Apr 27, 2017

ISTIADAT KONVOKESYEN ANAK DARA WAK

Pra-konvo 2017 | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Untuk baca entri Majlis Konvokesyen Institusi Pendidikan Mara IPMA 2017 hari kedua, sila mentelaah di SINI.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم السلام عليكم

Alhamdulillah, urusan konvokesyen anak wedok penulis (yang itu) telah selamat pergi dan kembali.

Penulis sedang lesu. Esok nak kerja motong rumput pula. Nanti penulis kemaskinikan lagi entri yang biasa-biasa ini.

=======
Sabtu Rabu, 26 April 2017.
12.33am - tiba di D Boutique Hotel, Dengkil.

6.53am - bergerak ke PICC, tanpa sarapan hotel.
7.08am - anak wedok daftar, ambil jubah dll.

11.44am - tiba di Astaka Morocco, tapi anak wedok tak sudi bergambiran disini. OTL



12.12pm - beli belah tingkap di Alamanda.
12.33pm - makan tengahari di Sushi King.

12.55pm - bergambiran di perkarangan Masjid Putra dan Kementerian Kewangan.

6.33pm - beli belah tingkap di IOI City Mall, tapi sebelum itu tersesat sambil menderma tol ke IOI Mall Puchong ye. OTL
6.44pm - makan malam di Sepiring.

Nota lalat. Penulis pilih hotel D'Boutique Dengkil ini sebab jaraknya yang dekat, 7 minit sahaja berlarian dari hotel ke PICC. Tapi satu sahaja yang isteri penulis (yang itu) tidak suka - suara bising budak-budak mabuk diluar hotel sepanjang malam hingga ke pagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

D Boutique Hotel | Dengkil Selangor | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

D Boutique Hotel | Dengkil Selangor | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

D Boutique Hotel | Dengkil Selangor | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Pra-konvo | Dataran Masjid Putra | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Raja Bomoh Bertaubat | Kosmo! | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Sushi King Restaurant | Alamanda Shopping Mall | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Bento Mix | Sushi King Restaurant | Alamanda Shopping Mall | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Cendol | Sepiring Restaurant | IOI City Mall | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Assam Laksa | Sepiring Restaurant | IOI City Mall | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

 IOI City Mall | Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA | KKTM, KPM, MJII dan IKM | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya | PICC

Apr 26, 2017

HOW TO MAKE TRADITIONAL BATIK PATTERN

Sunrise this morning.

Semalam, anak lanang bocah cilik sudah guling-guling minta tolong lukis batik untuk kerja rumah sekolah cinanya.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

The pattern we drew together.

The pattern.

Apr 25, 2017

REASONS YOU SHOULD NEVER ORDER YOUR STEAK WELLDONE

Ribeye medium rare steak | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Isnin, 24 April 2017. Hari cuti umum sempena keputeraan agong yang baharu yang hensem yang warak, katanya. Israk dan Mikraj juga jatuh pada hari ini.

Olehkerana semalam (Ahad) adalah hari persekolahan, maka penulis dan famili tidak dapat merancang jalan jauh-jauh tidak seperti zaman dahulu kala kalau ada cuti hujung minggu yang panjang. Sistem kekeluargaan sudah rusak. OTL

Selepas adik ipar penulis meminjam cikBibah pepel tadi, maka penulis pun berlarian ke Aeon Tebrau City lagi. Untuk baca entri semalam ke Aeon Tebrau City yang sama, sila jamah di SINI.

Anak lanang remaja hendak menonton wayang seorang diri cerita anime Jepun, "The Shape of Voice" (Koe no Katachi). Ingatkan wayang bermula pukul 12.15pm, tapi kerana sampai terlewat kerana menunggu adik ipar datang tadi, maka anak lanang remaja kena tonton jam 3pm pula.
Anak wedok pula hendak membeli kasut untuk majlis konvo minggu ini. Mula-mula ke kedai Bata, tapi ramailah pelanggan hinggakan tiada jurujual Bata yang melayan anak wedok. Jadi, anak wedok keluar dan pergi ke kedai kasut Summit bersebelahan pula yang kurang pelanggan. Padan muka taukeh Bata, tapi ada dia kisah?



