Aug 28, 2017

PRESIDEN MELAYU SINGAPURA

Singapore newspapers, ie Berita Harian and The Straits Times | Singapore 2017

Pagi-pagi tadi penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Petang pula, penulis sempat berlarian menjenguk tanah kebun dikampung sekali lagi. Sebab temujanji dengan suami tuan punya tanah disebelah belakang kebun pula.

Nota istana lalat. Presiden pertama Singapura adalah Tun Haji Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970).

Nota duit lalat. Kadar tukaran matawang Singapore Dollar, SGD1 = RM3.15 (belian).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Yusof bin Ishak on Singapore dollars | Singapore 2017

Cikputih on the orchard | Johor 2017

Aug 27, 2017

FLAT LARKIN

Flat Larkin | Johor 2017

Sabtu pagi penulis bertugas memotong rumput seperti biasa.

Tengahari penulis berlarian ke stesen bas Larkin Sentral untuk mengambil anak lanang yang baru pulang dari Melaka bersama rakan lelakinya. Sebelum mereka sampai, penulis sempat lagi singgah di Plaza Larkin untuk menjamah pisang dan keledek goreng.

Malam pula penulis berlarian ke Bazar Karat JB. Dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis sempat lagi membeli sate dan durian pahang ditepi longkang yang berharga rm45 sekilo. Aduhai sakitnya tuh disini. Beli sebiji sudah.

Nota cuti lalat. Isteri penulis (yang itu) sudah berangkat pulang ke rumah panjang Sedi pagi tadi bersama anak lanang bocah cilik dan anak wedok remaja sempena cuti sekolah yang panjang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Flat Larkin | Johor 2017

Shopping for MP4 kids player | Bazaar Karat JB | Johor 2017

Aug 26, 2017

DILEMA DAN CABARAN SEORANG SURVEYOR JURU UKUR TANAH

Near Gunung Pulai | Johor 2017

Untuk baca entri Balik Kampung Nak Jengah Kebun, sila tebas di SINI.

Tengahari tadi sempat lagi penulis berlarian pulang ke kampung untuk melihat jurukur yang dilantik untuk mengukur dan membahagi sebidang tanah pusaka arwah ayahnda. Kerja pengukuran tanah yang bermula hampir sebulan. Mula-mula penulis diberitahu kerja-kerja pengukuran tanah akan berakhir hari ini. Tetapi bila penulis tiba, mereka masih terkial-kial mencari batu sempadan dari Jabatan Tanah yang tidak dijumpai. Nampaknya kena tunggu lagi beberapa minggu untuk diselesaikan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A surveyor's tripod is a device used to support any one of a number of surveying instruments, such as theodolites, total stations, levels or transits.

Aug 25, 2017

AEONBANK CARD SMS SPOOFING SCAM ALERT

FSO Bergading this morning | Johor 2017

Pagi tadi turun dari kapal, penulis terima satu pesanan ringkas (baca, sms) dari nombor yang tidak dikenali seperti dibawah. Sejak bila penulis ada kad kredit Aeonbank pula?

RM0.00 Aeon: TQ for using your Aeonbank card ending 1169 for MYR4299.00 AT KLIA 2 - LAZO DIAMOND MY; 24/08/17. For enq call 03-50218520. Txn Code: 123326

Untuk baca scam pasal A CREEPY PHONE CALL FROM SCAMMER 0376268899, sila meremang di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This is Aeonbank card scam 2017

A view from the ship | FSO Bergading | Pasir Gudang 2017

Oh hi.

Aug 24, 2017

BLUE HOUR AT JAKEL

Blue hour at Jakel Tampoi | Johor 2017

Semalam, isteri penulis (yang itu) sudah mengajak berlarian ke Jakel Tampoi untuk membeli tudung. Terpusing-pusing juga mencari kedai tudung. Akhirnya, tudung Ariani juga yang dipilihnya.

Tadi pagi penulis juga sudah naik kapal lagi seperti biasa. Kerjaan untuk membeli beras dan sebongkah berlian.

