Dec 4, 2022

I JUTA UNTUK SEKALI MAIN DI ALUN-ALUN BOGOR

Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022

 Ahad, 4 Disember 2022.

Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran.
Dan ini entri tertunggak.

Pagi2 tadi wak sudah berlarian ke kota Bogor.
Ini adalah kali kedua wak sampai ke kota Bogor. Link
Dari kost 5.19am, wak pesan Grabbike ke stasiun Cawang - 27,5rb.

Dec 3, 2022

SEMPOL AYAM DAN CILOR

 Sabtu, 3 Disember 2022.

Satu hari dari pagi hingga ke sore.
Wak memerap didalam kamar kost sahaja.
Cuma pagi tadi pesan nasi lemak 25 guna Grabfood.

Sore jam 5pm sudah berlarian ke Blok M Square.
Untuk menaiki bis nomor 1 ke Bundaran HI.

Dec 2, 2022

NASI BAWAL PENYET

On my way home to the hostel @2022

 Jumaat, 2 Disember 2022.

Tengahari usai solat jumat berjemaah di masjid RSPP.
Dan lepas tidur seketika di lantai 1.
Wak langsung terus ke kedai makan nasi ayam penyet.
Kelmarin wak nampak bro NAZiri pesan nasi bawal penyet.
Nampak macam sedap dan menyelerakan.
Hari ini wak pun mahu mencubanya juga.

Dec 1, 2022

HE'S LOOKING AT ME

While I'm on the way to the office @2022
On Jalan Bulungan this morning ...

Khamis, 1 Disember 2022.

Pagi tadi berjalan kaki ke kantor potong rumput.
Alone matcham biasa.
Awal sedikit dari rakan2 sekantor yg lain.

Nov 30, 2022

WOITT.. THAT'S NOT ME

No. No. That's Not Me @2022

 Rabu, 30 November 2022.

Sebenarnya ini cerita lama.
Tapi bro NAZiri baru tadi pecahkan rahasia.

Nov 29, 2022

MIE SOTO BOGOR - PART 2

Green Apple at Papaya Groceries @2022

 Selasa, 29 November 2022.

Pagi tadi wak berjalan kekantor seorang diri.
Sambil makan buah epal hijau.

Tengahari wak dan bro NAZiri ke jalan Hang Tuah dibelakang kantor.
Sudah beberapa kali wak lalu di sini.
Tetapi bapak yg jual mie soto Bogor tidak kelihatan.
Nasib baik hari ini dia ada berniaga - 19rb.

Nov 28, 2022

MANTAN ITU SEPERTI LEMPER HANGUS

Kopi from Mantan @2022

 Isnin, 28 November 2022.

Pagi2 tadi pak SUTari sudah datang ke kamar wak potong rumput.
Dibawanya satu bungkusan plastik yg berisi lemper.

Lemper adalah makanan ringan yang terbuat dari ketan (beras pulut), biasanya berisi abon atau cincangan daging ayam dan dibungkus dengan daun pisang. 

Rasanya seperti lemang atau pulut panggang, cuma ianya dikukus.

Ooh.
Masa mesyuarat di lantai 8 tadi.
Mgr EIN sudah pesan air minuman dari kedai Kopi Kenangan.
Tapi wak sekarang bukankah sudah alergi pada kopi.

Petang tadi hujan turun agak lebat.
Pak supir Grabcar sudah membebel kerana ditukar arah destinasi.

"Kamu tahu nggak disini ada mobil ganjil genap?" 
"Kalo tertangkap saya kanna bayar 700ribuan!" 

Sebenarnya kami mahu pergi ke Blok M yg lagi dekat.  
Walaupun kami letak destinasi ke kost.
Nasib baik bila turun kemudian, pak supir tidak minta uang tambahan.

Dan olehkerana hujan masih turun ketika mahu pulang ke kost.
Maka 2 rakan2 wak itu pun membeli payung - 79rb.

Nota GAGE (Ganjil Genap) lalat. Ibu kota Indonesia memang ratunya macet. Istilah ‘padat merayap’ dan ‘tua di jalan’ sering terdengar saat menggambarkan kondisi jalanan di Jakarta. Maka lahirlah kebijakan pembatasan kendaraan bernomor plat ganjil genap mengikut tanggal haribulan. Oh, iya, pemberlakuan ketentuan ganjil genap Jakarta tersebut tidak berlangsung selama 24 jam terus menerus. Pemberlakuan ganjil genap Jakarta terbagi ke dalam dua periode dalam sehari, pagi dan sore/malam. Pada pagi hari, aturan ganjil genap Jakarta hanya berlangsung pada jam 06.00 WIB hingga jam 10 WIB. Adapun pada sore/malam hari, ketentuan ganjil genap Jakarta berlangsung sejak jam 16.00 WIB hingga 21.00 WIB. Hari ini, Senin (28/11), merupakan tanggal genap dalam konteks penerapan aturan Ganjil Genap Jakarta (Gage). Itu berarti mobil-mobil dengan nomor polisi ganjil tidak boleh melintas di jalan-jalan yang terkena aturan ganjil genap Jakarta pada jam yang sudah ditetapkan tadi. Di luar jam-jam tersebut kendaraan bernomor polisi genap tetap bisa dan bebas melintas di jalan yang masuk daftar Ganjil Genap Jakarta tersebut. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 27, 2022

NAIK KERETAPI KE RANGKASBITUNG TANPA TUJUAN DENGAN TENANG

MRT Blok M @2022

 Ahad, 27 November 2022.

