Nov 2, 2015

VICTORIAN FOUNTAIN



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 2/30
Post of the Day: 1/4

MALAM jumaat kelmarin, sempat lagi penulis merempit ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pameran Pesona Terengganu. Mula-mula penulis tangkap gambiran pancuran air Victoria dulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 1, 2015

SAKITNYA TUH DISINI



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 1/30
Post of the Day: 4/4

PETANG kelmarin sebelum penulis ke Dataran Merdeka, penulis pun singgah bersolat magrib di Masjid Negara. Dan sempat merakamkan lokasi kejadian dimana imam masjid negara ditampar oleh pak arab gila pada bulan lepas.

Link: Punca utama pak imam masjid negara ditampar pak arab kini terjawap.

Nota lalat berkaitan. Mencari tempat wudhu samalah sukarnya dan mencabar seperti di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi juga. Tiadalah disediakan pili-pili paip ditepi longkang dikeliling mesjid untuk kemudahan muslimin muslimat. Papan tanda tunjuk arah pun tiada. Kalau ditanya ahkak kaunter penjaga pakaian jingga pelancong pun tunjuk dengan mencebik bibir saja. Kalau tersalah pintu masuk, kena berpatah balik jauh nun disana dipintu masuk utama, dan dibawah kolong pula tempatnya. Kasihan dengan orang-orang yang sudah berumur dan uzur kann.

Nota lalat. Pasal tajuk 'sakitnya tuh disini' adalah tajuk lagu dangdut penyanyi Indon bernama Cita Citata yang seksi giler. Lagu lain Cita Citata yang mengasyikkan adalah seperti 'Bang Jali', 'Janda atau Perawan' dan 'Goyang Dumang'. Boleh diputar berulang-ulang kali sehari semalam tanpa jemu-jemu. Amvoiii.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bonus photos:





INSAF

Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, last night.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 1/30
Post of the Day: 3/4

RAMAI orang kata kalau makan di restoran mamak ini akan menyesal ketika membayar bil makanan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

INSTALLING THE LENS



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 1/30
Post of the Day: 2/4

LENS kamera Nikon lama penulis itu pun sudah uzur. Tidak boleh fokus secara otomatik. Tapi lens jenama Sigma pula. Penulis sedang mencari masa untuk memperbaiki nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

DAILY PHOTO CHALLENGE: 4 PHOTOS 4 POSTS FOR 1 MONTH



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 1/30
Post of the Day: 1/4

MULAI hari ini, penulis akan mencabar diri sendiri untuk menampal 4 gambar dalam 4 blog post berasingan setiap hari sehingga hujung bulan November 2015 ini.

Semoga dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 31, 2015

THEN AND NOW: AKLEH VIEW

Please hover your mouse to see latest (2015) and older (2008) view of the Akleh.

Setelah lebih 7 tahun bertugas memotong rumput tepian jalan ini, banyak perubahan baru dapat dilihat. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Ini adalah entri penulis yang ke 300 untuk hari yang ke 304 dalam tahun 2015. Hampir setiap hari penulis kemasakini blog yang biasa-biasa saja ini. Jumpa kawan-kawan di bulan yang akan datang juga. InsyaAllah.

Link: timeanddate calculation.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 30, 2015

THE LONGHOUSE ON FIRE

Rumah panjang terbakar, Ustaz Kazim menjawab.

KELMARIN semasa penulis sedang sibuk ke hulu hilir melayan urusan jual beli flat rumah murah itu, penulis terperasan ada berita tentang kebakaran rumah panjang berdekatan dengan kampung mertua penulis disana. Bila pulang ke rumah, isteri penulis (yang itu) pun ada bertanya berkenaan rumah panjang tersebut yang kami pernah ziarah sebab ada kaum kerabat ipar duai disana juga. Rumah panjang tersebut semasa itu sedang dinaiktaraf separuh dengan batu konkrit, tidak seperti rumah panjang biasa yang diperbuat dari kayu hutan saja.