Selepas penat berjalan membeli belah, penulis pun hendak makan tengahari. Dari The Chicken Rice Shop, ke KFC, ke Pizza Hut pun kena beratur diluar dahulu. Dan kerana tidak tahan tunggu lama, maka isteri penulis itu pun mengajak ke restoran Tony Roma. Penulis pesan ribeye steak sudah. Biasa penulis pesan masak penuh siap (baca, welldone), tapi pelayan restoran dan anak lanang remaja sudah menyarankan untuk pesan separuh masak (baca, medium rare) gitu. "Masak welldone nnti daging keras, takde rase juicy, bah!" kata anak lanang. Haha, selama ini penulis memang makan daging masak penuh, patutlah terasa keras dan kering sahaja.

Nota perbezaan lalat. Well Done: gray-brown throughout; firm (warnanya cokelat dan padat), suhunya sekitar 71–100 °C, bahagian daging yang cocok: daging dengan berkualiti rendah.
Medium rare: warm red center; firmer (merah, hangat di tengah dan lebih padat), Suhunya sekitar 55–60 °C, bahagian daging yang cocok: Ribeye, NY strip shell, Porterhouse/T-bone, Tri-tip, Flank, Sirloin flap, Filet mignon, Top round (if not raw), Hanger steak, Chuck eye/chuck steak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

New York Strip medium rare steak | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Crowded Bata and no good service | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Apr 24, 2017

LOKASI SEBENAR JETI LAMA SUNGAI RENGIT DAN MIRIKEL BERLAKU JUGA DIDEPAN MATA

Pantai pekan Sungai Rengit | Pengerang | Johor

Untuk baca entri Berpetualang ke Perigi Acheh, sila hunus senjata di SINI.

Sudah lama penulis mencari maklumat berkenaan jeti lama di Sungai Rengit ini. Berlarian petang Ahad tadi pun masih kabur dan tidak jelas akan lokasi. Ada yang bilang di Pengerang, ada yang cakap di Sungai Rengit, ada yang tulis di Pengelih. Pening pale wehh. Bila tiba di pekan Sungai Rengit pun masih berada di awang-awangan. Jadi, kata orang takut sesat, baik bertanya orang, kann?

Abang #1 (cuci kereta): ini jeti saya tahu ni Wak, 3 ke 4 batu arah ke sana (Pengerang), bukan Pengelih.

Jadi, penulis turutkan arahan dan petunjuk sehingga ke hujung jalan nak masuk ke kawasan projek Rapid hingga ke pintu masuk syarikat Dialog. Patah balik, tiba disimpang Projek Rapid yang penuh dengan pekerja Bangla. Singgah di kedai runcit juga ramai pekerja Bangla, bertanya lagi.

Abang #2 (kedai runcit): Wak, jeti lama ni ada tapi dh ade jeti baru sebelahnya kat dalam .. sekarang nak masuk kena pakai pass..

Hampa, bertanya orang pun masih sesat juga, maka penulis singgah kembali di pekan Sungai Rengit. Mungkin tiada rezeki. Jalan-jalan atas jeti kayu yang ada beberapa Bangla yang sedang duduk dihujungnya. Tiba-tiba, mirikel berlaku beb! Ternampak jeti tersebut nun jauh disana disana. Wah, walaupun tidak berapa pasti, usaha harus diteruskan walaupun sudah senja dan hampir gelap.



Usai katik gambiran di jeti lama itu, penulis singgah di Petron isi minyak ron95 berharga RM2.27 seliter (aduhai, sakitnya tuh disini.) Kemudian terasa hendak makan malam ikan bakar di warung tepi pantai, tapi ramailah orangramai pula yang sedang menunggu pesanan masing-masing. Nasib baiklah kembali ke kereta segera dan baru perasan kunci tertinggal didalam. Aiyah! Kalau tidak mungkin penulis kena pecahkan tingkap kereta pula. Mirikel kann?

