorang pakcik datang kekedai membeli 2 orang rakan-rakan aku. Dan semalam ada seorang lagi pakcik yang hensem, ganteng dan rupawan, yang selepas ini aku panggil Wak, datang ke kedai bertanyakan tentang aku. 4 jam sebelum itu, Wak telah menerima pesanan dari rakannya di Pulau Pinang untuk mencari blangkon yang pernah dibeli Wak di Jogjakarta beberapa tahun lepas. Wak telah menggoogle dan berusaha dengan penuh gigih yang mulanya mencari kedai Toko Indonesia (yang tidak wujud lagi) di Selangor mansion yang buruk itu. Selepas itu Wak ke Malayan Mansion pula tapi tidak ketemuan. Akhirnya secara tidak sengaja, Wak bertemu juga dengan kedai jahit Tampan Tailor itu. Wak sangatlah bergumbira dan berasa amat tampan sekali.

Pada mulanya Wak mencari blangkon yang biasa-biasa saja, bukan yang ada ekor seperti aku. Tapi aku lihat Wak pun tidaklah berminat lagi untuk berlarian ke hulu ke hilir ke Wisma Yakin atau memeriksa keseluruhan Jalan Masjid India itu, maka Wak pun terpaksa juga membeli aku yang punya ekor ini. Pada mulanya budak penjaga kedai itu memberitahu harga aku ialah RM35. Tapi Wak telah menawar sambil bergulingan dan akhirnya mendapat harga kasih sayang dari cikpuan taukeh besar tuan punya kedai dengan harga RM30 saja. "Oklah harga itu," getus hati Wak. Lagipun kalau dilaman sesawang harga blangkon biasa ialah RM35, dan blangkon ekor seperti aku ini ialah RM45, dan pos penghantaran pun sudah RM10. COD Klang dan Shah Alam saja katanya.

Setelah tamat urusan akad jual beli, aku telah selamat dibawa pulang oleh Wak untuk dihantar menggunakan pos laju keesokannya (hari ini) ke alamat rakannya di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu. Pada malam tadi, tidaklah aku diusik oleh Wak dirumahnya. Aku dibiarkan saja terperap dalam plastik dalam beg galas Wak. Aku tengok Wak asyik bebenor updet blog poyonya sehingga begadang sampai larut malam.

Tadi pagi, aku telah diletakkan dalam kotak kasut lama Wak dan kemudiannya diselotep. Pada mulanya Wak ingat nak membeli kertas pembalut hadiah untuk dibalut kotak kasut lama itu. Tapi kebetulan Wak terjumpa kotak hadiah lama yang masih elok luarannya dibilik stor tempat Wak memotong rumput itu dan kemudian kotak kasut lama yang aku berada didalamnya disumbatkan kedalam kotak hadiah yang lebih besar itu. Selain aku, Wak juga menyelitkan sekali satu saputangan Bali yang cantik untuk rakannya itu. Memang cantik aku lihat saputangan batik itu, tapi Wak tidak pernah menggunakannya walaupun sudah lama terperuk dalam laci Wak. Sungguh bertuahlah aku dapat duduk bersebelah awek yang cantik sepanjang perjalanan nanti.

Semasa sessi pembungkusan kotak tadi, ada rakan Wak yang perasan dan memberitahu Wak yang beliau telah menggunakan poslaju semalam. Tapi beliau gunakan kotak prabayar. Wak kata sebab Wak dah bungkus cantik aku dalam kotak kasut dalam kotak hadiah itu, jadi Wak akan gunakan poslaju biasa mengikut berat.

Setelah selesai proses pembungkusan kotak, Wak siapkan sekali mengisi borang poslaju warna oren. Selepas itu Wak pun merempit terus ke pejabat pos untuk urusan penghantaran. Bila Wak bersama-sama aku tiba di Pejabat Pos Ampang Park, pintu pun baru dibuka dan ada beberapa orang pelanggan yang beratur mengambil nombor giliran dari mesin nombor giliran disitulah. Wak mendapat nombor 12 - tidak cantik sungguh nombor itu, kata hatiku, "tidak secantik dan seanggun nombor 777." Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, sempat lagi Wak mengambil gambar bangunan Trillion dari tingkap kaca menggunakan iphone cap aiYamnya.

