Jun 20, 2015

GOOD MORNING KLCC



INI gambiran semalam pagi dengan penuh semangat penulis merempit dan berhenti didepan bangunan Felda yang baharu itu semata-mata hendak mengambil gambiran KLCC saja. Alone matcham biasa.

Sekarang ini dibulan puasa sejak penulis bertugas dipadang sekolah cina, maka waktu kerja memotong rumput awal sedikit. Kalau dulu di padang sekolah melayu, penulis boleh mula potong rumput jam 8.15 dan pulang jam 4.15 sebab tiada waktu berehat di tengahari. Sekarang pula, masuk bertugas jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dan waktu rehat ditengahari selama sejam yang penulis biasa akan gunakan untuk terlelap barang seketika dibawah pohon tauge walaupun ketika itu ada kuliah di surau sekolah berdekatan. Tetapi hari Jumaat haruslah bersolat Jemuah jugak ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jun 19, 2015

SARANG



ALHAMDULILLAH, hari puasa yang pertama telah dilalui oleh penulis dengan selamatnya. Penulis berharap kawan-kawan juga selamat menjalani ibadah puasa ini. Amin.

Dari kamus dewan edisi keempat mukasurat 1400 maksud sayang 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggalkan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;bersayangan, bersayang–sayangan berkasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi

Nota korea lalat. “Saranghae” ialah cara sebutan biasa untuk menyatakan “Aku cinta kau” atau contoh ayat "Wak sayang kamu", “saranghaeyo” pula sebutan rasmi untuk menyatakan hasrat yang sama, "saranghamnida" ialah sebutan surat rasmi urusan pejabat. Kalau penulis tersilap tafsir sila perbetulkan ya. Yang sebetulnya, penulis pun belum lagi menjejaki kaki ke bumi Korea juga.

Link lalat. [+ link ]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 18, 2015

SALAM RAMADHAN



Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, suci dan murni. Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi. Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa. Jika hati sejernih air maka jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan maka jangan biarkan ia mendung dan jika hati seindah bulan maka hiasi ia dengan iman.

Mungkin hari-hari yang berlalu telah memberikan sebutir kenangan yang tak terlupa. Ada bahagia dan ada derita, ada salah, ada khilaf, ada dosa yang mengikuti perjalanan hari-hari itu. Agar tak ada sesalan, tak ada dendam dan tak ada penyesalan, mari kita sama-sama sucikan hati, diri dan jiwa kita. Melihat segalanya dengan hati yang bersih, tanpa mengharap pujian dari sesiapa.

Tak terasa satu tahun telah dilalui. Kini ia mengunjungi kita lagi Ramadhan Ya Marhaban Bulan Penuh Barakah, Bulan Penuh Rahmat dan Bulan Penuh Keampunan. Penulis blog 'Tiga Lalat' yang biasa biasa ini ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1436 Hijrah (2015) bagi yang menjalankannya. Semoga Ramadhan yang barakah ini kita semua dapat mengalahkan hawa nafsu dan menuju kemerdekaan bila menjelang Aidilfitri nanti. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal. ブログは永遠ではありません

Jun 17, 2015

MAIN KOTOR



Nota amaran lalat. Gambiran pokok kayu mati diatas tiada kena mengena dengan tajuk entri dan juga cerita dibawah. Harap maklum.

DULU-DULU penulis pernah menemani rakan penulis menghadiri sessi perbicaraan di mahkamah syariah. Penulis sekadar ingin menceritakan pengalaman mendengar beberapa kes cerai. Dan ini kes cerai yang ditangguhkan oleh hakim kerana beberapa sebab.

Kes cerai 1. Suami (plaintif) diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri (defendan) masih dalam perjalanan. Hakim bersetuju untuk tangguh sebab hakim kata hidup di key Ell ini memang begitu, terkena kesesakan jalanraya adalah normal. Tetapi penulis tidaklah setuju sebab kalau kita sudah tahu trafik jam silalah keluar awal dari rumah. Ada orang duduk tinggal dalam hutan rimba (Ampang) berjuta-juta lemon jarak jauhnya, lepas itu kena melalui Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, lepas itu Jalan Sungai Besi boleh tiba sebelum sessi mahkamah dijalankan. Janji perbicaraan bermula jam 9pagi, ini tunggu sampai pukul 9.33 pun batang hidung hakim tak nampak lagi.

Kes cerai 2. Isteri (defendan, Melayu) dan suami (plaintif, Turki) memohon pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Suami tak tahu berbahasa Melayu, cuma faham bahasa Turki dan Inggeris. Hakim beritahu bahawa mahkamah hanya dijalankan dalam bahasa kebangsaan termaktub dalam perlembagaan. Isteri diminta menterjemah. Tetapi hakim seperti tidak puas hati dengan cara isteri yang tidak sempurna bertudung. Isteri kata, 'rushing'. Hakim kata, 'bukankah awak dah tahu bicara pukul berapa, mahkamah dah beri banyak masa untuk awak memakai tudung'. Hakim menangguhkan kes sementara supaya isteri boleh bertudung menurut hukum syarak. Pendaftar disuruh membantu isteri cara betul pakai tudung.

