Aug 8, 2017

MELAYAN KERENAH JPN LAGI DAN LAGI

On Jalan Trus | Johor Bahru 2017

Semalam petang, penulis dan isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja sudah berlarian ke UTC di Galleria Kotaraya. Tujuan utama masih mahu menukar mykad isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja juga. Urusan penukaran mykad baru anak lanang remaja tiada masalah kerana tidak tukar alamat. Tapi masalah masih belum terurai untuk mykad isteri penulis (yang itu) kerana pihak JPN masih tidak dapat meminda status agama isteri. Walaupun sudah ditunjuk surat masuk islam yang asli circa 1989. "Kat sini takleh buat, kena pinda status kat JPN Setia Tropika. Surat ni tak laku lah, wak kena pegi Jabatan Agama untuk dapatkan sijil yang baharu, pastu kena pegi JPN Setia Tropika," kata akak pegawai kaunter itu. Bila disuruh abaikan status agama, akak tu kata, "sistem takleh terima. Kena ada agama. Lagipon sini cuma ranting JPN, isteri wak kena gi Setia Tropika." "Cuba wak dan isteri pegi kaunter jabatan agama di bilik sebelah tu, tanya dorang dulu," saran akak pegawai kaunter JPN itu lagi. Bila penulis dan isteri penulis (yang itu) pergi ke kaunter pejabat agama, awek kaunter kata, "sini cuma urusan nikah je wak, kena pegi kompleks agama kat bandar."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

KALAU BULAN BISA NGOMONG DIA JUJUR TAK AKAN BOHONG

  Isnin, 29 April 2024. Malam jam 8pm sudah berlarian ke Marriot Hotel. Atas jemputan proyek klien, pak GUS, belanja kami makan2. Di restora...