Beberapa minit kemudian, nombor Wak pun dipanggil oleh abe tingkap 4 dihujung sebelah kanan. Wak pun membawa kotak yang aku berada didalamnya kekaunter dan meletakkan dimesin penimbang. Tapi bila Wak tunjukkan borang poslaju yang Wak telah isi sebelum itu dipejabatnya, abe tingkap 4 kata pula, “Wak, ni borang lama, nah amek borang poslaju yang baru nih banyak2 simpan! Wak isi borang baru ni dulu, pas siap leh datang jumpa saya.” Wak pun akur saja, walaupun sudah selalu borang poslaju ditukar formatnya. Dulu warna oren saiz kecik yang susah nak isi kotak-kotak kecik dalamnya, pastu borang saiz besar sikit, sekarang kaler hitam pula. Wak pun mengambil borang poslaju yang baharu dan mengisinya dengan menyalin semula maklumat pengirim dan penerima di papan tempat menulis borang.

Bila usai mengisi borang poslaju yang baharu itu, Wak pun kembali ke tingkap 4 tempat abe tadi yang sedang melayan seorang makcik Filipino. Abe tingkap 4 mula-mula menyuruh Wak tunggu saja dahulu, tetapi kemudian menyuruh Wak ke ahkak tingkap 2 pula yang baru mulakan tugas. Ahkak tingkap 2 pun mengambil borang poslaju yang baharu dari Wak dan memberitahu harga pos ialah RM42.60. “AHDOIII,” wak jerit dalam hati. Menyesal pula gunakan kotak sendiri sebab kalau Wak gunakan kotak prabayar poslaju mungkin tak sampai RM20. Tapi Wak layan saja dan berikan duit RM50 sambil bertanya,’ahkak, berapa berat kotak saya tuh?” “Saya dah tengok timbang kotak Wak tadi, saya yang baca.” Kata ahkak tingkap 2 sambil pulangkan baki RM7.60.

Tapi hati Wak rasa gusar dan tidak tenteram pula, “berapa berat kotak tu kak? Rasa-rasa ada sampai sekilo tak?” Tiba-tiba ahkak tingkap 2 pergi semula ke mesin penimbang sebelah abe tingkap 4 itu. Dan bila kembali ke kaunter tingkap 2 semula, Wak tengok ahkak tu tersengeh-sengeh dan meminta duit baki pada Wak yang berjumlah RM7.40 tadi. “Silap tengok tadilah Wak, songkok je kan memang tak sampai sekilo“ katanya masih tersengeh-sengeh. Ahkak tingkap 2 pun kembalikan duit yang berjumlah RM42.60. Rupa-rupanya harga yang dinyatakan terbalik sebenarnya. Banyak beza tuuuh. "Mangkuk hayun cinabeng punye ahkak!" mencarut Wak dalam hati. "Mukin ahkak tingkap 2 itu ada krisis rumahtangga dengan laki dia tadi mlm kot, sbb tu tak fokus buat keje," getus hati Wak sendirian untuk mententeramkan keadaan.

Semasa entri ini ditayangkan, berkemungkinan besar aku masih dalam perjalanan ke Nibong Tebal dan akan bertemu dengan tuan punya yang baharu. Semoga dipermudahkan. Amin.

.. bersambung di blog Siti Yang Menaip ya! (*siti belum update)

Nota SEO lalat. blangkon area melaka

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Blangkon Jawa berekor, RM30.

Left: Kedai Jahit Tampan Tailor; Right: The salesboy.

Batik Bali.

The new Trillion landmark view from Ampang Park.

The new pos laju form.

Oct 6, 2015

THINGS I DID LAST WEEKEND

Mini Iron Man figure and mini cikPuan Jnulekasnova in the background.

HUJUNG minggu lepas tiadalah menarik yang dilakukan oleh penulis. Selain menghantar 2 kereta untuk diservis, penulis pergi ke sekolah anak lanang yang bakal menduduki peperiksaan SPM itu. Juga mendaftarkan anak lanang bocah cilik di sekolah agama. Juga bertemu dengan penyewa flat rumah murah penulis di KFC lapangan terbang membincangkan proses pembelian rumah tersebut. JUga menonton filem The Martian (pilihan anak lanang), yang sejujurnya penulis hendak sangat menonton filem Everest juga.

Juga, tidak lupa penulis belikan kek harijadi untuk isteri (yang itu).

