Jan 3, 2017
CAT MAY YAWN DUE TO BOREDOM
Hari ini (Isnin) hari cuti bertugas memotong rumput sempena Tahun Baharu 2017. Tetapi di negeri JDT yang aman damai sejahtera sentosa senantiasa ini, rakyatnya mula bersekolah sejak semalam (Ahad) kerana tiada cuti umum.
Sempatlah juga, penulis menghantar anak lanang bocah cilik ke sekolah agamanya. Juga, penulis sempat mengirimkan dokumen peguam menggunakan poslaju. Tetapi oleh kerana tiba di pejabat pos Tesco Seri Alam, jam pun sudah pukul 4.04 petang, jadi ahkak kaunter bilang, "kami hantar paket wak ni esok saja lah ya." Penulis angguk angguk saja.
Nota lalat. Gambar kucing Leo dalam entri ini penulis tangkap menggunakan kamera dalam aiPhone cap aiYam penulis ya. Bukan rakaman video. Dan, harap-harap tiadalah pembaca yang menguap kerana membaca entri penulis yang hambar dan biasa-biasa sahaja ini. Link: the day we bought the kitty (5/3/16) ten months ago.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 2, 2017
MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI
Semalam ditengahari yang panas tapi mendung seperti mahu turunnya hujan, pembeli rumah flat murah itu menelefon selepas penulis menghantar anak lanang bocah cilik penulis ke sekolah agamanya. Pembeli sudah pening dan panik sebab surat pembatalan pindah milik rumah tersebut masih belum dilepaskan oleh jabatan perumahan negeri di nusajaya. Sepatutnya surat tersebut sudah diterima 2 minggu lepas, tetapi sekarang sudah masuk 3 minggu masih lagi berada diawang-awangan. Pembeli sudahpun menelefon pejabat tersebut tetapi ahkak yang bertanggungjawab masih belum naik bercuti sejak cuti Krismas lagi. Dipendekkan cerita, penulis pun berlarian ke SUK Nusajaya dan masuk ke pejabat dengan tenang. Bila sudah tiba didalam bilik gelas itu, abang pegawai (baju batik dan beruban) pun tidak tahu menahu tentang surat itu dan memberitahu ahkak yang bertanggungjawab baru saja naik dari bercuti. Jadi, penulis pun tunggulah disitu kehulu kehilir menanti ahkak yang menghilang entah kemana. "Mungkin sedang lena tidur disurau agaknya," getus hati penulis yang bersangka baik-baik belaka. 23 minit kemudian, penulis datang kembali ke bilik gelas yang sama, masih tiada bayangan ahkak yang MIA itu, tetapi ada abang sorang lagi (baju batik dan agak muda) sedang melayan anak lanangnya yang masih kecil bermain komputer pejabat yang akhirnya menjumpai surat pembatalan hakmilik dan segera menyerahkannya kepada penulis. Penulis amatlah berasa gumbira. Walaupun begitu, urusan permohonan pindahmilik yang baharu belum lagi bermula. Dan nampaknya penulis akan sering kembali ke pejabat yang sama melayan kerenah orang-orang yang sama untuk 6 bulan mendatang. Aduhai.
Cerita lain lalat. Petang pula, penulis terpaksa menguruskan borang-borang dari 2 orang anak penulis yang baru memulakan sessi persekolahan itu. Dan penulis terpaksa ke kedai fotostat untuk menyalin kad pengenalan yang berkenan. Alhamdulillah, urusan penyalinan fotostat selesai juga. Sebelum pulang, penulis dan anak lanang bocah cilik singgah mengeteh di kedai mamak bersebelahan. Dan sempat juga penulis membeli cd lanun terbaharu bertajuk "Moana" dan "Doctor Strange" yang "gambarnya belum jelas lah wak," kata uncle penjual cd haramjadah itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 1, 2017
PANTUN MINYAK PETROL NAIK
Petron Jalan Tasik |
Salam pagi Ahad. Hari ini sudah tahun baharu. Selamat tahun baharu lah.
Semalam penulis sudah terlupa hendak mengisi minyak walaupun penulis diberitahu bahawa harga minyak akan naik 40 sen. Aiyah.
Hari ini terpaksalah penulis mengisi minyak juga. Nasib baik naik 20 sen walaupun harga minyak mentah seantero dunia semakin naik melebihi paras 50 US dollar setong. Dan bila penulis mengisi sebanyak 38 liter minyak ron95, selepas dikira2, penulis kerugian rm7.60 sahaja. Padan muka penulis.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Minyak RON97 naik dahulu,
Minyak RON95 naik kemudian.
Cerita lain lalat. Pagi-pagi tadi selepas menghantar anak wedok ke sekolah menengahnya, penulis bertanyalah dengan isteri (yang itu) samada beliau hendak membuat sarapan atau pun tidak. Kalau tidak, penulis hendak keluar bersarapan di kedai mamak sahaja. "Kanda keluar lah!" titah permaisuri itu yang masih terbongkang diperaduannya sambil menekan-nekan skrin Samsung S7 edge yang masih baharu dibelinya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Tasik Curry House, alone matcham biasa. |
Dec 31, 2016
SELEPAS 16 TAHUN TINGGAL BERJAUHAN, MALAM JUMAAT BUKANLAH MALAM YANG DINANTI-NANTIKAN
Salam pagi Sabtu ya kengkawan penulis semua lah. Hari ini sudah tiba ke penghujung tahun 2016.
