Aug 12, 2015
IPHONE 6 VS IPHONE 5C
SELEPAS menzalimi diri sendiri bekerja pagi petang memotong rumput, haruslah penulis menghadiahkan diri sendiri iphone cap aiYam yang terbaru kan. Selepas ini bolehlah penulis menyendiri (baca: selfie) tiap tiap hari selama 365 hari kan.
Rupa-rupanya hendak menyalin semula data dan maklumat dari iphone cap aiYam yang lama amatlah mencabar juga. Mula-mula pastikan itunes mempunyai versi yang terbaru. Begitu juga sistem operasi ios dalam iphone yang baharu juga mestilah versi yang baru juga. Saiz ios 8.4 melebihi 1.8 gigabyte tidak berbaloi dimuatturun dari restoran makanan segera McDonalds Ampang Jaya disebabkan penyelia akan meng'reset' wifi kedai burger itu setiap 1 jam.
Pada hari kedua, penulis mencuba lagi menggunakan wifi di kedai mamak shamaju depan masjid itu. Walaupun sambungan wifi berjaya didapati, tapi hendak memulakan muatturun data pun masih terkial-kial. Selepas itu, penulis terus ke restoran makanan ringan Burger King di Tesco Ampang pula. Penulis berasalah kuchiva juga kerana iphone 6 yang baharu ini tidak boleh pula memasuki wifi setelah mencuba lebih sejam duduk disitu.
Bila pulang dirumah, penulis mencuba sekali lagi menggunakan itunes di laptop untuk mengemaskini ios 8.4 itu dan mengambil masa yang lama sehinggalah keesokkan paginya. Akhirnya iphone 6 penulis yang baharu itu berjaya juga dikemaskini dan dapat semula maklumat dari iphone cap aiYam yang lama. Hati penulis kembali gembira seperti biasa.
iPhone 5c vs iPhone 6: Display
Sebagai perbandingan, satu-satunya kelebihan iPHone 6 berbanding iPHone 5c (4 inci) ialah saiz skrinnya yang lebih besar (4.7 inci). Walaupun saiz skrin yang besar, maka agak payah juga jari jemari penulis untuk menekan skrin dengan hanya sebelah tangan. Lain-lain kelebihan ialah processor performance, storage, battery life, camera, dan software lebih baik seperti touch id fingerprint sensor, tapi penulis sudah mencuba dengan kepayahan dan masih tidak berjaya menggunakan fingerprint itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Gambar dibawah ini ialah perbandingan yang diambil oleh iphone 5c (kiri) dan iphone 6 (kanan) yang tidaklah nampak ketara sangat perbezaannya.
Aug 11, 2015
KL CITY GRAND PRIX 2015
KELMARIN penulis sudah berlarian ke KLCC semata-mata hendak menonton perlumbaan lumba kereta bandaraya yang sedang berlangsung untuk pertama kalinya. Ditengahari yang panas berdeting memeylah mencabar menyebabkan penulis hanya larat melayan seround (baca: satu pusingan) perlumbaan saja. Bunyi enjin yang keluar dari ekzos kereta yang berlumba memey boleh memecahkan gegendang telinga. Alone matcham biasa.
Nota lalat. Untuk laman sesawang rasmi sila jolok di KL GT Grand Prix 2015.