Semasa di kelas anak lanang itu, ada pakcik yang datang bersama isteri duduk disebelah penulis. Sekadar sembang-sembang sambil menunggu nombor giliran dipanggil, pakcik ini yang agak peramah kata:

"pemimpin sekarang dah takleh dipercayai," katanya merujuk kepada tragedi pemecatan mantan Perdana Menteri baru-baru ini.
"rejim zionis skrg dah balik mengganas," katanya. Penulis jawab, "kita takleh nak buat apa selagi Amerika beri bantuan." "Sekarang ni pon kita sama kita sendiri bergaduh camane nak tolong palestin?" kata penulis lagi.
"anak sy ada 3 semua lelaki, yg tua dah keje kat singapore, naik motor hari2 balik rumah, keje kilang buat karipap je tapi byk cawangan kat singapura, taukeh untung juta-juta,"
"masai sekarang jerebu makin teruk, bila nak tutup sekolah," katanya lagi.
"sy skrg keje kilang perabut jugak (mcm anak lanang penulis yg tua), tapi sy tengok tempat kilang anak Wak keje tu susah sangat nak parking bersepah-sepah jer," katanya sambil penulis lihat isteri pakcik tu kadang-kadang menyampuk dan senyum-senyum saja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A newly erected monument at Bulatan Senai Airport. I assume there would be more delightful light show at night on this roundabout.

Audi A3 (RM179,630 plus GST) on the display, Senai Airport.

SPM Trial Result.

Movies posters on display, TGV Tebrau.

Ooops, nakal sungguh lens kamera waklu nih. ;p

Oct 5, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - JARI MANIS



Ini bukan tag atau GA atau Blogs Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Isnin hari pertama kita bertugas ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik JM yg jelita yg punya blog ‘Jari Manis: Travel List‘ lah pula. Cik JM adalah blogger kedua yang penulis temuramah untuk segmen ini. JM or Jari Manis adalah nama PENA katanya ehehe. Hobi JM adalah travel, kalau boleh semua tempat dia nak explore but money is her constraint. JM juga minat baca blog travel dan kongsi pengalaman dengan blogger yang lain and at the same time she can get more friends. I'm still learning how to publish a creative blog, katanya. Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Cik JM yang jelita ini sekarang bekerja sebagai apa?
- Tak nak jawab soalan ni boleh..ia terlalu sensitif to me


Q2. Berapa lama cik JM sudah berblog?
- Sejak tahun 2012 so hampir 3 tahun


Q3. Kenapa cik JM mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- JM mula travel ke Beijing ada tahun 2010, travel dengan agent. Sejak dari tu timbul minat untuk travel ke negara-negara lain. Dulu memang tak pandai ber blog dan tak pernah baca blog. Ada kawan sama study dia create blog then JM mula belajar dari beliau dengan tujuan untuk semadikan kenangan semua destinasi yang JM telah pergi dan pada masa yang sama untuk berkongsi info, tips travel kepada rakan reader terutama yang minat travel


Q4. Cik JM pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- Kekadang tu timbul juga perasaan tu bila mood untuk menulis hilang..kemudian bila di fikirkan semula...melalui blog JM dapat ramai kenalan..then niat untuk berhenti berblog tu hilang sikit demi sedikit....


Q5. Masa travel, ada tak satu benda yang cik JM selalu menyesal membawanya bersama?
- Kunci rumah..sebab...kunci rumah tu di kepilkan sekali keychain...keychain tu nampak tajam sebenarnya x...setiap kali check luggage x lepas..so bila dah beberapa kali jadi mcm tu JM keluarkan keychain tu dari kunci


Q6. Kenapa tajuk blog ‘jari manis travel’? Apa kena mengena ‘jari manis’ dengan ‘travel’?
- Jari Manis adalah nama pena penulis seperti Tiga Lalat bukan nama sebenarkan....dulu di ofis ada staff suka call me manis! manis!...then JM dapat idea untuk letak nama pena Jari Manis sesuai dengan jari jemari manis menulis dan ini adalah blog perkongsian kisah travel so wujudlah blog Jari Manis : Travel List


Q7. Cik JM pernah travel ke Australia, New Zealand, Cambodia, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ada tak negeri dalam Malaysia yang cik JM belum lawati?
- Negeri dalam Msia...hurmmm semua dah pergi. Mulai dari Sabah, Sarawak, Labuan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, N9, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Putrajaya. Ada negeri yang tertinggal tak?
(Nota penulis. Negeri Pahang tertinggal secara tak sengaja. Dan New Zealand sekadar wishlist, semoga impian menjadi kenyataan.)

