![]() |
| My 13th day in Batam at Anchor Cafe @2023 |
Isnin, 29 Mei 2023.
Hari ini hari ketiga baju laundry wak tidak diterima.
Celana kecil (spender) pun tinggal selai.
Aduhai.
Petang dari kantor poton
Ahad, 28 Mei 2023.
Pagi tadi hujan turun.
Wak kena tunggu hujan reda sehingga jam 9.30am baru pesan Grabbike.
Kalau hujan turun nanti akan kebasahan atas dan bawah kann.
PRELUDE: BATAM TO PEKANBARU
![]() |
| Good morning Batam @2023 |
Sabtu, 27 Mei 2023.
Kena kerja potong rumput setengah hari.
Pagi tadi sempat lagi wak berlarian ke lantai 6.
Tangkap 2 3 gambiran sunrise sudah.
Pagi ini juga wak mahu cuba makan lontong.
Kelmarin (semalam) wak nampak pak NGA makan lontong di gerai itu.
Wak pesan lontong sayur di gerai yg juga jual mie lendir.
Rasa lontongnya sedap juga, yakni kenalah dengan selera tekak wak.
Movie lalat.
Wak cuba mencari movie gratis atas talian.
Tapi tidak berjumpa.
Dan portal yg boleh dimuatturun movie pun telah disekat dengan sengaja.
Nota tepi - Inside Man 2022, The Manchurian Candidate 2004.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Good morning Batam @2023 |
![]() |
| Good morning Batam sunrise @2023 |
![]() |
| Breakfast with Lontong Sayur at Tanjung Uncang @2023 |
![]() |
| On the way home and today is payday @2023 |
![]() |
| Telecommunication tower @2023 |
![]() |
| Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023 |
Jumaat, 26 Mei 2023.
Pagi tadi semasa turun untuk naik van ke kantor potong rumput.
Sempat lagi melayan matahari terbit di ufuk timur.
Sebelum hujan turun lebat secara tiba2.
Tengahari hujan masih turun dengan lebat.
Usaha ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang.
Malam pula bersama pak NGA dan KOM.
Berjalan kaki ke kedai makan Jowo Pacitan.
Wak makan nasi campur stail wong Jowo.
Ooh.
Masa pulang dari makan malam tadi.
Pak KOM kasi tahu famili dia tinggal di bandar Tasikmalaya.
Jaraknya sejauh 5 6 jam pemanduan kereta melalui lebuhraya bertol.
Tapi aslinya dia berasal dari Betawi.
Ooh lagi.
Petang tadi wak kasihan dengan bro NAZ.
Sebab tiba2 folder dalam laptopnya hilang.
Bila mamat IT Jakarta cuba tolong pun tidak dapat buka fail2 itu.
Malangnya semua fail2 tersebut jadi rusak.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Pollux Habibie Apartments Sunrise @2023 |
![]() |
| Pollux Habibie Apartments Surnise @2023 |
![]() |
| Pollux Habibie Apartments Surnise @2023 |
![]() |
| Afternoon at the shipyard @2023 |
f![]() |
| Friday prayer at Masjid Sultan Mahmud Riayat Shah Tanjung Uncang @2023 |
![]() |
| Nasi Campur Jowo Pacitan @2023 |
![]() |
| Nasi Campur Jowo Pacitan @2023 |
![]() |
| Restaurant Mie Lendir Batam Tanjung Uncang @2023 |
Khamis malam Jumaat, 25 Mei 2023.
Seperti biasa pagi tadi naik van jam 6.30am.
Oleh kerana ada toolbox meeting jam 7.30am setiap pagi Khamis di galangan kapal.
Maka kami terpaksa tapau sahaja.
Wak tapau roti canai (prata kosong) 5 keping. Rp25000
Tiba di galangan kapal pun sudah lebih 7.30am.
Terpaksa kami bergegas sertai perkumpulan mesyuarat keselamatan itu.
Walaupun masih pagi tapi panasnya berdenting juga.