Semalam hari Jumaat ya. Tiada yang menarik untuk diceritakan. Penulis ingin kuatkan semangat untuk mengemaskini blog penulis yang biasa-biasa ini.
Jumpa kengkawan ditahun hadapan ya. Amin ya robbal alamin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 29, 2016
ALL THE WEEKEND HUSBANDS OUTING
Selera Seafood Senibong (SSS), Permas, Johor Bahru. |
Assalamualaikum kengkawan penulis semua-semua lah.
Semalam, syarikat memberitahu kontrak "memotong rumput" penulis ditempat yang baharu ini akan disambung tiga purnama lagi. Alhamdulillah, bercukur sahaja kan.
Malam tadi, bos telah bermurah hati membelanja penulis dan rakan rakan setugas yang lain ke tempat makan makanan laut Senibong Seafood yang popular itu. Penulis layan sahaja. Tujuan utama bermakan malam ini hanyalah untuk meraikan pekerja baharu dan menyatakan terimakasih kepada pekerja lama yang bakal meninggalkan jabatan untuk "memotong rumput" dipadang yang lebih menghijau. Kata orang kampung penulis, "looking for greener pastures."
Menu biasa: siakap goreng biasa, udang masak butter, ketam sambal telor bawah, sotong goreng tepong, lala, kupang sambal, sup sayur. Air limau ais dan sirap bandung.
Menu luarbiasa: teh tarik potong kaki.
Cerita nan lepas: 6 CORNER SENIBONG (21/8/15).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Nota lalat:
Dec 25, 2016
2016 CHRISTMAS DAY AND I HIT A MONKEY ON THE HIGHWAY
Ahad, 25 Disember 2016.
Hari Krismas
Aku beli henfon Samsung baru J1 Mini untuk buat Grab.
Then, kat tgh highway PLUS aku langgar monyet melintas.
Blog PDMS Admin diupdate di SONO.
Dec 21, 2016
SENANGNYA KAHWIN LUAR NEGERI
Wedding reception, Imperial Hotel Kuching |
Untuk baca entri terkini The Wedding Album Finally Arrived, sila zapin di SINI.
Assalamualaikum kengkawan. Ada lagi yang membaca blog biasa2 penulis yang ini kah?
Majlis akad nikah dan perkahwinan anak lanang penulis dengan pasangannya, telah dilangsungkan pada 10 Disember 2016 di Kuching Sarawak. Minggu lepas, 17 Disember 2016 pula, mereka diraikan sekali lagi di Sangkar Kristal JB. Alhamdulillah. [Nota lalat, harijadi penulis pada tanggal 5 Disember yang lepas, ehh?]
Setinggi penghargaan dan terima kasih daripada penulis kepada semua keluarga dan rakan yang telah membantu menjayakan dan memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua. Tidak lupa penulis sekeluarga memohon maaf seandainya terdapat sebarang kelemahan dan kecacatan - sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut.
Robbana atina fiddunya hasanat wa fil akhirati hasanat waqina azabannar. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Updated. Some bonus photos.
Dec 18, 2016
WEDDING DAY: LUTFI AND ZULAIKHA
17 Disember 2016.
Majlis walimahtulurus anak lanang, Lutfi dengan Zulaikha.
Letak sini untuk kenangan.
Jul 9, 2016
SALAM SYAWAL
May 22, 2016
PENDAFTARAN ANAK KE KOLEJ MARA KUALA NERANG 2016
Ini entri lama. Alhamdulillah urusan pendaftaran anak lanang remaja kemasukan Kolej Mara Kuala Nerang 2016. Beliau akan berada di sini selama
Link: 10 hours on the road.
Link: Hari terakhir di Kolej Mara Kuala Nerang, Kedah 2017.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 26, 2016
KARNIVAL KERJAYA
Hari ini Sabtu, 26 Mac 2016.
Pagi pagi lagi penulis sudah berlarian ke Maeps, Serdang untuk menghadiri karnival Kerjaya. Kebanyakan yang hadir adalah lepasan universiti saja.
Tengahari penulis teruskan memandu Uber (10 trip, 5.08 hrs, RM&&) dan Grabcar (6 trip, ?hrs, RM!@%).
Seorang penumpang dari Tropical City Mall bernama Nurman Rummel yang mencuri perhatian penulis. Rupanya beliau seorang pemuda Melayu yang diberikan nama oleh bapanya seorang polis. Nama dari askar Jerman.
Penumpang terakhir dari Malgudi PJ ke Cyberjaya. Penulis ingatkan yang terakhir, tetapi ada mamat gagak dari tempat yang sama ingin ke 7 eleven Bandar Puchong.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Surau at Petronas, Damansara S22 |
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUMAH BARU BERBALOI TAPAH PERAK 2025
RUMAH BAHARU 1 TINGKAT, TAPAH Full Loan RM18K REBATE RM45K PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI TAPAH, PERAK. TERES 1 TINGKAT (Jenis A ) Keluasan ...
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...