Aug 23, 2017
HELICOPTER TERHEMPAS DI CHERAS KETIKA LIPUTAN SEA GAMES 2017
Berita palsu? Penulis tengah mencari info terkini tentang helikopter yang terhempas pagi tadi di Cheras sehingga melibatkan trafik jem luarbiasa di bandaraya.
Cerita lalat lain.
Semalam penulis sudah terima kepingan cetakan gambar2 4R yg penulis telah tempah di Photobook Malaysia minggu lepas. Walaupun harga yang murah iaitu RM8 sahaja untuk kos penghantaran berbanding di kedai gambar (RM100), kualiti gambar2 tetap baik.
Untuk baca Pengalaman Print 4R Online Murah, sila katik di SINI.
Malam tadi penulis telah berlarian ke Tesco mencari buku album gambar pun tiada lagi kelihatan di rak seperti dulu-dulu. Orang sekarang sudah tidak suka mencetak gambar kan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 22, 2017
HIGHWAY PASIR GUDANG YANG TERBAIK DI DUNIA
Near Taman Rinting exit | Pasir Gudang Highway | Johor 2017 |
Lebuhraya Pasir Gudang yang penulis lalui setiap hari untuk pergi ke tempat memotong rumput dan pulang.
Setiap selang dua hari mesti ada pembaikan jalan berlubang. Kalau hari ini ditampal, esok rosak, lusa ditampal lagi. Repeat. Begitulah sampai matik.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 21, 2017
WHAT I DID LAST WEEKEND
Pulau Arang @ Port Dickson beach | Negeri Sembilan 2017 |
Hujung minggu yang biasa-biasa saja lah.
Penulis telah berlarian ke key ell menghantar anak wedok dengan kawannya ke pameran anime di Sunway Pyramid.
Sempat jugalah penulis menghantar cikputih untuk di servis di bengkel Jalan Ampang Kiri. Tukar axle, thrust arm dan lower arm. Perbetulkan gear cover, tukar getah pada pintu yang rosak. Juga, servis berskala biasa tukar minyak hitam. Sampai bocor poket suar spender penulis. Aduhai
Sempat jugalah penulis berlarian ke McD Port Dickson, sambil menghirup udara angin laut yang nyaman dan sepoi-sepoi bahasa ditengahari yang panas berdeting.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Isteri Terlampau @ Harian Metro 2017 |
Sunway Pyramid |
Aug 18, 2017
PENGALAMAN JUAL FLAT RUMAH MURAH
Setelah hampir 2 tahun, urusan jual beli flat rumah murah penulis yang sudah berusia 19 tahun di Kulai itu akhirnya selesai. Alhamdulillah.
Untuk baca entri terdahulu pasal Signing SPA and Getting 10% Deposit, sila pasak di SINI.
Sekarang ini tinggal lagi urusan jual beli rumah kondominium penulis di Bukit Belacan saja yang belum selesai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 17, 2017
HAPPY 28TH ANNIVERSARY
Hari ini hari ulangtahun ke 28 perkahwinan penulis dan isteri penulis (yang itu).
Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN buat isteri tercinta. 17 Ogos merupakan tarikh keramat kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Terima Kasih kerana terus setia menjadi isteri dan menjadi ibu yang hebat. I love you so much.
Malam tadi, penulis telah berlarian ke Aeon Tebrau City bersama-sama kaum kerabat yang lain. Penulis belanja seafood di Manhattan Fish Market sudah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sila goyangkan inul untuk lihat zaman sekarang (2017) dan zaman remaja (1989). |
GOOD MORNING MASAI
Aug 16, 2017
PENGALAMAN PRINT 4R ONLINE MURAH
Probably ice cube inside a kitchen on the A-deck | FSO Bergading 2017 |
Pagi Selasa pun penulis naik kapal lagi. Hujan pun turun dengan deras tapi tidak lama.
Cerita lain.
Sebenarnya bulan lepas penulis ada membuat tempahan photobook atas talian. Tapi silap teknik. Ya sudah.
Kemudian, penulis mengambil keputusan untuk cetak gambar saiz 4R di kedai gambar biasa. Bila ditanya, amoy kedai cakap sehelai rm1 kalau cetak 25 hingga 100 keping. Penulis hendak cetak 80 keping, jadi jumlahnya lapan poh hinggit.
Kemudian, penulis cuba sekali lagi guna photobook untuk mencetak saiz 4R sahaja, bukan siap design yang akan mengambil masa yang agak lama. Bila penulis periksa Lazada ada tawaran RM10 sahaja untuk 100 keping. Jadi penulis pun segera menempahnya atas talian. Dapat baucer photobook.
Sekarang sudah siap buat tempahan dan muat-naik gambar-gambar konvo anak wedok dan majlis perkahwinan anak lanang tempohari. Jumlah kos tempahan atas talian cuma RM8 sahaja untuk kos penghantaran. Murah gila.
Nota kemaskini lalat. Pesanan cetak 4R online sudah penulis terima, sila baca di SINI.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
PDMS 3D Model based on the As-built ship | FSO Bergding 2017 |
Aug 15, 2017
BUSY MONDAY MORNING
Pagi Isnin yang biasa-biasa. Penulis naik kapal sekejap.
Turun dari kapal, penulis kena membuat beberapa panggilan telefon atas urusan seri paduka baginda.
Urusan 1, pasal jurukur yang dilantik untuk mengukur kebun pusaka dikampung.
Urusan 2, pasal mendapatkan keputusan siasatan kereta cikputih yang kemalangan 2 minggu lepas dari sarjan cikSiti.
Urusan 3, pasal urusan jual beli flat pangsapuri rumah murah dari peguam yang kata pinjaman bank pembeli sudah diluluskan tapi sudah 3 minggu masih menunggu bayaran penuh.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 14, 2017
SHOPPING TILAM ANAK DARA LAH PULAK
Lavino Furniture | Jalan Dedap 3 | Johor Jaya 2017 |
Pagi Ahad penulis sudah berlarian ke Jalan Dhoby kerana tujuan mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah untuk borang dan dokumen anak lanang yang hendak masuk ke universiti. Dan juga borang pengesahan masuk islam isteri penulis (yang itu). Updated: Isteri penulis yang itu dengan anak lanang remaja pergi ke JPN Setia Tropika, pegawai suruh isi borang yang baharu dan dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah disitu. Akhirnya, jam 9.09am, pagi Isnin, isteri penulis yang itu whatsapp kata urusan tukar mykad baharu sudah selesai. "Dah siap, kena tunggu 1-3 bulan," katanya ceria. Ok lah tu.
Dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah di kedai perabot Johor Jaya mencari tilam spring dan gerobok untuk anak-anak wedok. Shopping tingkap saja orang kata.
Nota lalat. Semalam penulis sudah menempah seekor lembu untuk ibadah qurban sempena raya haji tahun ini. Semoga dipermudahkan dan dirahmati. Amin ya robbal alamin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 13, 2017
SIAKAP GORENG BODOH DAN BORONG KAIN LANGSIR DI MASAI
Udang Goreng Butter | Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng | Kampung Pasir Putih 2017 |
Tengahari tadi, dari padang memotong rumput, penulis pulang kerumah mengambil kaum kerabat terus ke Kampung Pasir Putih untuk makan tengahari. Cuma anak wedok yang sedang bekerja hingga ke petang sahaja yang tidak bersama-sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...