Melihat keadaan kelam kabut pagi tadi.
Seharusnya kami bergerak dari apartment jam 6am.
Malam kami keluar berjumpa rakan2 sekerja dari Jakarta.
Makan seafood di restoran Wey Wey.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Toolbox this morning @2023 |
![]() |
| On the way home this evening @2023 |
![]() |
| Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023 |
![]() |
| Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023 |
![]() |
| Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023 |
![]() |
| Wey Wey Seafood Restaurant BAtam @2023 |
![]() |
| Welcome To Batam Sunrise @2023 |
Isnin, 22 Mei 2023.
Pagi ini ada pak supir van kami yg baharu.
Menggantikan sementara pak supir FER yg sedang cuti sehingga Rabu.
Ooh.
Pagi tadi wak nampak laundry wak sudah siap.
Ada di tempat receptionist itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Pollux Habibie Apartment Sunrise @2023 |
![]() |
| Traffic Jam (macet) on the way to work @2023 |
![]() |
| Traffic Jam (macet) on the way back from work @2023 |
![]() |
| Going home sunset @2023 |
![]() |
| Welcome To Batam Monument @2023 |
Sabtu, 20 Mei 2023.
Pihak pengurusan mewajibkan kerja potong rumput pada hari Sabtu.
Tapi kami tidak puashati.
Sebab tanpa bayaran kerja lebih masa.
Ooh.
Pagi tadi semasa mahu masuk ke galangan kapal (shipyard) untuk potong rumput.
Pakguard sudah halang dan periksa visa dan permit kerja kami.
Wak pula tidak bawa salinan kertas.
Nasib baik ada salinan dalam henfon cap aiyam ini.
Ooh lagi.
Memang betul bahawa garisan data internet myXL adalah sembab macam siput khinzir.
Rakan2 yg lain menggunakan garisan Telkomsel yg laju dan mulus.
Tapi wak tidak menyesal sebab masih menggunakan nombor henfon yg lama.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A view from my apartment @2023 |
Jumaat, 19 Mei 2023.
Pagi2 tadi jam setengah tujuh (yakni 6.30am) sudah naik van syarikat.
Potong rumput di galangan kapal.
Sebelum itu singgah sarapan di Tanjung Uncang.
Wak pesan prata kosong (roti canai) 2 keping.
Teh tawar.
Dulu pernah cuba mie lendir. ;p
Ada drama disini.
Bila bro HAM kata tak boleh pakai baju coverall yg ada jalur gemilang.
Logo syarikat Malaysia pun tidak boleh ditayang disini.
Anti negara asing yg kuat dan menebal.
Kemudian bro IRI sanggup pinjam pen permanent wak untuk hilangkan jalur gemilang pada coverallnya.
Dan bro HAM suruh wak lipatkan bahagian atas coverall dan silang di pinggang sahaja.
Tengahari jam 11.40am keluar dari galangan.
Solat jumaat berjemaah di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, Tanjung Uncang.
Risau juga sebab wak tidak pakai selipar jepun tidak seperti rakan2 yg lain.
Tapi bagusnya di negeri ini, hampir setiap masjid dan musollah.
Ada disediakan tempat penitipan barang (simpanan kasut).
Tidak risau akan kehilangan sepatu atau kasut.
Nota kenangan lalat.
Kejadian hilang kasut wak di surau Puduraya beberapa tahun yg lampau masih menghantui sehingga kini.
Usai solat jumaat tadi, pak supir bawa ke restoran nasi padang berdekatan galangan.
Tapi wak tak jadi sertai mereka makan.
Wak lepak dalam van dan tidur (noon nap) itu yg lebih penting.
Kamus lalat.
Galangan kapal = shipyard, adalah sebuah tempat yang dirancang khusus yang dilengkapi fasilitas pendukung untuk proses pembuatan, pemeliharaan dan perbaikan kapal. Kapal-kapal ini dapat berupa jenis kapal dagang, kapal penumpang, kapal wisata, kapal militer dan sebagainya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.