Nov 12, 2022

THIS IS WHY I AM FAT

Ice cream also not good for yourself @2022

 Jumaat, 11 November 2022.

Tengahari wak sudah berlarian ke masjid RSPP (Rumah Sakit Pusat Pertamina) berhampiran.
Usai solat jumaat berjemaah tadi, wak terus ke kedai mudah dan senang (convenient store).
Tidak makan siang sebab pagi tadi sudah makan nasi kuning.
Di kedai Indomaret, wak beli aiskrim Cornetto dan buah nanas potong.

Updated. Aku suspect gara2 mkn eskem cornetto ni aku kene gout. Demm. 

Nov 10, 2022

ISOTONIC DRINK IS NOT GOOD FOR YOURSELF

Highly sugar content Kratingdaeng aka Redbull @2022

Khamis, 10 November 2022.

Semalam wak kembali semula ke kost yg baharu.

Pagi2 tadi sudah berjalan kaki sendirian ke kantor.
22 minit sejauh 1.5 kilometer. 
Berpeluh juga.

Petang tadi sudah berjalan kaki ke kost yg lama.
Tujuan utama mahu ambil laundry yg sudah siap dicuci.
Ada sedikit kekeliruan di kost itu.
Rupanya memang laundry wak sudah siap siaga.
Dan wak bayar kesemua hutang2 laundry yg tertinggal.
Ada dua laundry  sebanyak 82rb (rm25).

Dan wak pesan Grabbike ke kost yg baharu.

Di kost yg baharu.
Laundry tidak dihantar ke kedai luar.
Ada tukang cuci pakaian ditingkat kayangan.
Dan pihak kost sudah berikan hak istimewa. 
6 pakaian (baju, seluar, setokin, baju tidur dan spender) akan dicuci gratis setiap hari.
Cuma kalau ada pakaian lain, baru dikira per helai.
Bukan mengikut kebiasaan yakni per kilogram.

Tadi sudah siap cuci pakaian dihari pertama.
Ada 3 pakaian dicuci gratis.
Dan ada 9 pakaian lain yg harus dibayar.
Dan bayaran harus diselesaikan di setiap hujung minggu - secara tunai.

Dan malam ini kami tukar kamar ke bawah, yakni lantai 2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Nov 9, 2022

RESIDENT EVIL RE:VERSE

Greens on the pathway @2022

 Rabu, 9 November 2022.

Siang tadi rakan2 bertiga baru tiba dari KLIA.
Dari bandara CGK terus ke kantor kami.
Wak dengan mgr AYU pun ikut sekali.
Langsung terus ke kost baharu lah sangat.

Nov 8, 2022

BLOSSOM RESIDENT EVIL 2022

 Selasa, 8 November 2022.

Malam selepas solat Isyak.
Wak pun berlarian ke kost yg baharu di Jalan Panglima Polim.
Bawa kesemua barang2.
Konon mahu terus pindah dari kost yg wak pernah inap 3 bulan.
Atas perintah urusan seri baginda.

Nov 7, 2022

THE LAST LAUNDRY

My laundry in a blue trash plastic bag @2022

Senin, 7 November 2022.

Sebenarnya esok sudah hari terakhir menginap di kost ini.
Esok wak akan berpindah ke kost di Blok M.

Kelmarin, kak Milla ada bertanya.
"Kenapa kok kamu harus pindah?"
"Deket dengan kantor ya buk."

Padahal kalau diikutkan sama sahaja jaraknya ke kantor.
Tapi antara sebab musabab utama ialah masalah pencucian pakaian (laundry).
Walaupun nampak remeh tapi kak Milla tidak boleh uruskan dgn baik.

Cerita lalat lain.
Tengahari wak sudah berlarian ke kantin PLN.
Makan nasi ayam penyet di gerai 3.
Tauhu goreng tiada, dan tempe goreng dia adalah mendoan.
Dan ibuk gerai 3 masih ingat tentang duit baki kelmarin.
Ibuk gerai 3 pulangkan 2rb sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PENGALAMAN PERGI PERON SKYCAFE UNTUK MENGEJAR SUNSET

Peron Skycafe at Yello Hotel @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi sudah merayau ke monumen Pancasila Sakti itu.
Ini adalah entri kedua hari ini.

