Aug 12, 2017

KAWASAN PEJABAT DIGENANGI AIR BANJIR



TENGAHARI tadi sebelum ke surau dalam limbungan untuk bersolat jumaat, hujan mula turun. Bila khatib membaca khutbah, hujan pun turun dengan lebat anjing dan kucing. Penulis ingatkan usai solat hendak membeli buah-buah belahan seperti nenas, pisang dll di kantin atas bukit. Tapi bila ada rakan-rakan sekerja wassap gambar pejabat sudah dilanda banjir, maka bergegaslah penulis balik ke meja kerana beg galas penulis ada dibawah meja diatas lantai. Aiyah.

Nota lalat lain. Kelmarin bila penulis bawa beberapa paket kek lapis Hamidah yg dibeli di lapangan terbang Kuching, beberapa rakan suka lah pula. Dan tadi ramai sudah mahu membeli dan memesannya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

NONGKRONG KAT BAKO BAKO RESTO ALONE MATCHAM BIASA

  Bako Bako Resto Marina Island Lumut @2025 Ahad, 30 November 2025. Part III. Malam tadi berlarian ke rukan (rumah makan) Bako Bako Resto....