Q8. Pantun yang cik JM suka dengar?
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...eh..itu pantun ke


Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?
- tak pernah terfikir...kalau naik ke turun ke..isi minyak seperti biasa..malas nak fikir or mengamuk sebab diri sendiri yang sakit hati nanti bukan harga minyak akan turun bila kita x puas hati


Q10. Cik JM pernah cuba makan di restoran Korea di Malaysia?
- Pernah...salah satunya Restoran Seoul Garden


Q11. Sebulan cik JM cuma updet blog 4 – 5 entri saja, tapi komen selalu mencecah berjuta-juta lemon. Rasa penat tak melayan komen saja?
JM memang tak rajin seperti Wak boleh update entri setiap hari tetapi bagi JM 4-5 entri sebulan sudah cukup byk kerana tulis entri biasa nya pada hujung minggu dan ambil masa almost sehari untuk setiap entri. Ia mendatangkan satu kepuasan apabila rakan reader datang baca dan komen...sangat hargai kehadiran mereka jadi tiada istilah PENAT di situ


Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
- Apa kaitan soalan ni dengan entri top commentar tu eheheh....PERNAH ketika pergi Zoo tetapi ular tu dalam sangkar...kalau nak bergambar sambil pegang ular sawa tu..oh TIDAK...kalau Wak nak bagi RM1000 pun JM x nak


Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah cik JM ke pejabat?
- Ini pun JM rasa tidak selesa untuk menjawabnya...minta maaf ye Wak


Q14. Selain blog ‘Jari Manis Travel’ ini yg hanya bercerita tentang travel, adakah blog lain kepunyaan cik JM?
- itulah satu-satu nya blog yang JM ada..Jari Manis : Travel List


Q15. Pernah terfikir untuk menulis novel cinta?
- Tidak PERNAH..JM tak pandai menulis lagi-lagi novel cinta...JM tiada bakat untuk itu


Q16. Kalau cik JM ada duit dua puluh enam juta hinggit, apa yg cik JM rasa akan lakukan?
- kah kah kah mimpikah dapat duit byk ni...macam-macam JM akan lakukan, kalau nak listkan memang tak cukup satu kertas kajang


Q17. Sekarang cik JM single, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?
- TIDAK PERNAH terpikir untuk menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi ingin menjadi ISTERI BEKERJAYA


Q18. Selain bunyi katil yang bising diatas rumah cik JM itu, apakah bunyi atau suara yang cik JM suka dengar?
- ahahahah....aduhlah soalan...hurmm....JM suka dengar SUARA AZAN


Q19. Sebutkan lagu kumpulan Wali Band yang cik JM suka dengar?
- kalau lagu kumpulan WALI BAND semua JM suka...kiranya semua lah..salah satunya taubat maksiat


Q20. Cik JM pernah naik belon panas samada di Melbourne atau Putrajaya?
- TAK PERNAH. Belum sampai Melbourne so mmg x pernah. Setiap tahun ada pesta belon di Putrajaya..sekali pun x pernah jejak kaki ke pesta tu mcm mana nak naik heheheh

Cik JM tidak rasa puas hati kerana soalan-soalan yang terlalu sedikit yang penulis ajukan kepadanya.  Tetapi soalan diatas pun ada yang cik JM tidak dapat menjawabnya, jadi penulis rasa memadailah buat masa ini. Kalau ada soalan-soalan lain, bolehlah nanti penulis ajukan dalam emel seperti biasa.

Sekarang ini penulis difahamkan cik JM kita sedang berpeleseran (baca: berwisata) ke Indon katanya. Main teka teki lagi. Tapi penulis hendaklah berpantun juga:

"apa diharap padi seberang, padi kat mesia pon banyak uooolss"

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik JM yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Khamis nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 4, 2015

BRAKE LIGHT BULB AND 410

Brake light bulb burnt out.

