Jan 28, 2015

JLO MOVIE



SUDAH lama saya tidak menonton wayang di pawagam KLCC itu. Melayan kebosanan dengan cerita lakonan Jennifer Lopez yang bertajuk 'Boy Next Door' yang biasa-biasa saja. Saya berikan 3 bintang.









Jan 27, 2015

TEFAL



ALHAMDULILLAH bersyukur saja ke hadrat Illahi. Hadiah peraduan 'Beraya bersama Revive' di Econsave baru saja sampai setelah berbulan-bulan menunggu stok. Sekotak lagi set barangan dapur mangkuk hayun atas nama anak lelaki saya masih dalam perjalanan ke Masai agaknya.

[+ Beraya Bersama Revive ]

Jan 26, 2015

ORANGE THINGS I BOUGHT RECENTLY



SUDAH banyak saya terbeli kabel sambungan telefon bimbit saya yang tidak berfungsi dengan elok. Saya amat kecewa.

Cerita lain, peraduan Shell sekarang yang saya sertai sebab membeli minyak di stesen itu. Dan saya perhatikan juga minyak jenis Ron 97 sudah tidak dijual dikebanyakan stesen minyak.

Cerita lain juga. Kelmarin saya sudah temankan anak lelaki saya untuk membeli rumah pertama beliau. Tetapi harga rumah paling murah di Taman Molek pun sudah menjangkau RM660,000.



Jan 25, 2015

BARBIE DOLL



HARI hujung minggu yang biasa-biasa saja.

CHINESE OPERA



PENGALAMAN menaiki bas ting ting (baca: bas berhenti-henti) dari Taman Cendana ke Masai untuk pertama kalinya juga saya lalui sementara menunggu kereta diservis di Perodua. Walaupun banyak juga teksi kosong berulang alik tetapi saya tetap menunggu bas yang lebih murah tambangnya dan saya juga tidak mengejar masa. Tambang ialah RM1.50.

Di pekan koboi Masai sempat lagi saya menonton wayang cina (baca: chinese opera) yang klasik itu.











Jan 24, 2015

PENGALAMAN MENAIKI BAS DARI AMPANG PARK KE BUKIT BELACAN



KADANG-KADANG saya akan menaiki bas dari rumah ke Ampang Park, tapi tidak pernah pula sebaliknya. Kelmarin saya sudah mencuba menaiki bas Rapid KL selepas senja untuk pertama kalinya. Walaupun bayaran tiket bas tertulis RM1.90 tetapi pemandu bas meminta dua ringgit pula.

Jan 23, 2015

ON WISMA GENTING



MINGGU lepas saya sudah memohon mendapatkan penyata akaun hutang rumah dari bank di Jalan Sultan Ismail itu. Setelah 2 minggu saya datang lagi ke kaunter bank sebab saya tidak dapat menghubungi menggunakan nombor telefon yang saya pernah ada. Tetapi penyata akaun tersebut masih belum tersedia.

Jan 22, 2015

BINGO, SCRABBLE



SALAH satu permainan yang ada dalam telefon bimbit saya ialah Scrabble yang saya main bila ada masa terluang dan rasa bosan.

Jan 21, 2015

NINA RICCI PREMIER JUOR



SAYA tidak pernah membeli minyak wangi parfum (baca: perfumes). Kelmarin saya sudah memesan atas talian. Perkhidmatan servis penghantaran yang pantas juga sebab stok simpanan minyak wangi itu ada pada penjual.

Jan 19, 2015

AIR PARAS KETING



MINGGU lepas saya mula-mula bercadang hendak ke Temerloh, saja mahu jalan-jalan melihat keadaan selepas banjir. Tapi keinginan saya juga meluap-luap untuk menziarah masjid usang misteri di tepian Sungai Perak yang pernah diceritakan oleh blogger Si Merah Silu, juga tuan punya blog Berpetualang ke Aceh dan Art Melayu. Selepas bertanya kepada seorang pakcik di kampung yang berdekatan, saya pun tiba di Kampung Teluk Memali yang sedang dilanda banjir. Jadi hajat saya untuk ke masjid misteri itu tidak kesampaian juga. Gambar diatas saya ambil di hentian bas ditepi longkang jalan saja yang dijadikan tempat tinggal sementara dua orang tua kampung tersebut.

Sekarang ini saya tahu mengapa masjid usang (misteri lah sangat) dan kampung (bandar kah?) sekitarnya telah ditinggalkan tanpa penduduk. Dan kampung tersusun yang baru dibina itu juga tetap ditenggelami banjir juga selagi mereka tidak dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.

Masa musim banjir baru-baru ini juga, tajuk 'air paras keting' itu saya baru mengetahui maksud dan makna 'keting' iaitu bahagian kaki dibelakang buku lali. Dan kawan saya itu juga memberitahu bahawa urat keting lembu memang sedap kalau dibuat sup. Contoh ayat lain, keting lembu Dogol ditakik orang.

ZERO CHANCES TO WIN



SAYA sudah lama tidak menyertai peraduan. Hendak selesaikan masalah lain dahulu. Jiwa sekarang tidak tenang.

MAKAN NASI AYAM PENYET DI BAKSO JAWA DENGKIL YG SELALU PADAT

  Ahad, 12 Mei 2024. Petang sudah berlarian ke pekan Dengkil. Mahu makan nasi ayam penyet. Istimewanya hidangan nasi ayam penyet ada 2 ekor ...