Nota lalat lagi. Updated. Blog review oleh Ana-mizu di SINI.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 10, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: ESPLANADE
Aug 9, 2015
JAKEL TAMPOI
KELMARIN penulis telah pergi ke pusat pakaian Jakel sebelah Plaza Angsana itu. Penulis temankan kaum kerabat membeli jubah dan kain untuk dibuat baju kurung. Penulis juga tidaklah menzalimkan diri sendiri dengan membeli kain untuk dibuat baju melayu teluk belanga sebagai persiapan rombongan di bulan Oktober nanti.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 8, 2015
ENION GLYPHOSATE 41
DUA minggu yang lepas, penulis telah memanggil mamatbangla memotong rumput (upah: RM30) dan penulis pun meracun sendiri rumput (sebotol: RM27) di kebun sekangkang kera depan rumah hinggap yang itu. Kelmarin, penulis sekali lagi meracun kali kedua untuk menghabiskan baki cairan racun rumput didalam botol itu. Harap-harap selepas ini lambatlah lagi penulis hendak memanggil mamatbangla memotong rumput.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 7, 2015
FOUND IC
KELMARIN masa dalam perjalanan di lebuhraya PLUS itu dan penulis berhenti membuang hajat di Hentian Rehat dan Rawat Machap dan terjumpa dompet yang tertinggal didalam tandas. Penulis ambil dompet itu dan penulis periksa didalamnya ada kad pengenalan budak berumur 13 tahun yang penulis rasa baru saja menerima kad pengenalan pertama. Didalamnya juga ada beberapa keping duit raya. Penulis pos lajukan dompet dan semua kandungan didalamnya ke alamat yang tertera didalam kad pengenalan beliau pada keesokan harinya. Kos prabayar pos laju ialah RM6.35 termasuk GST.
Tengahari tadi selepas penulis menjamu selera cendol dan mee rojak dibawah pepohon ditepian tasik Ampang Hilir, penulis telah terima panggilan rindu (baca: missed call) dari nombor yang tak dikenali dan bila penulis bertanya secara pesanan ringkas (baca: sms), pemanggil itu membalas:
saya sekeluarga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kerana telah
menjumpai ic anak saya yg tercicir,
alahamdulah semoga dirhmati allah.
Penulis pun bercukur juga kerana dompet dan kad pengenalan tersebut dapat dikembalikan kepada yang empunya dengan selamat. Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 6, 2015
A BOOK REVIEW | SEKSI OVARI
Seksi Ovari, Vagina Monologues & Single Professional Man. on the table. |
Amaran lalat. Ini entri 18SX. Entri U boleh petik di RUMAH.
BULAN lepas rakan FB penulis, penulis buku wanita (baca: female book author) itu telah memberitahu satu buku puisi Indie yang mengandungi kata-kata lucah didalamnya. Buku bertajuk Seksi Ovari ditulis oleh Fazleena Hishamuddin, dan diterbitkan oleh Selut Press. Jadi, penulis teruja dan telah pun memesan buku tersebut diatas talian dan habis membacanya tidak sampai 2 jam, iaitu 1 jam ketika menunggu bas di TBS dan 1 jam lagi di dalam perut cik Jnulekasnova ketika menunggu isteri penulis (yang itu) menshopping di Tesco Kulaijaya.
Penulis buku wanita (rakan penulis) itu amatlah berasa marah, bengang dan jijik dengan kandungan buku puisi tersebut walaupun ditulis oleh penulis wanita juga. Tetapi bila penulis periksa, penulis jumpa hanya satu puisi saja yang agak lucah:
PANDANG
Kalaulah tetek ini sudah tidak tegang
lemak di perut sudah bergoyang-goyang
vagina yang sudah longgar berlubang
takkanlah kau jijik sampai tak mahu pandang?
Dan lain-lain puisi yang biasa-biasa saja cumalah ekspresi penulis buku tersebut yang membebel untuk meluahkan curhat (baca: curahan hati) rasa hati yang tidak puas hati kepada kaum lelaki. Contoh-contoh lain puisi yang biasa-biasa:
PERCAYA
Kata seorang rakan
Apa yang paling sakit ialah aku percaya yang dia takkan tinggalkan aku.
Akhirnya dia ditinggalkan juga.
Disini yang paling sakit bukanlah rasa ditinggalkan.
Tapi rasa percaya itu.
SHOULDER TO CRY ON
Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu,
tapi kau memilih untuk yang satu itu, yang paling dungu,
Yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu.
Dan hati kau pecah beribu.
MATA
Aku tidak pernah kisah jelingan kau pada wanita-wanita
cantik yang melintas di depan
jelingan itu mungkin untuk mereka, tapi
sepasang mata itu;
aku yang punya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 5, 2015
DUKE VS DUKE
Datuk Ustaz Kazem Elias and me. |
KELMARIN petang penulis sudah berlarian ke Kampung Manjoi sebelah Tanjung Rambutan sebelah Lembah Kinta untuk mengikuti majlis ilmu oleh Datuk Ustaz Kazem Elias yang kontroversi itu. Ustaz DUKE sekarang ini sudah merajuk tidak lagi kelihatan di kaca televisyen.