Semalam penulis telah membawa keratan akhbar Utusan Malaysia ke tempat penulis bertugas memotong rumput ini. Penulis tunjukkan pada rakan sekerja, akak Noor (bukan nama sebenar) yang rumahnya juga sepelaung berdekatan dengan simpang Nyabor, tempat penulis selalu membeli sarapan kuih muih Melayu disitu. Akak Noor pun terkejut juga.

Nota lalat lain. Dulu bila penulis mendengar cerita Ustaz Duke merajuk tidak mahu membuat ceramah lagi, penulis sanggup ke maktab beliau mengajar di Tanjung Rambutan dan berselfie dengan beliau. [+ Duke vs Duke.] Tapi sejak kebelakangan ini, banyak pula ceramah-ceramah beliau hampir setiap minggu berdekatan sepelaung saja dari tempat penulis tinggal. Walaupun begitu, tidaklah terpanggil hati penulis untuk menghadiri majlis-majlis ilmu beliau kerana kesibukan masa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rumah panjang 32 keluarga terbakar di Kampung Nyabor Kabong, Saratok - Utusan Malaysia.

Oct 29, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - THE CLOSE OUT REPORT

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT

Sessi entri wawancara temubual (baca: interview) penulis dengan rakan-rakan blogger sudah berakhir Isnin lepas. Tamat. Khalas.

Terimakasih pada rakan blogger-blogger yang sudi bersukan (baca: sporting) melayan wawancara biasa-biasa dari penulis yang biasa-biasa ini. Mereka terpilih kerana telah menjadi Top Commentator blog penulis Tiga Lalat yang ini untuk bulan September 2015 yang lepas.

1. Jari Manis (45)
2. paridah (25)
3. Qaseh Abadi (21)
4. iryanty ahamad (21)
5. Farrah MF (16)
6. Fidah Shah (15)
7. SalbiahM (15)
8. Shamsiah Abdul Rahman (14)
9. PeRdU cINta (13)
10. nhhas (13)

Namun hanya 8 dari 10 blogger sahaja yang penulis sempat wawancara. Penulis memohon maaf pada cik Farrah MF dan cik kak Perdu Cinta kerana penulis tidak berkesempatan untuk mewawancara mereka kerana kesuntukan masa dan kesibukan memotong rumput (untuk membeli beras dan sebongkah berlian).

Dari pengalaman penulis mengendalikan segmen wawancara ini agaklah mencabar, tapi alhamdulillah penulis telah berjaya membuat entri setiap hari Isnin dan Khamis selama sebulan penuh. Sambil itu juga, kadar trafik SEO ke blog penulis yang ini juga bertambah secara mendadak dengan 3 kali ganda pengunjungnya berbanding bulan-bulan sebelum ini. Tapi blog orang lain sudah berjuta-juta (baca: 1,272,981 dan 1,616,161 visits) lemon hitsnya kan. Diharapkan juga selepas ini, kawan-kawan akan tetap berkunjung ke sini.

Pantun budi dari penulis:

Biarlah orang bertanam buluh;
Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh;
Marilah kita bertanam budi.

Pisang emas dibawa belayar;
masak sebiji di atas peti;
lalu diambil untuk dimakan;
Hutang emas boleh dibayar;
hutang budi dibawa mati;
budi cik cik puan tuhan balaskan.

Akhir kata, penulis mengucapkan sekali lagi ribuan terimakasih daun keladi, lain hari bolehlah kawan-kawan datang-datang jenguk-jenguk komen-komen penulis yang biasa-biasa ini lagi ya. Disudahi dengan wabillahitaufik walhidayah. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 28, 2015

PORTRAIT ME



PETANG kelmarin penulis telah merempit ke kompleks Pertama. Bila penulis tiba dan parkir motor kapcai tepian Sogo, hujan petang pun turun mencurah-curah kucing dan anjing. Air dalam tempayan dibuang jangan tapi.

