Aug 13, 2017

SIAKAP GORENG BODOH DAN BORONG KAIN LANGSIR DI MASAI

Udang Goreng Butter | Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng | Kampung Pasir Putih 2017

Tengahari tadi, dari padang memotong rumput, penulis pulang kerumah mengambil kaum kerabat terus ke Kampung Pasir Putih untuk makan tengahari. Cuma anak wedok yang sedang bekerja hingga ke petang sahaja yang tidak bersama-sama.

Untuk baca entri lama makan di kedai Rahmat Siakap Goreng, sila ratah di SINI.

Usai makan tengahari, penulis pun singgah di kedai langsir Masai kerana isteri penulis (yang itu) hendak menukar langsirnya yang lama. Sebenarnya semalam penulis sudah mengajak isteri penulis (yang itu) untuk ke Nilai 3 kerana pemotongan langsir boleh disiapkan pada hari yang sama. Tapi cadangan penulis itu ditolak mentah-mentah kerana jarak dua marhalah yang jauh. Setelah hampir 2 jam membelek dan memilih jenis kain dan corak langsir di situ, akhirnya berjaya juga menempah. "2 minggu lagi siap wak," kata ahkak jurujual disitu.

Untuk baca entri lama tentang Masai Langsir (May 2010), sila selak di SINI.

Nota peribahasa lalat. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Maksudnya, he that will lie will steal.
Berenang-renang ikan Siakap, Ikan emas ada dikali, Jadi orang jangan banyak cakap, Banyak kan orang menjauhi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Family luncheon | Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng | Kampung Pasir Putih 2017

Kedai Langsir Masai 2017

Kedai Langsir Masai 2017

Kedai Langsir Masai 2017

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...