Aug 11, 2017
WHEN EXACTLY DOES OLD AGE BEGINS
Pagi tadi ada perbualan antara penulis dengan abam matcha yang duduk di meja sebelah.
THI: Sekejap je dh masuk opis. X sedar smlm balik kol 5, skrg kol 8 masuk opis semula.
Penulis: Kannn, time flying fast.
THI: Yep, skjap je dh rasa tua. Ramai kawan2 dh takde. Bulan lepas je dekat 10 orang kawan saya meninggal.
Penulis: Samalah, ramai dh kawan2 yg kita kenal pegi meninggalkan kita.
THI bercerita pengalaman dia masuk hospital tahun lepas. 22 hari kena masuk wad. "Banding dengan hospital swasta, hospital kerajaan punye servis better," katanya, "makan sedap, walopon orang tgh sakit, pagi makan, tengahari makan, petang minum, malam makan lagi. Layanan misi2 pon tiptop sentiasa ada jaga kita." Selama beliau hidup, itu pengalaman pertama THI masuk hospital. "Bayar bil pun murah, tiga hinggit lima posen saje," katanya. "Kalo hospital swasta, dulu my wife masa pregrant kene muntah2, lima hari warded dah kene nam belas hibu," luahnya lagi. "Tak boleh claim insurance sbb kes pregnant tak cover," keluhnya, "guna kad kredit 3 tahun baru je habis bayar. Servis pun tak bagus, takde sape yang jaga patient, nurse pun tak cukup kakitangan, tak macam hospital kerajaan." "Dulu walopon sy tak suka kerajaan yg memerintah, ramai ckp macam2 tak bagus psl kerajaan, tapi bila sy masuk hospital kerajaan, sy rasa beruntung pulak, sy kene bercukor" kata THI dgn senyuman. "Bapak saya dulu dia keje kerajaan, pencen penuh dh 25 tahun, tiap2 tahun dpt bonus," ceritanya lagi, "kita yang keje swasta ni kais pagi makan pagi je." Penulis pun cerita juga pengalaman bayar bil isteri penulis yang itu bersalin kena bayar tiga empat hibu hinggit. Kalau bersalin kat hospital kerajaan, bil baru tiga poh empat hinggit. Banyak kan beza?
Nota lalat. Pasal tajik, "pada umur berapakah kita dipanggil tua?" Penulis rasa pada umur 66 tahun, boleh?
Nota lain lalat. Ustaz Azhar Idrus baru saja bernikah dengan isteri nombor 4. Kalau semua perempuan nak berkahwin bermadu dengan isteri ustaz, habis siapa pula nak bernikah dengan lelaki yang biasa-biasa yang bukan ustaz kan? Kanns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON
PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...
No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.