Petang tadi dari kost wak jalan kaki ke halte Kementerian PUPR berdekatan.
Wak naik bis nomor 1N dan turun di halte Dukuh Atas.
Tapi jambatan rentas ke seberang jalan sudah tiada.
Kena ke halte Dukuh Atas yg satu lagi berdekatan terminal BNI City.
Tanya dengan bapak cleaner baju oren.
Bapak suruh tunggu di tepi jalan.
Atau jalan kaki ke halte seterusnya, Tosari.

Nov 6, 2022

MUSEUM PENGKHIANATAN KOMUNIS (PKI)

Museum Pengkhiatan KPI (Komunis) @2022

 Ahad, 6 November 2022.

Pagi tadi wak sudah rencana mahu ke Monumen Pancasila Sakti.
Terletak di Lubang Buaya, Jakarta Timur.

ADDICTED TO NASI GORENG GILA

I am still trying to understand this ad @2022

 Sabtu, 5 November 2022.

Ini adalah entri kedua wak dalam blog wak yg ini untuk hari ini. Harap fyp.  
Pagi tadi sudah ke makam Mbah Priok di Tanjung Priok.

Petang tadi balik dari jalan2 di Tanjung Priok.
Lepak didalam bilik kost dan terlelap seketika.

Nov 5, 2022

MAKAM KERAMAT MBAH PRIOK

A trishaw parking on the Transjakarta bus stop @2022

 Sabtu, 5 November 2022.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke Tanjung Priok menaiki bis Transjakarta sahaja.
Ini adalah kali kedua wak sampai ke terminal Tanjung Priok.
Tidak seperti dahulu wak naik bis ke Kota Tua.
Hari ini wak tukar bis di halte Harmoni Sentral.

Nov 4, 2022

MASJID CINA BABAH ALUN DESARI CILANDAK BARAT

Asean MRT Station @2022

 Jumaat, 4 November 2022.

Disclaimer. Ini entri minggu lepas ya kawan2. Harakmaklong.

Tengahari wak sudah berlarian ke Cilandak Barat.
Dari kantor wak jalan kaki ke stasiun MRT Asean.
Turun di MRT Fatmawati. 3,5rb (rm1)
Wak pesan Grabbike ke masjid cina Babah Alun Desari. 11,5rb (rm3.50)
Terletak berdekatan Kebun Binatang (Zoo) Ragunan yg wak pernah lawati.

Khutbah yg ringkas dan cepat.

Sementara tunggu Grabbike pulang ke MRT Fatmawati. 11,5rb (rm3.50)
Wak masuk ke kedai Podjok Halal.
Beli roti untuk alas perut.

Petang tadi wak ada rencana.
Mahu berlarian ke Peron cafe untuk menangkap gambiran sunset.
Dan selepas itu mahu perbaiki sistem suara laptop wak yg ini.
Tapi hujan turun dengan lebatnya pula.
Pesan Grabcar terus pulang ke kost. 30rb (rm9)
Dan pesan Nasi Lemak 25 sudah. 46rb (rm13.90)

Lesson learned.
Payung lipat untuk dibeli.

Cerita lalat lain.
Wak sudah pesan 2 pemanas air di bilik mandi 2. rm1200
Kerana pemanas air yg lama sudah tidak berfungsi.

Movie lalat.
Filem pendek "Ke Jogja" 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2022

SAMBALNYA KECIL

Nasi Ayam Penyet Gerai 3 @2022

 Khamis, 3 Oktober 2022.

Tengahari wak berlarian di belakang Jalan Hang Tuah X.
Konon mahu menjamah mee soto Bogor di tepian longkang.
Tapi gerobak mee soto bapak itu sudah lama tidak kelihatan.
Yo wes lah.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.