KELMARIN penulis sudah menghantar cikBibah pepel dan cikPuan Jnulekasnova yang dah lama terlepas tempoh servisnya. Penulis tidaklah kisah disebabkan kedua-dua kereta tersebut masih tidak hebat pembawaannya dengan jarak pemanduan dan pembatuan yang rendah (baca: low mileage). Tetapi isteri penulis (yang itu) sudah membebel-bebel menyuruh penulis menghantar kedua-duanya untuk diservis. Wehh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada kan mak, kannns. ;p

Satu. CikBibah Pepel hanya diservis biasa. "Wak, mentol lampu brek nih kena tukar sebab dah terbakar," kata abam pomen kat perodua Plentong siang tadi. RM!@#.

Dua. CikPuan Jnulekasnova perlu diservis utama (baca: major service). Banyaklah juga barang-barang yang perlu diganti termasuk minyak otomatik, gasket dll. RM!)^*. "Wak, kami tak boleh nak repair skirt cikPuan yang terlondeh sbb lobang pin dah longgar," kata mamat pomen Toyota Plentong pula. "Wak hantar je kat kedai kecantikan kat luar lah," kata mamat pomen itu lagi.

Nota lalat. Hari ini 4 Oktober 2015 (410) adalah harijadi isteri penulis (yang itu) yang ke ehem ehem. Kekanda mendoakan Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rejeki dan dipermudahkan perjalanan hidup. Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dunkin Donuts, TBS.

Oct 3, 2015

TUGU NEGARA



KALI terakhir penulis melawat tugu negara ialah 8 5 tahun yang lampau, pada 30 November 2007. (Updated. Tarikh terakhir pada 30 Disember 2010.) Seingat penulis, ada upacara menurunkan bendera setiap petang pukul 6.30 dengan tiupan trumpet, seperti di Tugu Peringatan di Melbourne juga.

Petang kelmarin selepas tugasan memotong rumput, penulis telah merempit ke Tugu Negara kerana ingin merakam gambiran acara menurunkan bendera itu. Penulis tiba dipintu masuk tugu sepuluh minit sebelum pukul 6 petang. Sempat lagi penulis mengambil gambar bersama-sama beberapa orang pelancong asing yang ada disitu. Tepat jam 6 petang, ada mamat jaga pagar yang menaiki motorsikal membunyikan hon motorsikalnya menandakan pintu pagar akan ditutup segera. Tetapi penulis masih tidak keluar kerana menunggu upacara penurunan bendera.

Pada mulanya penulis ingatkan ada 2 orang askar, tetapi bila jam menunjukkan pukul 6.20 penulis perhatikan hanya seorang askar sahaja yang membawa tangga untuk menaiki ke tugu dan menurunkan bendera. Tiba-tiba abang askar tanya penulis dari atas tugu, "wak, jam wak sekarang kol brape?"

"4 minit lagi kol 6.30," jawab penulis. "arini takde trumpet ye?" tanya penulis pula.

"ahaa, trumpet takde arini, mamat yang bertugas ada task lain," jawab Shah, askar itu sambil beliau sentiasa membelek-belek jamtangan beliau. Dan tepat jam 6.30 beliau pun menurunkan bendera ditiang itu. Penulis hanya tunggu dibawah kerana ingin bergambar dengan bendera jalur gemilang, tetapi disebabkan jalur gemilang tidak dilipat cantik, maka penulis hanya bergambiran dengan askar itu saja. Dan askar itu pun sungguhlah bersukan (baca: sporting).

Dan bila penulis hendak keluar di pintu utama yg sudah diletak mangga, kelihatanlah mamat jaga tadi sedang menunggu dengan muka ketatnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Updated. Ini gambar askar meniup trumpet kali terakhir penulis tiba pada 30/12/10:

Oct 2, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - KAK YAN



Ini bukan tag atau GA.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah kak Yan yg punya blog ‘Belajar untuk Sabar‘ lah pula. Kak Yan adalah blogger pertama yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blogger yg juga isteri kepada encik AHAMAD, ada anak tiri 3 orang dan mempunyai 5 orang cucu yg suka suka berblog. Blog kak yan: http://iryantyahamad.blogspot.my . Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Kak Yan ada membuat kerja sambilan dirumah?
- dulu mula2 berumahtangga ada ambil upah buat kueh..sekarang tak lagi...harga barang naik..tak sampai hati nak naikan harga

Q2. Berapa lama kak Yan sudah berblog?
- 11/11/15 genap setahun blog ni dicipta..insyallah

Q3. Kenapa kak Yan mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- sekadar suka suka dan mengisi masa lapang....sebab makin hari makin gian nak menulis..