Dan malam tadi penulis berlarian ke restoran Der Cabin depan Today's Market untuk meraikan harijadi anak menantu yang sedang sarat mengandung itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Singapore island view from FSO Bergading | Johor 2017

Jue and aDm | Der Cabin restaurant | Johor 2017

This lamb steak is not mine | Johor 2017

Aug 23, 2017

HELICOPTER TERHEMPAS DI CHERAS KETIKA LIPUTAN SEA GAMES 2017



Berita palsu? Penulis tengah mencari info terkini tentang helikopter yang terhempas pagi tadi di Cheras sehingga melibatkan trafik jem luarbiasa di bandaraya.

Cerita lalat lain.
Semalam penulis sudah terima kepingan cetakan gambar2 4R yg penulis telah tempah di Photobook Malaysia minggu lepas. Walaupun harga yang murah iaitu RM8 sahaja untuk kos penghantaran berbanding di kedai gambar (RM100), kualiti gambar2 tetap baik.

Untuk baca Pengalaman Print 4R Online Murah, sila katik di SINI.

Malam tadi penulis telah berlarian ke Tesco mencari buku album gambar pun tiada lagi kelihatan di rak seperti dulu-dulu. Orang sekarang sudah tidak suka mencetak gambar kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Aug 22, 2017

HIGHWAY PASIR GUDANG YANG TERBAIK DI DUNIA

Near Taman Rinting exit | Pasir Gudang Highway | Johor 2017

Lebuhraya Pasir Gudang yang penulis lalui setiap hari untuk pergi ke tempat memotong rumput dan pulang.

Setiap selang dua hari mesti ada pembaikan jalan berlubang. Kalau hari ini ditampal, esok rosak, lusa ditampal lagi. Repeat. Begitulah sampai matik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 21, 2017

WHAT I DID LAST WEEKEND

Pulau Arang @ Port Dickson beach | Negeri Sembilan 2017

Hujung minggu yang biasa-biasa saja lah.

Penulis telah berlarian ke key ell menghantar anak wedok dengan kawannya ke pameran anime di Sunway Pyramid.

Sempat jugalah penulis menghantar cikputih untuk di servis di bengkel Jalan Ampang Kiri. Tukar axle, thrust arm dan lower arm. Perbetulkan gear cover, tukar getah pada pintu yang rosak. Juga, servis berskala biasa tukar minyak hitam. Sampai bocor poket suar spender penulis. Aduhai

Sempat jugalah penulis berlarian ke McD Port Dickson, sambil menghirup udara angin laut yang nyaman dan sepoi-sepoi bahasa ditengahari yang panas berdeting.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Isteri Terlampau @ Harian Metro 2017

Sunway Pyramid @ Subang Petaling Jaya 2017

Aug 18, 2017

PENGALAMAN JUAL FLAT RUMAH MURAH



Setelah hampir 2 tahun, urusan jual beli flat rumah murah penulis yang sudah berusia 19 tahun di Kulai itu akhirnya selesai. Alhamdulillah.

Untuk baca entri terdahulu pasal Signing SPA and Getting 10% Deposit, sila pasak di SINI.

Sekarang ini tinggal lagi urusan jual beli rumah kondominium penulis di Bukit Belacan saja yang belum selesai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 17, 2017

HAPPY 28TH ANNIVERSARY



Hari ini hari ulangtahun ke 28 perkahwinan penulis dan isteri penulis (yang itu).

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN buat isteri tercinta. 17 Ogos merupakan tarikh keramat kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Terima Kasih kerana terus setia menjadi isteri dan menjadi ibu yang hebat. I love you so much.

Malam tadi, penulis telah berlarian ke Aeon Tebrau City bersama-sama kaum kerabat yang lain. Penulis belanja seafood di Manhattan Fish Market sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Sila goyangkan inul untuk lihat zaman sekarang (2017) dan zaman remaja (1989).

GOOD MORNING MASAI

Padang MPPG and Menara Aqabah during sunrise this morning | Pasir Gudang 2017

Selamat pagi kawan-kawan.
Hari ini hari khamis dan malam ini malam Jumaat kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.