Sementara tunggu hujan reda, sempat lagi penulis menegur abang Zain Ariffin, anak bugis berasal dari Pontian, yang sedang bertempiaran lari dari hujan bersama-sama pelukis dan penghibur jalanan (baca: buskers) lain dan berteduh didepan restoran the Loaf (Tun Mahathir yang punya). "Wak kalo ada gambar saya leh lukis 30 minit, tiga poh hinggit je," kata abang Zain. "Kalo kaler pastel, lima poh hinggit," sambungnya lagi. Oleh kerana hujan masih turun dengan lebat, penulis pun duduk saja didepannya untuk dipotret buat kenang-kenangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



INTERCHANGE AT CHAN SOW LIN

Chan Sow Lin LRT station.

HUJUNG minggu kelmarin yang agak sibuk.

Urusan jual beli flat rumah murah yang masih belum selesai. Hari Ahad ialah hari bekerja bagi jabatan kerajaan negeri:
7.30 Pagi penulis telah menyuruh pembeli datang ke Skudai Parade untuk tandatangan borang pindah milik.
8.05 Pagi penulis tiba di kaunter Pejabat Tanah Galian, Larkin, bayar cukai tanah.
8.30 Pagi Penulis tiba di kaunter MPJBT, Skudai, bayar cukai harta rumah sedia ada.
9.05 Pagi Penulis mencari-cari pesuruhjaya sumpah dekat Good Hope Hotel, tapi belum buka.
9.30 Pagi penulis tiba di MPKu, Kulaijaya, bayar cukai harta flat rumah murah (yg untuk dijual).
9.45 Pagi penulis mengkopi 100 Plus sementara tungu pesuruhjaya sumpah buka pejabat atas KFC Kulai.
10.05 Pagi penulis jumpa pesuruhjaya sumpah dan tandatangan borang pindah milik. RM4.
11.00 Pagi penulis tiba di Pejabat Perumahan SUK Nusajaya, serahan dan semakan borang pindah milik. Semua dokumen lengkap, kecuali geran asal flat rumah murah dan surat pengesahan terkini pembeli (2015).
12.05 Noon penulis tiba lagi MPKu untuk mendapatkan salinan geran, rupanya penulis tersilap jabatan.
12.45 Noon penulis tiba di Pejabat Tanah Galian, Larkin lagi bertanya pasal geran, tapi selepas membuat siasatan dalam komputer, staf menyuruh penulis mengambil salinan strata di Nusajaya pula. Tapi penulis tidaklah tahu dimana Jabatan Perumahan disana. "Wak cari je bangunan yang macam takde bumbung," sampuk abang staf kat luar kaunter yang sibuk tak sabar menyuruh rakannya (yang sedang melayan penulis) dalam kaunter memeriksa PTD dalam komputer itu.
1.30 Noon penulis santap nasi ayam penyet di LC Catering yang sedap itu. Urusan disambung minggu hadapan. Sebenarnya penulis boleh saja terus pergi semula ke Nusajaya untuk mendapatkan strata geran itu, tapi rasanya penulis pun penat ke hulu hilir saja.

Gambar animasi diatas penulis rakamkan ketika menunggu keretapi di stesen LRT Chan Sow Lin. Kebosanan mencipta kelainan kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi Ayam Penyet for lunch, LC Catering Jalan Tebrau. Alone matcham biasa.

Oct 27, 2015

I INTERVIEWED MYSELF: LASIK

Reading without glasses.
"Bukan Pak Maon (Mahmud June) baca buku sejarah ya ;p"

ENTRI ini penulis kemukakan soalan-soalan lazim untuk kawan-kawan menilai sendiri kebaikan pembedahan mata menggunakan teknologi laser terkini yang dipanggil lasik. Banyak maklumat boleh ditemui dalam internet. Penulis juga akan kemaskini entri ini dari masa kesemasa.

