Apr 22, 2017

FEELING HUNGRY AFTER BOWLING



Jumaat sore, penulis telah membawa 2 anak lanang bermain bowling di kompleks pusat bandar itu.

Usai main bowling, 2 permainan (baca, games) untuk setiap orang, penulis pun singgah di restoran KFC tingkat atas. Anak lanang bocah cilik pesan set 2 ketul ayam asli (baca, original), anak lanang remaja dan penulis pesan set turbo ayam dan set sup ayam pedas (baca, spicy) masing-masing. Penulis ingatkan ayam asli tidaklah lama menunggu sebab ayam pedas banyak semedang atas rak talam itu, tapi budak perempuan india yang jual itu beritahu kena tunggu 20 minit. Penulis pun setuju tunggu kerana anak lanang bocah cilik sudah guling-guling hanya mahukan ayam asli, tidak suka ayam pedas. Wehh, saperlah tak sayang anak, tapi ada kan, mkcik kannns? "Wak," kata budak perempuan india itu dengan lemah lembut, "tak ramai customer nak ayam ori, kalo wak nak jugak kena tunggu sebab kami kena masak sekarang..." Penulis tak kisah.

Apr 20, 2017

ALON ALON WATON KELAKON



Alhamdulillah. Surat perjanjian jual dan beli flat rumah murah penulis yang itu sudah diterima semalam dari pembeli. Ini adalah urusan jual beli rumah penulis yang paling mencabar. Tinggal tunggu pindah milik nama sahaja. Semoga dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Maksud tajuk entri "alon alon waton kelakon" ialah "biar lambat asal selamat".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 19, 2017

WHERE THE GRASS IS GREEN AND THE GIRLS ARE PRETTY



Asyik merungut benda-benda yang remeh temeh pun tidak seronok bukan?

Gambiran pokok mati terbakar ini sebenarnya sepelaung sahaja di belakang rumah penulis yang ini. Kebakaran berlaku ketika musim kemarau beberapa tahun lepas. Tumbuhan muda dan hijau sudah mula meninggi. Setiap hujung minggu, lokasi ini amat popular bagi jurugambar (baca, photographer) mengambil gambar pengantin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 18, 2017

LOMBA FOTO ON THE SPOT TANJUNG PINANG KOMPI 517

Sunrise at the jetty | Kota Tanjung Pinang | Pulau Bintan | Provinsi Kepulauan Riau | Indonesia | ©Tigalalat Photography.

Ahad, 16 April 2016.

Untuk baca entri Pengalaman Pergi ke Pulau Bintan melalui Batam Day 1, sila perangko di SINI.

Apr 15, 2017

PULAU BINTAN: THE PRELUDE

Sila goyangkan inul untuk lihat lebih tajam depan dan belakang. Lokasi: Terminal Feri Pasir Gudang.

Tiada tiket dijual ke Pulau Bintan di terminal feri ini pula. Demm. Tapi anggaplah ini hanya cabaran pertama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Things I shall bring this time to the island.

Apr 13, 2017

HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAKLEH HARAP



Tadi malam, penulis telah menemankan anak lanang untuk memperbaharui paspot antarabangsanya. Selepas pulang dari bertugas, penulis pun berlarian ke UTC Kotaraya. Urusan selesai jam 9.15pm.

Pagi tadi, dalam jam 11.00am, anak wedok penulis yang baharu bekerja itu telefon memberitahu dia terpaksa ke pejabat KWSP JB (dekat Wisma Persekutuan) atas arahan jabatan HR untuk mendaftar nama dan mendapatkan nombor akaun baharu. "Kalo x gi skunk, nnti gaji x dpt bah," katanya. Bila sampai, di kaunter pertanyaan dan sedang beratur, ada abam pegawai ini kehulu kehilir bertanya dan cuba membantu pelanggan disitu. Bila diberitahu, abam pegawai kata, "ni tak perlu kaunter, buat kat kiosk saje, sekarang dah online." Penulis dan anak wedok layankan saja. Tapi bila anak wedok mencuba di kiosk sambil abam pegawai berdiri tercegat disebelahnya, adalah 5 minit disitu namun akhirnya sistem ada masalah. Sila ke kaunter juga. OTL. Jadi penulis dan anak wedok pun beraturlah semula untuk mengambil nombor giliran. Nasib baiklah juga tidak ramai orangramai ketika itu.