Kes cerai 3. Suami (defendan) tidak diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri belum tiba. 'Dia kata tengah main kotor, merah, ' kata suami tadi. 'Main ape?', hakim seperti terkejut pula. Penulis pun kabur juga maksud dia. Rupa-rupanya, 'main kotor' tu maksudnya isteri cakap dia dalam haid. Penulis tidaklah pasti samada perempuan yang didatangi haid dilarang masuk mahkamah. Dan suami tadi memberitahu ini adalah kali kedua isteri tidak datang ke mahkamah dengan pelbagai alasan. Hakim pun tangguhkan kes sementara sehingga isteri dia tiba.

Nota lalat. Tiba-tiba penulis teringat juga slanga bahasa kiasan orang-orang di kedai mamak bila memesan minuman, contohnya, air teh tarik 'potong kaki' atau air teh 0 'pengantin malam pertama'. Ketawa saja penulis mendengarnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 16, 2015

DIMANAKAH TERLETAKNYA KEKUATAN DATUK LAKSAMANA HANG TUAH



SORE kelmarin penulis sudah berlarian menaiki LRT dari Ampang Park ke Masjid Jamek, menukar tren Star terus ke Stesen LRT Hang Tuah, menaiki tren monorel Hang Tuah dan turun di Imbi berjalan kaki ke Plaza Low Yat. Tujuan penulis untuk memperbaiki alat pandu arah (baca: GPS) penulis itu yang sudah lari kalibrasinya. Ini adalah kali kedua penulis memperbaiki alat pandu arah ini dikedai yang sama. 'Wak! ni kena setting sistemnya,' ahmoi kedai itu memberitahu. 'Setengah jam, lima poh hinggit sudah,' katanya lagi.

Gambiran semuanya penulis rakam ketika berada didalam stesen LRT Hang Tuah, kecuali gambiran paling bawah.



Nota lalat. Untuk jawapan tajuk entri penulis hari ini. Sila klik disini. [+ catitan santai]

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Jun 15, 2015

OLE OLE LANGKAWI



MINGGU lepas anak wedok penulis yang remaja itu telah mengikuti rombongan sekolahnya ke Pulau Langkawi. Kelmarin malam baru beliau sempat memberikan hadiah ole ole dari sana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jun 14, 2015

ZERO KILOMETER: MASAI



Salam pagi Ahad penulis ucapkan kepada orang orang Masai, orang orang Kampung Perigi Aceh, orang orang Skudai, orang orang Putrajaya dan key Ell, orang orang Sheung Wan, orang orang Volgograd, orang orang al Kuwayt, Kuwait dan orang orang di tempat lain lain yang jauh dimata juga lah.

Bebienornya penulis sudah menulis maraton tiap tiap hari dengan gambiran yang banyak banyak pada setiap entri blog penulis yang merapu entah apa apa biasa biasa saja ini. Harini penulis cuma letak sekeping gambiran saja. Bolegh khann, kanns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 13, 2015

MTB XCO CHALLENGE 2015 SERIES 2



HARI AHAD kelmarin sebelum penulis pergi menemankan anak dara ke pameran Cosplay, penulis sempat lagi singgah ke Taman Bukit itu kerana ada pertandingan lumba basikal gunung (baca: mountain bikes). Pertandingan berlangsung dari pukul 9 pagi yang sepatutnya tamat pada 4 petang, tapi bila penulis kembali di sebelah petang, pertandingan masih belum berakhir sehingga hendak masuk maghrib pula.

Cuma penulis perhatikan (jelingan dari jarak jauh sambil pegang dslr) bahawa penganjur tidak mengutamakan keselamatan pelumba-pelumba basikal kerana jalan utama yang digunakan tidak ditutup dan menyebabkan ada pelumba-pelumba yang nyaris dilanggar kereta kereta yang lalu lalang. Abang-abang urusetia pun terpekik terlolong menjerit pada kereta-kereta saja. Polis trafik juga langsung tidak kelihatan. Penulis tidaklah tahu sekiranya ada berlaku kemalangan sepanjang pertandingan itu dijalankan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



































Jun 11, 2015

SUSHIL BIRTHDAY



Happy birthday to our friend, Mr Sushil.

All the photos below are resized but unedited.

Blog bukanlah hakmilik kekal.














UNTUNGLAH ADA IPHONE 6

"Diambil dengan iPhone 6"

MALAM kelmarin penulis telah menemani anak dara penulis yang mahu menggunakan baucer bukunya di kedai buku KLCC itu. Namun buku seni dan lukisan yang beliau cari tidak dapat ditemui. Hujan renyai renyai pada malam tersebut juga membantut rancangan penulis untuk menangkap gambiran kandid para pengunjung kesitu.

Nota lalat 1. Gambiran papan iklan yang baharu saja didirikan diatas penulis rakam sebelum pulang kelmarin. Penulis ambil dengan iPhone cap aiYam sahaja. Boleh?


Nota lalat 2. Sedikit pencerahan dari penulis bahawa gambiran dibawah ini bukanlah diambil dari iPHone cap aiYam penulis pula. Dan bukan diambil dengan iPhone 6.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Suria KLCC at night.

Sushi King, KLCC

Concierge, KLCC.

Homopus Signatus, the smallest tortoise.

Homopus Signatus with cikputih.

Wagyu tenderloin medium well done steak last night, Me'nate Steak Hub Ampang Jaya.

Jun 10, 2015

C2AGE VER 5.0



KELMARIN penulis sempat lagi berlarian ke Sungai Buloh melayan anak wedok penulis dengan pameran 'Cosplay'nya, C2AGE. Pameran berlangsung di HELP International School yang terletak jauh nun di Sungai Buloh.


Blog bukanlah hakmilik kekal.





























FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....