Hari ini, Isnin, 24 April 2017 adalah hari cuti umum kerana Pertabalan Yang Dipertuan Agong yang baharu. Dan hari Israk dan Mikraj.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









Pulau Cik Kamat on the background | Pantai pekan Sungai Rengit | Pengerang | Johor

Oh hi. Finally I found it!

Pantai pekan Sungai Rengit | Pengerang | Johor

Lokasi jeti lama Sungai Rengit (the google map location):

Apr 23, 2017

SUNDAY MORNING IN JB

Hasil | Tampoi | Johor.

Selepas berpeleseran di pantai Perigi Acheh, penulis pun berlarian bersama isteri penulis (yang itu) dan anak lanang remaja pula ke menara Hasil Tampoi. Bila tiba, ramailah orangramai beratur hingga ke luar bangunan disitu. Rupa-rupanya ada pemberian BR1M hari ini. Bila isteri penulis yang itu mengambil nombor giliran untuk berurusan dengan kaunter Hasil, dan lihat ada 200 orang sedang menunggu, maka isteri penulis pun batalkan niat beliau pada pagi itu.

Sebelum pulang, penulis singgah di Aeon Tebrau pula. Isteri penulis hendak membeli belah tingkap (baca, window shopping) di kedai perabut Index Living Mall ala Ikeaitu. Penulis layankan sahaja.



Setelah penat menunggu ibunya bershopping tingkap, anak lanang remaja itu hendak makan sushi lah pula. Maka penulis pun singgah di restoran Sushi King sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Index Living Mall | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Index Living Mall | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Index Living Mall | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Index Living Mall | Aeon Tebrau City | Johor Bahru

Convenience? But later you still need to shout to get the bill!

My favorite, salmon steak. Nyum nyum.

As long as he is happy with the lunch. Next week he will be studying far far away lah sangat.

BERPETUALANG KE PERIGI ACHEH: REVISITED


Selamat pagi orang-orang Masai.

Untuk baca entri kali pertama berpetualang ke perigi acheh: part une (2009), sila elak di SINI.
Untuk baca entri kali kedua Berpetualangan Perigi Acheh (2011), sila tikam di SINI.
Untuk baca entri kali ketiga Berpetualang ke Perigi Acheh (2011), sila lompat di SINI.
Untuk baca entri kali keempat Tanjung Langsat Perigi Acheh (2012), sila henjut di SINI.

Rasanya, ini adalah kali kelima penulis tiba ke lokasi jeti lama ini. Kawasan sekeliling yang dahulunya dipenuhi hutan rimba, sekarang sudah banyak ditebang, lapang dan gersang. Sebelum ini memey penulis sampai di parkir dan terus jalan ke tepi pantai berdekatan jeti walaupun terpaksa lalu di perkarangan kem askar itu. Tapi pagi ini penulis tak sangka buah cempedak nak jadi nangka, kelihatan ramai askar-askar disitu. Bila penulis tiba, mereka menahan penulis. Tapi selepas disoal siasat, mereka izinkan penulis mengambil gambiran ke jeti sahaja tapi haruslah ditemani salah seorang daripada mereka. Harap-harap ini bukanlah kali terakhir penulis dapat ke lokasi jeti jepun yg nostalgik ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Apr 22, 2017

FEELING HUNGRY AFTER BOWLING



Jumaat sore, penulis telah membawa 2 anak lanang bermain bowling di kompleks pusat bandar itu.