Bila tiba giliran, abam kaunter pula memberitahu masalah tidak boleh daftar atas line juga. Anak wedok sudah mula panik. Sebab cik HR suruh datang ke kaunter KWSP, tapi kaunter KWSP kata tidak boleh daftar sebab cik HR sudah daftar atas talian. Pening pale kan. Abam kaunter suruh anak wedok beritahu cik HR untuk telefon KWSP. Macam bola sudah jadinya.

Dipendek cerita. Petang semasa dalam perjalanan pulang kerumah dari pejabatnya, anak wedok beritahu bahawa cik HR dipejabatnya sudah telefon pejabat KWSP KL. Nombor akaun tidak diperlukan lagi. "Suka suki dorg je bah, menyusahkan btolla..." rungut anak wedok itu. Penulis nasihatkan supaya bersabar sahaja bahawa semuanya ini adalah pengalaman bekerja dan melayan kerenah birokrasi jabatan kerajaan adalah normal, manalah tahu anak wedok terpaksa lagi ke pejabat KWSP JB itu dimasa akan datang dan sekarang sudah tahu lokasinya dan bagaimana caranya membuat aduan di kaunter. Masa itu mungkin, ayahndanya sudah tiada.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 12, 2017

ANAK KERA DI PULAU DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI TAK CEBOK



Untuk baca cerita orang suratkhabar sultan: swastakan air kesilapan terbesar Johor, sila hirup di SINI.

Diwarwarkan bahawa air dicatu dikawasan perumahan penulis pada hari Ahad kelmarin. Isnin semalam kembali seperti biasa.

Bila ketempat kerja pagi tadi (Selasa), air tandas ditempat memotong rumput ini tiada lah pula. Anak wedok yang bekerja di syarikat bersebelahan pun mengadu tiada air disana. Rasanya satu kawasan perindustrian Pasir Gudang tidak kedapatan air. Aduhai. Sikit lagi penulis hendak ke seberang tambak untuk bersiram dan membeli sebongkah berlian. Jadi, tengahari tadi, penulis dan anak wedok pun pulang kerumah untuk menggunakan tandas dengan jayanya.

Nota gambiran lalat. Nyalaan api diatas yang penulis lihat setiap hari adalah kepunyaan Lotte Chemical Titan Pasir Gudang yang sedang meradang panas dan membara ganas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 10, 2017

SULTAN MELAKA FANS: MELAKA UNITED MAIN MACAM BIAWAK

Visitors fans. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Itu lagu dari penyokong tim Melaka United sendiri yang kecewa ketika ketinggalan 0 - 4 kepada tim JDT tadi malam di Stadium Larkin JB.

Penulis teringat dahulu, rakan penulis, abang Long (bukan nama sebenar), ketika baru dapat kahwin isteri muda orang Melaka yang jelita dan rupawan. Pagi2 malam pertama, mak mertua tegur sebab lambat bangun pagi, "hawau, ingatkan orgtua nih dah MAMPUS agaknya." Haha, sibbaik abang Long tak kena sakit jantung.

Orang Melaka memey sopan santun kan.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

A little fan. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.


Me and aDm. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Goal no. 1 by  Gabi Guerra (22), 6th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Goal no. 2 by Safiq Rahim (8), 17th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.


Goal no. 3 by Amirulhadi Zainal (5), 22nd min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



Goal no. 4 by Gonzalo Cabrera (11), 33th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



Goal no. 5 by Azammuddin Akil (2), 46th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



Goal no. 6 by Safiq Rahim (8), 58th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Goal no. 7 by Safiq Rahim (8), 87th min, penalty. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.









The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Updated. Video penyokong keji Ini Semua Memang Sial (Hanjing) di SINI.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.