Jan 31, 2015

SUP TULANG



SELAMAT berhujung minggu semua kawan-kawan. Orang key ell (baca: Kuala Lumpur) bercuti panjang empat hari empat malam lamanya hingga hari Selasa sempena hari cuti am Hari Wilayah dan Hari Thaipusam.

Jan 30, 2015

SEBAB GATAL NAK KAHWIN



Pernah atau tidak terdengar "Ala ni kahwin ni sebab gatal la ni", "Ni ke yang gatal nak kahwin tu?" Pastu dapat anak bercerai.

Jan 29, 2015

WHY WORKING HARD



SEKARANG ini saya sangat sibuk kais pagi makan pagi. Jiwa pun tidak tenteram. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya robbal alamin.

Jan 28, 2015

JLO MOVIE



SUDAH lama saya tidak menonton wayang di pawagam KLCC itu. Melayan kebosanan dengan cerita lakonan Jennifer Lopez yang bertajuk 'Boy Next Door' yang biasa-biasa saja. Saya berikan 3 bintang.









Jan 27, 2015

TEFAL



ALHAMDULILLAH bersyukur saja ke hadrat Illahi. Hadiah peraduan 'Beraya bersama Revive' di Econsave baru saja sampai setelah berbulan-bulan menunggu stok. Sekotak lagi set barangan dapur mangkuk hayun atas nama anak lelaki saya masih dalam perjalanan ke Masai agaknya.

[+ Beraya Bersama Revive ]

Jan 26, 2015

ORANGE THINGS I BOUGHT RECENTLY



SUDAH banyak saya terbeli kabel sambungan telefon bimbit saya yang tidak berfungsi dengan elok. Saya amat kecewa.

Cerita lain, peraduan Shell sekarang yang saya sertai sebab membeli minyak di stesen itu. Dan saya perhatikan juga minyak jenis Ron 97 sudah tidak dijual dikebanyakan stesen minyak.

Cerita lain juga. Kelmarin saya sudah temankan anak lelaki saya untuk membeli rumah pertama beliau. Tetapi harga rumah paling murah di Taman Molek pun sudah menjangkau RM660,000.



Jan 25, 2015

BARBIE DOLL



HARI hujung minggu yang biasa-biasa saja.

CHINESE OPERA



PENGALAMAN menaiki bas ting ting (baca: bas berhenti-henti) dari Taman Cendana ke Masai untuk pertama kalinya juga saya lalui sementara menunggu kereta diservis di Perodua. Walaupun banyak juga teksi kosong berulang alik tetapi saya tetap menunggu bas yang lebih murah tambangnya dan saya juga tidak mengejar masa. Tambang ialah RM1.50.

Di pekan koboi Masai sempat lagi saya menonton wayang cina (baca: chinese opera) yang klasik itu.











Jan 24, 2015

PENGALAMAN MENAIKI BAS DARI AMPANG PARK KE BUKIT BELACAN



KADANG-KADANG saya akan menaiki bas dari rumah ke Ampang Park, tapi tidak pernah pula sebaliknya. Kelmarin saya sudah mencuba menaiki bas Rapid KL selepas senja untuk pertama kalinya. Walaupun bayaran tiket bas tertulis RM1.90 tetapi pemandu bas meminta dua ringgit pula.

Jan 23, 2015

ON WISMA GENTING



MINGGU lepas saya sudah memohon mendapatkan penyata akaun hutang rumah dari bank di Jalan Sultan Ismail itu. Setelah 2 minggu saya datang lagi ke kaunter bank sebab saya tidak dapat menghubungi menggunakan nombor telefon yang saya pernah ada. Tetapi penyata akaun tersebut masih belum tersedia.

Jan 22, 2015

BINGO, SCRABBLE



SALAH satu permainan yang ada dalam telefon bimbit saya ialah Scrabble yang saya main bila ada masa terluang dan rasa bosan.

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.