Usai main bowling, 2 permainan (baca, games) untuk setiap orang, penulis pun singgah di restoran KFC tingkat atas. Anak lanang bocah cilik pesan set 2 ketul ayam asli (baca, original), anak lanang remaja dan penulis pesan set turbo ayam dan set sup ayam pedas (baca, spicy) masing-masing. Penulis ingatkan ayam asli tidaklah lama menunggu sebab ayam pedas banyak semedang atas rak talam itu, tapi budak perempuan india yang jual itu beritahu kena tunggu 20 minit. Penulis pun setuju tunggu kerana anak lanang bocah cilik sudah guling-guling hanya mahukan ayam asli, tidak suka ayam pedas. Wehh, saperlah tak sayang anak, tapi ada kan, mkcik kannns? "Wak," kata budak perempuan india itu dengan lemah lembut, "tak ramai customer nak ayam ori, kalo wak nak jugak kena tunggu sebab kami kena masak sekarang..." Penulis tak kisah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 20, 2017

ALON ALON WATON KELAKON



Alhamdulillah. Surat perjanjian jual dan beli flat rumah murah penulis yang itu sudah diterima semalam dari pembeli. Ini adalah urusan jual beli rumah penulis yang paling mencabar. Tinggal tunggu pindah milik nama sahaja. Semoga dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Maksud tajuk entri "alon alon waton kelakon" ialah "biar lambat asal selamat".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 19, 2017

WHERE THE GRASS IS GREEN AND THE GIRLS ARE PRETTY



Asyik merungut benda-benda yang remeh temeh pun tidak seronok bukan?

Gambiran pokok mati terbakar ini sebenarnya sepelaung sahaja di belakang rumah penulis yang ini. Kebakaran berlaku ketika musim kemarau beberapa tahun lepas. Tumbuhan muda dan hijau sudah mula meninggi. Setiap hujung minggu, lokasi ini amat popular bagi jurugambar (baca, photographer) mengambil gambar pengantin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 18, 2017

LOMBA FOTO ON THE SPOT TANJUNG PINANG KOMPI 517

Sunrise at the jetty | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Ahad, 16 April 2016.

Untuk baca entri Pengalaman Pergi ke Pulau Bintan melalui Batam Day 1, sila perangko di SINI.

Sebenarnya, penulis tidak tahu pasal pertandingan fotografi di Tanjung Pinang hari ini. Penulis kebetulan terjumpa poster dalam FB mas Andi Lopak kelmarin. Jadi, bila penulis bertanya, mas Andi Lopak mengizinkan untuk penulis menyertai Lomba Foto on the spot Tanjung Pinang Kompi 517.

Pagi-pagi lagi penulis sudah keluar dari hotel untuk menangkap gambiran matahari terbit di jeti.

Selepas sarapan pagi di hotel, penulis pun terus ke tempat Foto Lomba di Pinang city Walk Jalan Teuku Omar. Lomba foto dimulakan jam 10am, dan penyerahan gambar pada jam 1pm. Sementara menunggu keputusan, penulis bersolat jamak qasar zuhur dan asar di Masjid Tanjung Pinang Jalan Gereja.

Olehkerana salah faham tentang tema, iaitu "Memotret Tanjung Pinang", maka siang-siang lagi gambar penulis ditolak. Maka bolehlah penulis terus mengejar feri jam 3pm dan terus pulang ke Stulang Laut melalui pulau Batam semula. Feri terakhir dari pelabuhan Batam Center adalah pada jam 5.45pm. Dan tiba di Berjaya Waterfront dua jam kemudian. Alhamdulillah.

Keseluruhan pengalaman penulis ke Tanjung Pinang Pulau Bintan ini bolehlah diringkaskan sebagai berjaya seperti yang dirancang. Walaupun begitu, penulis agak kuchiva kerana tidak dapat menaiki feri terus dari Pasir Gudang ke Tanjung Pinang. Perjalanan melalui pulau Batam adalah lebih lama dan lebih mahal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Me and Andi Lopak | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

aQi being interviewed by the young reporter from Tanjung Pinang Post  | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

A lone photographer | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.















Terkini:

The local newspaper this morning | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.