Dari lebuhraya Duke (Duta Ulu Klang Expressway), penulis tiba di pusat pendidikan al Barakah lebih kurang tiga jam setengah kemudian. Ketika itu, pakguard yang bertugas memberitahu bahawa ustaz sedang didalam konti rtm Ipoh memberi tazkirah setiap Isnin selama 15 minit. Walaupun begitu, pakguard tidaklah sedar bahawa ustaz DUKE ada mempamerkan di laman sosialnya memberitahu bahawa ceramahnya akan diadakan selepas waktu magrib di dewan al Ghazali di situ dan orangramai dijemput hadir.
Dipendekkan cerita, kuliah pun bermula sebaik saja selepas solat magrib dengan ustaz Kazem sudah berada diatas pentas. Kuliah selama sejam lebih itu tidaklah membosankan sehinggalah tamat. Sebelum ustaz DUKE beredar, penulis sempat lagi bergambar bersama-sama ustaz untuk kenang-kenangan
Dan selepas majlis disitu, penulis pun berlarian pulang semula melimpasi lebuhraya Duke ditengahmalam yang dingin.
Nota lalat. Datuk Ustaz Kazem Elias mendapat gelaran datuk bersama-sama Datuk Jackie Chan sempena Hari Wilayah baru-baru ini. ;p
Nota lalat 2. Updated. 20 Feb 2016, Sabtu. Datuk Kazim Ilias dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dipercayai akibat serangan sakit jantung.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Haiii Cik adik manis bolehkah abang Tompang bertanya - J Mizan |
Aug 4, 2015
CARTA ALIRAN SUAMI ISTERI MERAJUK
Off: Carta aliran suami merajuk On: Carta aliran isteri merajuk |
KELMARIN penulis berjumpa carta aliran bagaimana suami (lelaki) dan isteri (perempuan) merajuk. Walaupun carta ini berbentuk jenaka, tetapi hakikat yang sebenar itulah kenyataannya. Melayan kerenah lelaki tidaklah serumit melayan dan memujuk perempuan yang sedang merajuk kan makk, kannns. Wallahualam.
Nota lalat. Sila gerakkan inul tetikus diatas carta untuk melihat perbezaannya. Untuk pembaca yang tidak mengguna tetikus, spt mini ipad atau Samsung Tab, sila klik link ini untuk melihat carta kedua.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Aug 3, 2015
JOM CUBA NASIB
MELINTANG 3. Paling sempoi, paling kacak jelita. Kakak Macho (Scdha Sein). 7. Mestika hatinya bernama Firash (Hidayu Ayumie) 8. Bonda Izzat dan Kimie (Izzeyda) 9. Si penggemar mawar merah (Cik Mimie) 11. Dikhabarkan pernah kira kontena (Zarul Farhana) 12. Baru sahaja berpindah ke Batu Pahat. Dah dekat dengan suami (Ros_Reeza) KE BAWAH 1. Queen of Typo. Berasal dari Kelantan. Pernah menjadi DJ online (Cik Ash) 2. Ingat manis, ingatkan dia (Jari Manis) 4. Si Paling Comel yang suka Hello Kitty (Siti Yang Menaip) 5. Bola? Terus teringat pada cik adik ni (SalbiahM) 6. Nama famous tak sengajanya 'SUIDA' (Qaseh Abadi) 10. Ratu Kari (Deanna Morni) |
SEMALAM penulis terbaca dalam blog cik Farrah MF itu ada menganjurkan peraduan silangkata Jom Cuba Nasib. Oleh kerana penulis sudah terlambat dan merasakan tiada peluang untuk memenangi hadiah iPhone 6, maka penulis terus meminta jawapan dari rakan blogger yang macho itu.
Penulis mendoakan semoga berjaya kepada semua yang mencuba peraduan cik Farrah ini. Semoga kita semua menjadi rakan siber yang baik baik belaka. Amin ya robbal alamin.
Nota lalat. Sila goyangkan inul tetikus anda untuk melihat jawapan diatas.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...