LASIK or Lasik (laser-assisted in situ keratomileusis), commonly referred to as laser eye surgery or laser vision correction, is a type of refractive surgery for the correction of myopia, hyperopia, and astigmatism. The LASIK surgery is performed by an ophthalmologist who uses a laser or microkeratome to reshape the eye's cornea in order to improve visual acuity. For most patients, LASIK provides a permanent alternative to eyeglasses or contact lenses. - wikipedia

How long has it been since you had LASIK?
Enam tahun. Jangkamasa yang agak lama. Dalam tempoh itu, baru kelmarin penulis pergi ke pusat pakar mata itu untuk membuat pemeriksaan biasa.

Have other members of your family had LASIK? I know that vision problems sometimes run in families.
Tiada siapa dalam keluarga penulis (kecuali isteri penulis yang itu) yang pernah membuat operasi lasik mata. Penulis nekad untuk membuat operasi laser mata ini kerana terlalu lama menggunakan cermin mata. Penulis sendiri selama ini pun tidak pernah guna kanta sentuh (baca: contact lens). Hampir kesemua kaum kerabat penulis sekarang ini menggunakan cermin mata, dan mungkin satu hari nanti mereka juga akan membuat pembedahan laser mata seperti penulis.

How has your life improved without glasses or contacts?
Pengalaman penulis menggunakan cermin mata selama 20 tahun memanglah menarik. Kadang-kadang penulis lupa meletak cermin mata sendiri. Kadang-kadang penulis juga terpijak atau menjatuhkan cermin mata tanpa sengaja. Untuk menggantikan cermin mata yang baharu setiap kali agaklah mahal juga walaupun dibuat 4 atau 5 bulan sekali. Penulis juga tidak berani menggunakan kanta sentuh. Setelah lasik, penulis boleh memakai kacamata matahari (baca: sunglass) yang pelbagai corak dan stail.

What do you do differently since getting LASIK?
Setelah beberapa tahun selepas lasik mata, penulis boleh menggunakan pelbagai jenis kacamata matahari untuk membuat aktiviti luaran tanpa risau tentang cermin mata. Memandu kereta juga menjadi biasa sebab tidak bergantung pada cermin mata. Tetapi awas jika merempit dengan motorsikal kapcai haruslah memakai helmet yang ada penutup muka plastik (baca: visor), sekiranya tidak habuk atau serangga yang berterbangan akan hinggap kedalam mata pula.

Would you recommend LASIK to others?
Ini soalan peribadi bergantung pada fikiran masing-masing. Ramai yang takut untuk mata mereka dibedah secara laser. Tetapi lasik ini dilakukan oleh doktor pakar mata, dan konsultasi dan latihan diberikan sebelum operasi bermula. Pengalaman penulis sendiri ketika pembedahan dijalankan hanya mengambil masa 41 saat, tetapi bergantung pada mata pesakit yang berlainan sebab dan masalah. Mengikut kajian, masalah mata wanita lebih rumit dan jangkamasa pembedahan mungkin mengambil lebih lama. Juga, walaupun sudah dibedah mata menggunakan laser, ada sesetengah mata wanita masih memerlukan bantuan cermin mata.

Do you have any advice for someone who is about to have LASIK?
Secara peribadinya juga, penulis ingin memberitahu bahawa kos lasik antara RM2500 hingga RM5000 untuk sebiji mata (bergantung masalah mata), tetapi sekarang mungkin sudah murah. Itu hari ada rakan penulis memberitahu ada hospital menawarkan RM1500 saja. Tetapi secara jangka masa panjang, berbanding menggunakan cermin mata atau kanta sentuh, mungkin pembedahan lasik mata lebih menjimatkan dan yang asyiknya tidak perlu memikirkan untuk mengganti cermin mata atau kanta sentuh lagi!

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.