Pagi2 sudah berlarian naik MRT ke stasiun Setiabudi - 4rb.

Pesan dan makan nasi lemak Malaysia dan roti canai kosong. Air teh tarik potong kaki, yakni manis ya amat. Jumpa rakan2 sekantor dari kost lama yg berjogging. Dan ada bertemu dgn pekerja Malaysia (Maybank dan syarikat Jepun). Ada orang belanja. 

MUSEUM MACAN TAPI NGGAK ADA MACANNYA 2022

Sabtu, 26 November 2022.

Amaran lalat.
Entri ini mengandungi grafik yg agak meresahkan.
Kali ini wak malas nak tapis ya. Huhu.

Kamus lalat.
Macan = harimau bintang (bukan harimau belang yg biasa)
Museum MACAN = Modern Art and Contemporary in Nusantara.

Nov 25, 2022

REMBOELAN DIPAGAR BINTANG

I've got flu yesterday @2022

 Jumaat, 25 November 2022.

Sudah masuk hari ketiga henfon wak yg ada kartusim lokal (tempatan) tidak boleh digunakan. Sudah banyak kali dimatikan (power off) dan dimulakan. Masih tidak berjaya. Bukan henfon kepunyaan wak seorang. Rakan2 sekantor senegara pun sama. Kecuali henfon bro asyRUL yang nampak masih berfungsi. Itupun disebelah sore sahaja.

Nasib baik boleh guna wifi gratis di kost dan di kantor.

Petang tadi kami berlima pun pergi ke Gandaria mall. Naik lantai satu untuk ke cabang telkom myXL.

Dipendek alkisah, semua henfon berjaya digunakan seperti biasa. Kecuali henfon bro razaMAN. Sebab dia tidak bawa paspor. Mereka mana boleh terima salinan paspor walaupun ada dalam galeri iphone yg mahal itu.

Kemudian kami ke resto Remboelan makanan Indonn. Wak pesan nasi jawa yg pedas ya amat. Wak makan tidak habis pula. Nasib baik mgr EIN yg bayar dan boleh claim pada syarikat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Remboelan restaurant, Gandaria City Mall @2022

Nov 24, 2022

DUH ADA2 AJA DEH SIMCARD GAK KEBACA

Suddenly the local simcard got problem @2022

 Khamis, 24 November 2022.

Sejak semalam pagi ada masalah talian data henfon wak.
Kartusim (yakni simcard) yg menggunakan nomor lokal.
Wak sudah mulakan (restart) henfon.
Tapi masih tidak berjaya.

Cuma boleh pakai wifi di kantor dan di kost sahaja.

Petang semalam, bro razMAN sudah suruh cabut dan pasang semula kartusim.
Wak pun cuba.
Mula2 nampak berjaya.
Tapi tidak lama.

Kemudian bro naZRI pula ada masalah yg sama pada iPhonenya.
Dan bro razMAN pula tidak boleh guna data dalam iPhonenya.
Mgr EIN pun sama - sebab dia pun pakai iPhone.

Cuma henfon bro asyRUL sahaja yg tiada masalah.
Tapi bro asyRUL ini pakai android, sama seperti wak.

Wak dan konco2 mula bercadang mahu ke Gandaria mall.
Untuk mengadu kepada kedai cawangan kartusim.

Sehinggalah petang tadi.
Setelah lama mematikan henfon masing2.
Dan kemudian memasukkan semula kartusim.
Akhirnya henfon wak berjaya mendapat sinyal (yakni signal) dan data. Tetapi tidak lama kemudian tidak lagi mencapai data internet.

Cerita lain lalat.
Tengahari tadi usai mesyuarat.
Pengurus projek ajak kami makan siang di restoran padang.
Tapi wak seperti tiada selera pula.

Petang pula, pulang dari kantor potong rumput.
Bro naZRI dan asyRUL sudah singgah di toko pijat.
Nak urut atas bawah, kata mereka.
Kakak itu sungguh2 mahu berikan diskon (yakni discount).

Kamus lalat.
Telur ceplok - yakni telur mata sapi, bukan telur rebus yg bulat itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi padang at Bulungan Jaya restaurant @2022
At Nasi Padang Bulungan Jaya restaurant @2022
Looking for cheap VIP massage @2022

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.