Q4. Kak Yan pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- tak pernah kerana taka ada sebab nak berhenti menulis.

Q5. Kak Yan memang suka blog walking. Blogger manakah yang selalu datang dan komen blog kak Yan itu?
- semua blogger ni adalah terawal yang yan kunjungi dan sering hadir di blog yan
blogger hujan petang / blogger kakciknurseroja / blogger nooriahnaim / blogger jr - mycuteshoppe

Q6. Kenapa tajuk blog letak ‘belajar untuk sabar’? Kenapa tidak letak ‘sabar itu separuh daripada iman’?
- sebab akak nak mendidik hati akak supaya belajar untuk sabar sabar sabar dan sabar baru boleh kukuhkan iman..insyallah..

Q7. Dalam blog kak Yan ada gambar dan kata-kata Ustaz Azhar Idrus. Kak Yan tahu tak Ustaz Azhar Idrus berasal dari negeri mana?
- terenganu

Q8. Banyak sungguh petua dalam blog kak Yan. Pernah tak anak-anak tiri atau cucu kak Yan terkena sawan atau usikan orang halus?
- pernah. Cucu perempuan sulong

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?
- tak pernah langsung

Q10. Kak Yan pernah cuba masak masakan Jepun di rumah?
- nak makan pun tak pandai..inikan nak belajar masakan jepun..huhu

Q11. Tiap-tiap hari kak Yan rajin updet blog dan blog walking. Blog siapa pula yang kak Yan suka baca setiap hari?
- semua blog yang ada dalam list akak termasuk wak .

Q12. Pernah naik ke menara Taming Sari di Melaka itu?
- kak yan gayat lah wak..ketaq lutut

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah kak Yan ke kampung keluarga mak Wok?
- 98km

Q14. Selain blog ‘belajar untuk sabar’ ini, adakah blog lain kepunyaan kak Yan?
- tiada..kak yan setia pada yang satu...psst wak..sebenarnya satu ni pun kadang2 kering idea..inikan nak 2 3 blog

Q15. Kak Yan pernah cuba membuat buku dari entri-entri blog kak Yan ini?
- tak pernah cuba dan tak pernah terlintas difikiran

Q16. Kalau kak Yan ada duit dua puluh enam juta hinggit, apa yg kak Yan rasa akan lakukan?
- siapkan rumah mak abah...pi haji umrah satu family..dan bawa anak yatim dan tahfiz sebanyak mungkin..insyallah

Q17. 3 orang anak tiri kak Yan itu bagaimana memanggil kak Yan? ‘Emak’ atau ‘Ibu’ atau ‘Ummi’ atau ‘mak Yan’?
- ummi

Q18. Apakah bunyi atau suara yang kak Yan tidak suka dengar?
- suara bayi menangis

Q19. Sebutkan lagu allahyarham Sudirman yang kak Yan suka dengar?
- bila wajahmu aku bayangkan DAN terasing

Q20. Anak no 3 (uda) ada di Pasir Gudang. Kak Yan pernah pergi Masai atau Kong Kong atau Tanjung Langsat?
- lalu aje pernah lah wak

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada kak Yan yang bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada minggu depan? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Rujukan blog kak Yan: LINK.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 1, 2015

OR INSERT BOOT MEDIA

Dusty LCD monitor screen.

TIBA-TIBA komputer riba (baca: laptop) penulis ini padam di pagi kelmarin. Bila penulis memulakan kuasa (baca: power on) laptop masih tidak dapat masuk ke Windows. Penulis yakin bahawa laptop penulis ini sudah dijangkiti virus yang sangatlah jahat.

Sekarang penulis sedang berusaha sedaya upaya untuk memformat dengan cd prasimpan yang penulis telah sediakan dahulu. Dan dengan ini penulis ada sebab musabab untuk tidak mengemaskini blog merapu penulis ini untuk beberapa hari atau beberapa bulan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

BELAKANG RUMAH ADA KLCC 2024 DAN TOPI "BERAK" SEKARANG JADI TRENDING

Jalan Daud Kampung Baru @2024   Jumaat, 4 Mei 2024. Pagi sudah berlarian ke Jalan Daud. Wak cuba nasi lemak Kak Chuk. Tapi tiada lauk kerang...